The Dean's List Matter - Kenapa Kak Fa Kejar Sangat Dean's List?

Farah Waheda Wahid
4

Semester lepas Kak Fa lupa nak taip entri tentang exam result Kak Fa. 😂. Tak taulah tu. Sama ada betul-betul terlupa ataupun contemplating nak menaip (takut orang ingat nak menunjuk-nunjuk pula kan? 😉) ataupun Kak Fa dilanda kemalasan untuk menaip 😝. Tapi cerita-cerita macam nilah sebenarnya yang boleh diabadikan kisahnya untuk kenangan di waktu akan datang kan? At least manalah tau kot esok lusa dah berusia - mood nak mengimbau kenangan sampai kan? Tapi jujur - sekelumit pun dalam hati Kak Fa ni tak terlintas pun nak menunjuk-nunjuk atau berasa riak. Cuma sekadar niat bercerita. Rasa nak baca teruskan baca. Tapi agak-agak kalau sakit hati tu tekan jer butang X di hujung sebelah kanan browser masing-masing. Rasa nak dijadikan inspirasi, jadikan inspirasi. Kak Fa bukan sesiapa pun nak inspired sesiapa tapi kalau untuk kebaikan apa salahnya. The Dean's List Matter - Kenapa Kak Fa kejar sangat Dean's List? Pengakuan jujur - Kak Fa memang target nak Dean's List. 


Semester pertama tu - memang Kak Fa tak capai Dean's List. Tapi Alhamdulillah keputusan still lagi boleh diterima akal Kak Fa ni ha. 😂. Walaupun pada hakikatnya hati tu frust sangat kan? Semester pertama berapa ek Kak Fa dapat...Jap Kak Fa cuba recall semula.... Ok GPA 3.53, CGPA 3.53. First sem kan? Jujur perasaan agak kecewa tapi Kak Fa pujuk hati dengan berkata-kata sendiri yang as long as pointer atas 3.5 - itu sudah cukup bagus untuk seorang student part time yang ada banyak komitmen lain. Yang frust tu sebab sikit lagi jer, sikit lagi jer nak dapat Anugerah Dekan. Ha ha ha.... Bila sipi-sipi ni memang terasa kekecewaan tu tau. 


Semester kedua...acah-acah Kak Fa bangkit semula. Tapi sebenarnya tak yakin pun boleh dapat Anugerah Dekan sebab pada waktu semester kedua ni kan, Kak Fa rasa sangat-sangat mencabar sebab waktu tu baru nak adjust dengan new norm - Work From Home-lah, dengan banyak gila Course Work dan dimasukkan ke hospital selama dua minggu untuk penyakit yang tak tau mender tu tah. Masa sakit tu dah hujung sem and syukur Alhamdulillah sangat Kak Fa ada kawan-kawan sekuliah yang sangat-sangat baik dan helpful pada waktu dan ketika itu. Syukur Kak Fa dipertemukan dengan course mate yang best-best. Yakin tak yakin, usaha, doa dan tawakal membawa Kak Fa kepada GPA 3.78, CGPA 3.65. Anugerah Dekan pertama yang Kak Fa capai. Sujud syukur sangat pada waktu itu. 


Semester ketiga... Haaa...yang ini semester sebelum semester yang baru jer dapat result hari ni. Memang hajat hati Kak Fa nak pulun semester ketiga ni supaya keputusan lebih baik daripada semester kedua. Memang Kak Fa nak maintain Anugerah Dekan tu ha. Kalau boleh sesekali nak rasa juga GPA 4.00 kannn? Hajat hatilah. Yang ni, result sem yang ini Kak Fa adalah result yang Kak Fa tak share tu. Hu hu hu. Ingatkan semester ni boleh tenang-tenang. 😂. Kisahnya ada dugaan lain yang serabutkan dan peningkan kepala otak Kak Fa ni ha. Tapi Kak Fa kayuh jugak. Apa jadi pun, Kak Fa tetap mencuba yang sebaik mungkin. Alhamdulillah, impian dapat dipenuhi. GPA 4.00, CGPA 3.76. Syukran Allah. There's always silver lining kan despite what happened during that point of time. 


Semester keempat? Ha ni cerita hari ni punya. Sebenarnya Kak Fa memang sangat goyang. Nak kekalkan Dean's List tu memang sangat struggle ok? Memang real punya juggling and struggle. Sebab untuk semester ni tekanan makin bertambah kuat dari pelbagai sudut dan memang ada masa Kak Fa pasang air shower di dalam bilik air dan menangis sendiri sepuas-puasnya. Dugaan, tekanan datang dari pelbagai sudut. Tak mudah nak kuatkan semangat dan cekalkan hati. Tapi Kak Fa redah juga dan tawakal jerlah. Kak Fa sebenarnya memang dari awal dah target subject Performance Management Kak Fa akan dapat B sebab Kak Fa dah ada experience belajar dengan Dr. K sebelum ni. Ekekekeke.... 😁... Memang boleh predict dah and memang dah tau standard and expectation Dr. K tinggi. 


Jujurnya semester ni - Kak Fa usaha sebanyak mana yang boleh, sehabis baik mana yang boleh. Memang sangat-sangat mencabar. Kerja, PdPr, kerja bukan hakiki, personal. Macam time-bomb jer nak tunggu meledak. 😂. Sleepless night - tidur pukul 3-4 pagi semua tulah. Ha baru tau struggle belajar sambil bekerja ni macam mana kan? Ekekeekke.... Takut sangat tak boleh kekalkan title Anugerah Dekan tu... Dan hasilnya adalah:




Alhamdulillah, syukran Ya Allah. Sujud syukur. Bukan mudah nak sampai ke sini. Even GPA dan CGPA sedikit menurun disebabkan ada B semester ni 😏 - subject yang Kak Fa dah jangka. Ha ha ha... Dr. K jangan marah saya... Terima kasih atas ilmu dan halalkan segala ilmu ya. Syukur Alhamdulillah, at least masih kekal di dalam senarai Anugerah Dekan. Memang semester 5 nanti kena buat rectification works untuk naikkan kembali GPA dan CGPA tu. Honestly, memang tengah susun strategi semula ni ha. Ha ha ha. 😂.... Susun strategi... Tak perlu jadi ambitious sangat, tau setakat mana kemampuan dan kemudian achieve target! Mission and vision untuk semester 5 kaedahnya begitu. Ha ha ha.... 😂... In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 


Kenapa Kak Fa kejar sangat Dean's List? Cam nilah, tak kisahlah you belajar Diploma ke? Ijazah ke? Master ke? PhD ke? semua nak Dean's List ok? Tak kira full time student ke? Part time student ke? Semua kalau boleh nak genggam Dean's List tu. Kenapa? 


Berbaloi Poket

Katalah kita ni dapat Anugerah Dekan setiap semester - itu adalah merupakan satu kepuasan yang teramat sangat untuk diri sendiri tau. Nak nak lagi macam Kak Fa ni ha... Bayar yuran dengan duit poket sendiri. Berdarah tau tak nak bayar yuran tu. Ingat senang ke? Ha ha ha...Gigih kerja siang malam demi nak bayar yuran belajar. At least bila dapat Anugerah Dekan tu terasa setiap sen yang mengalir tu memang sangat berbaloi-baloi. Yang tak rasa tu kena rasa dulu baru boleh tahu what I'm talking about. 


Nak Genggam Ijazah First Class

Lagi satu - kenapa Kak Fa mengejar sangat Dean's List - sebab Kak Fa nak graduate dengan cantik sekali. Ha gituhh...Kalau diizinkan oleh Allah SWT. In Shaa Allah. Amin2 ya rabbal alamin. Siapa tak nak Ijazah First Class kan? Kalau boleh memang nak sarung jubah dan terima Ijazah First Class. Tapi tu semua tak boleh cakap sekarang juga, bergantung pada kegigihan Kak Fa nak pertahankan Anugerah Dekan untuk beberapa semester akan datang nanti ni. Ha ha ha...Semoga diperkenankan oleh Allah SWT lah hendaknya. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. Cabaran sangat kuat ok. Nampak tak betapa struggle-nya untuk maintain Anugerah Dekan itu? 


Untuk Iman Firash

Sebenarnya di usia Iman Firash, 7 tahun menuju ke 8 tahun dia tak faham pun Anugerah Dekan tu apa. Tapi anak mana yang tak bangga bila tengok mak dia naik pentas (kalau adalah graduation day sebab tak tau lagi kan sama ada masa tu Covid masih berlegar ke tak), orang ramai bertepuk tangan gemuruh untuk mak kita. Siapa yang tak tercuit hati? Dalam hati Iman Firash mesti tak banyak sikit terfikir kan? Mommy belajar sampai pandai macam ni. Saya pun nak jadi macam Mommy. Kak Fa nak motivate dia, nak inspire dia, nak empower dia dan nak tunjukkan contoh pada dia. 


Tak banyak sikit, at least inilah pengorbanan yang Kak Fa boleh lakukan untuk tunjukkan contoh dan motivate Firash. Kak Fa cubalah, Kak Fa cuba. Kak Fa tak kata semua parents kena buat cara macam ni. Kak Fa tak kata cara ni berkesan tapi ini adalah merupakan salah satu pendekatan yang Kak Fa gunakan. Kak Fa tak nak paksa Firash tapi Kak Fa nak Firash target dan susun strategi macam mana nak capai apa yang dia nak capai dalam kehidupan. Kak Fa naklah Firash jadikan Kak Fa role model dalam kehidupan dia. Salah satu pengorbanan yang Kak Fa dapat lakukan untuk Iman Firash. Nak bagi harta tak berharta Kak Fa ni. Ha ha ha... 😂. In Shaa Allah... mungkin ini menjadi salah satu asbab kebaikan di dalam membentuk diri Iman Firash. 


Tu jerlah kot setakat ni yang Kak Fa ingat sebabnya. 😅. Mungkin itu yang major reasons Kak Fa. Again bukan nak riak. Tak bukan sebab tu. Sekadar bercerita. Macam Kak Fa kata, yang baik tu ambillah, yang kurang baik tu tak perlu ambil. Abaikan sahaja. 


Being a mom of one and having to work hasn't stopped my determination to be the best student possible. With this honor I will share with my son. Mommy buat semua ni bukan semata untuk diri Mommy tetapi untuk Yash juga. 😉

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulilah. Tahniah atas kejayaan cemerlang ☺️ Saya pun kadang was² nak share result sbb bimbang orang kata riak. Tp fikir balik, biar la nak hargai hasil diri sendiri penat mengadap nota kuliah, buat tugasan, hadap ahli kumpulan yg macam² perangai 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, kadang kita risau bila kita kongsi orang kata alahaiii dia ni nak menunjuk-nunjuk, riak etc. tapi sebenarnya kita yang hadap, kita yang tau rasanya bagaimana. bukan mudah nak capai, bukan mudah nak maintain. it takes a lot of hard work and struggles to get there kan?

      Delete
  2. Alhamdulillah, tahniah atas keputusan cemerlang.Semoga menjadi pemangkin pada para pembaca semua untuk capai kejayaan juga. Salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. Salam perkenalan juga.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !