
Cuba beritahu Kak Fa? Anda rasa agak-agaknya ada
tak rumah mampu milik yang harganya bermula sekitar RM230,000 sehingga
RM270,000 di sebuah lokasi yang telah matang? Contohnya macam di Ampang?
Jelatek? Selalunya kita kenali dengan jolokan “golden triangle” kan? Ada tak?
Yang cepat sangat cakap tak ada tu. Sabar jap! Sebab Kak Fa nak beritahu
sebenarnya ada ya. ASTRUM AMPANG by
Setia Awan– SOHO Transit, SOHO Suites dan Rumah Mampu Milik yang rugi teruk
kalau terlepas! Ini sungguh-sungguh ya, bukan auta atau cerita angan-angan Mat
Jenin or what. Harga ASTRUM AMPANG
ni adalah bermula sekitar RM230,000 sehingga RM270,000.

Apa pandangan pertama
atau “first impression” anda bila Kak Fa nyatakan ASTRUM AMPANG adalah affordable homes? Kak Fa pun sebenarnya
teruja juga nak tahu apa yang anda fikirkan… Sebab selalunya bila sebut affordable homes, kebanyakan orang akan
fikir, ala rekabentuk tipikal jer ni. Ehhh…Tapi sukalah kiranya Kak Fa nak
canang pada semua yang membaca – ASTRUM
AMPANG bukan rumah mampu milik biasa-biasa! Sebab apa? Kenalah baca entri
Kak Fa ni, tak baca mana nak tau cerita penuh. Jangan baca separuh-separuh,
nanti anda buat kesimpulan atau sangkaan yang salah. Nak tepat informasi - WAJIB BACA!

ASTRUM AMPANG adalah merupakan pembangunan
campuran yang terdiri daripada unit kediaman dan unit komersial, di mana ianya
menampilkan pembangunan berorientasi transit atau Transit Oriented Development
(TOD) dan konsep transit SOHO yang pertama di Malaysia.

ASTRUM AMPANG terletak di sepanjang kawasan
Jalan Ampang dan Jalan Jelatek dan merupakan pembangunan bercampur seluar 6.8
ekar dengan kombinasi rekabentuk yang menarik dan konsep yang lain dari yang
lain di Malaysia.
Apa itu
Transit Oriented Development (TOD)?
Transit Oriented Development (TOD) atau
Pembangunan Berorientasikan Transit merupakan solusi dalam mengurangkan
kebergantungan terhadap kereta dan menggalakkan penggunaan pengangkutan awam
dan berjalan kaki sebagai satu gaya hidup di bandar. Di Astrum Ampang, akses
jambatan secara terus ke stesyen LRT iaitu 150 meter sahaja untuk anda sampai
ke stesen LRT Jelatek. Dengan penggunan LRT, anda boleh ke mana-mana je!
Lokasi
Matang

Keunikan
Astrum Ampang
Berhampiran pusat membeli-belah mewah, pusat
pendidikan berprestasi tinggi, pusat kesihatan terbaik, pusat kewangan, embassies dan taman serta kelab
eksklusif.
Teknologi
Pintar
Ia dilengkapi dengan
aplikasi komuniti pintar, gimnasium pintar, kelas maya, aktiviti berbasikal
secara maya dan WiFi umum.
Fasiliti
Premium
Pemaju Setia Awan juga membina 62 fasiliti untuk
memastikan gaya hidup seimbang dan keselesaan anda.
Konsep
HOPSCA
Pernah dengar tak? Kalau tak pernah, meh sini
Kak Fa terangkan. Konsep HOPSCA ini adalah merupakan di mana konsep pembangunan
ini adalah berdasarkan konsep bandar mini di dalam bandar. Ruang hotel,
pejabat, pusat membeli-belah, “connectivity” dan apartment. Astrum Ampang juga
adalah dibangunakan dengan konsep HOPSCA.
Mampu
Milik dan Pelaburan Yang Bagus!
Bermula dari RM230,000 sehingga RM270,000 – bagi
Kak Fa ini memang dah cukup-cukup mampu milik dah untuk rakyat Malaysia. Kalau
nak beli untuk duduk sendiri pun boleh, beli untuk pelaburan pun boleh.
Al-maklumlah kan? Lokasi tengah-tengah bandar, bandar yang matang pula tu.
Kadar keuntungan sewa yang boleh dianggarkan boleh meletops baik punya ni ok?
Nak jadikan rumah hinggap pun boleh tak ada salahnya kan? Kak Fa kan…sebenarnya
berangan tau, kalau Kak Fa berjayalah memiliki ASTRUM AMPANG ni, Kak Fa nak buat
konsep “air bnb”. Haaa…Ok tak gituh?
Cerita punya cerita, sebelum Kak Fa terlupa,
lakaran ruang lantai ASTRUM AMPANG ni adalah seperti yang tertera di bawah:
Sajalah Kak Fa
kongsi, bagi anda bayang-bayangkan dulu macam mana rupa gayanya dalam SOHO
Transit, SOHO Suites dan rumah mampu milik di ASTRUM AMPANG ni dan manalah tau
kot-kot esok terus terjah pergi “booking” – bila ada lakaran ruang lantai ni
senanglah masing-masing nak buat susun atur hiasan dalaman masing-masing
ataupun nak buat kerja-kerja pengubahsuaian kan? Bolehlah anda bayangkan
transformasi yang bakal berlaku kepada unit yang bakal anda miliki nanti ni.
Kannn?
ASTRUM AMPANG diperuntukkan oleh Akta
Pembangunan Perumahan dan mendapat sokongan penuh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Dengan
nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.68 billion, kolaborasi ASTRUM AMPANG ini
menjadikan impian untuk memiliki rumah mampu milik gaya mewah dan moden bagi
individu di Malaysia menjadi kenyataan. Rakyat Malaysia kini berpeluang untuk
memiliki rumah kontemporari di tengah-tengah Kuala Lumpur dan juga menikmati
banyak kemudahan moden dan berhampiran dengan sumber pengangkutan awam.
Keluasan SOHO Transit ASTRUM AMPANG adalah seluas
280 kaki persegi, SOHO Suites seluas 450 kaki persegi dan Serviced Apartments
Mampu Milik masing-masing terdiri dari 450 kaki persegi dan juga 550 kaki
persegi.
Melalui pelancaran fasa pertama oleh Setia Awan
Group Central Region, bakal pemilik rumah berpeluang untuk memiliki sama ada
SOHO Transit (1360 unit) ataupun Rumah Mampu Milik (712 unit) untuk pembeli
rumah pertama. Harga permulaan untuk memiliki rumah mampu milik ni dengan semua
kemudahan yang disediakan memang helok sangatlah untuk ang muda-muda untuk
memiliki rumah pertama dan yang dah “established” untuk buat aset kannn?
Sesiapa yang nak pergi ke showroom boleh ke unit galeri dan pameran Astrum Ampang di Phileo
Damansara. Boleh buat temujanji dengan menghubungi 018-371 2888.
Jadi penat-penat Kak Fa cerita ni nak tunggu
lagi ke? Apa lagi? Sila layari:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.