PANDUAN Pendedahan Mengenai COVID-19 Kepada Anak

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google


Dua puluh juta kali Kak Fa cuba nak susun ayat untuk tajuk entri ni... Ha ha ha... Sejak-sejak mempunyai kekangan waktu untuk berkarya secara maya ni, enjin lambat sikit panas untuk dapatkan "rythm and jive" penulisan maya. Ha...tapi tulah dia... Entri Kak Fa pada kali ni nak menyentuh mengenai panduan pendedahan mengenai COVID-19 kepada anak. Macam tulah nampak-nampak gayanya... Dari pandemik kepada endemik. We have to live with COVID-19. Tidak ada pilihan. Makanya, jadi tugas kitalah sebagai ibu bapa ni nak menerangkan, nak memahamkan kepada anak-anak mengenai COVID-19 ni. Supaya mereka faham apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka? Kenapa tak boleh nak yak yak ey macam zaman sebelum pandemik? Kenapa banyak kekangan itu dan ini? Kenapa tak pergi sekolah semua kan? Penting ni. Sekurang-kurangnya bila anak faham kenapa - kurang soalan itu ini nak jawab, bantu kurangkan sedikit tekanan mereka juga kan? Kita usaha mana yang boleh. Penting sangat dalam era pandemik, era endemik anak-anak faham dan tahu kenapa banyak sangat kekangan dan bagaimana nak jaga kesihatan serta keselamatan diri sendiri. 


Kesian bukan tak kesian - sebab zaman pandemik, zaman endemik anak-anak terkekang itu dan ini. But then again...Nak buat macam mana kan? Sebab kita sayang, kita terpaksa juga ambil langkah-langkah melindungi diri mereka dan langkah-langkah untuk mereka jaga diri mereka. Kita jaga kita. Kak Fa tak pasti bagaimana mak ayah lain di luar sana kendalikan perkara ini dengan anak-anak masing. Tapi sajalah Kak Fa nak kongsi. Ini adalah cara Kak Fa memberi kefahaman mengenai COVID-19 yang jahat ni kepada Iman Firash.


Bersedia Untuk Bercakap

Sewaktu mula-mula lagi COVID-19 masuk ke Malaysia - kes yang pertama dulu pada 23 Januari 2020 di mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) menerima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti koronavirus 2019 (2019-nCoV) dan KKM sahkan kes di Sabah negatif, Kak Fa dah mula cari maklumat mengenai wabak COVID-19 dan belajar mengenai COVID-19. Sebelum nak terangkan pada Firash, Kak Fa kenalah belajar dulu dan fahamkan betul-betul dulu kan? Sebab namanya wabak... Mestilah nak kena peka. 


Sewaktu tu, Kak Fa dah mula terangkan sikit-sikit mengenai COVID-19 pada Firash secara umum. Sebabnya Kak Fa nak dia peka dengan perkembangan semasa juga walaupun dia masih berusia 7 tahun. 

Kemudian - bila keadaan dah semakin meruncing, statistik pun dah mula meningkat hari demi hari sampai ke puncak bila sekolah ditutup, Kak Fa terus terangkan tentang SOP, tentang bahaya COVID-19. Sehinggakan - kita beralih pula kepada "point" yang kedua. 


Menggunakan Video YouTube untuk Kefahaman Mengikut Kesesuaian Usia

"It can't be done alone and we need support". Apa gunanya teknologi kalau tidak digunakan kan? Jadi marilah kita menggali sumber-sumber digital yang anda untuk membantu meningkatkan lagi kefahaman anak-anak kita semua. Di antara sumber-sumber video YouTube yang Kak Fa gunakan adalah seperti yang tertera di bawah:







Banyak jer sebenarnya di YouTube mengenai COVID-19 yang direka dan dimuatnaik khusus untuk kanak-kanak dengan kepelbagaian interaktif yang membolehkan anak-anak faham dengan mudah. Jadi anda boleh gunakan sumber sedia ada ini dengan sebaiknya. Manfaatkan apa yang ada sebaiknya. 


Selain itu, Kak Fa pun ada juga memuat turun buku khusus untuk kanak-kanak mengenai COVID-19 yang diedarkan secara PERCUMA di laman web UNICEF melaui pautan di SINI.



Oklah tu kan? Sambil meningkatkan kemahiran bacaan sambil dapat maklumat. Ada versi Bahasa Melayu dan juga versi-versi lain yang disediakan. Bagi yang belum muat turun, boleh muat turun untuk anak-anak masing-masing ok? 


Menjadi Lebih Terbuka dan Mendengar

Benarkan anak-anak bercakap dengan bebas. Tanya kepada mereka soalan terbuka dan ketahui berapa banyak yang mereka sudah tahu mengenai COVID-19. Jangan lupa untuk jujur menjawab soalan-soalan mereka. Fikirkan berapa umur anak anda dan seberapa banyak yang boleh mereka fahami. Mungkin ada juga anak-anak yang keliru ataupun takut. Jadi beri mereka ruang untuk berkongsi bagaimana perasaan mereka dan beritahu mereka bahawa anda sentiasa ada untuk mereka. 


Oh ya sikitlah Kak Fa nak tambah - jelaskan bahawa COVID-19 tidak ada hubungan dengan penampilan atau rupa seseorang, semua pukul rata jer kalau nak hinggap. Betul kan? Sambil-sambil tu, Kak Fa dedahkan dengan berita-berita di kaca televisyen, tunjuk pada Firash tentang pengorbanan barisan hadapan. 


Alhamdulillah, semakin hari semakin faham mengenai COVID-19 dan paling penting sekali sekarang ni dia yang tersangat menjaga SOP daripada Kak Fa. Kadang-kadang dia yang membebel ingatkan Kak Fa mengenai SOP dan juga COVID-19. Firash pun faham, kalau Kak Fa balik dari luar dia dah tak meluru peluk Kak Fa macam dulu lagi dah. Sebaliknya dia yang jadi "reminder" suruh Mommy dia terus masuk bilik air dan mandi. Dia sendiri yang ada "effort" untuk "double masking" kalau dia teringin sangat nak pusing-pusing naik kereta di kawasan taman perumahan atau main di "porch" hadapan rumah. 


Benda ni bakal menjadi endemik "and we have to live with it"... Jadi memang jadi tanggungjawab ibu bapa untuk mulakan dulu kefahaman mengenai COVID-19 kepada anak-anak. Kak Fa akui, pihak sekolah iaitu guru-guru pun banyak memainkan peranan mereka di dalam kefahaman Firash ke atas COVID-19. Memang semua pihak kena bersatu-padu pun untuk fahamkan generasi muda sekarang. Didikan bermula dari rumah, jadi afdal sangat dimulakan oleh ibu bapa kan? 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Salam, Happy bila nampak Fa bersiaran. Betul tu kena hadap endemik, nanti bila kerajaan berhenti kemas kini jumlah kes, kita dikaburi dengan keadaan. Moga kita dilindungi Allah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !