NR Bersama Rakan Jayakan Program Amal “NR4FRIDAYS” Peka Covid-19

Farah Waheda Wahid
0

 


Siapa tak kenal dengan NR kan? Rata-rata yang bergelar wanita memang kenal sangat dengan NR. NR atau dikenali sebagai Nona Roguy sebelum ini merupakan Pelopor Industri Herba Negara dan telah menerajui industri herba negara lebih 30 tahun di pasaran. Memang apa yang boleh Kak Fa katakan, Nona Roguy adalah trusted brand in Malaysia. Sebagai satu jenama yang berteraskan perubatan komplementari tradisional, NR buat julung-julung kalinya akan melancarkan program amal NR4FRIDAYS bersama rakan-rakan strategik dengan objektif untuk menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa, tenaga dan komitmen mereka di dalam menyumbangkan bakti buat negara tercinta kita Malaysia di dalam menangani wabak Covid-19. NR4FRIDAYS juga berinspirasi untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat umum tentang pentingnya menjaga kesihatan dalaman dan luaran semasa negara melalui fasa pemulihan pandemik Covid-19. 


NR4FRIDAYS adalah merupakan inisiatif yang bukan bersifat keuntungan dan akan memfokuskan kepada:

  • 4 siri sumbangan makanan/keperluan asas untuk petugas barisan hadapan. 
  • 4 siri IG LIVE Amal bersama Rakan Selebriti NR.

NR4FRIDAYS digunakan sebagai tema sumbangan NR bersama rakan adalah kerana, sumbangan ini akan dijalankan selama empat minggu pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan September 2021 ini. NR4FRIDAYS mengambil inisiatif sumbangan pada hari Jumat kerana mengambil keberkatan hari Jumaat itu sendiri sebagai penghulu segala hari bagi mendapatkan kerahmatan dan keistimewaan di dalam menjalankan aktiviti amal jariah. 


Sumbangan Jumaat yang pertama pada 10 September 2021, iaitu pada hari ini, NR dan rakan-rakan akan menziarah ke Hospital Sungai Buloh dan akan melakukan serahan sumbangan pek makanan dan minuman, telefon tanpa wayar (cordless phone), peralatan tulis dan telefon bimbit serta sedikit peralatan keperluan asas kepada Unit ICU Hospital Sungai Buloh. Program sumbangan ini akan diteruskan pada setiap hari Jumaat yang berikutnya iaitu pada 17 September, 24 Oktober dan 1 Oktober 2021 sepertimana yang telah dirancangkan. 


Selain daripada sumbangan makanan dan keperluan asas kepada barisan hadapan, NR dan rakan juga akan menganjurkan Program IG Live Amal NR4FRIDAYS dan telah mengaturkan empat siri di platform Instagram secara "cross live" bersama-sama rakan selebriti secara 4 minggu berturut-turut yang telah dijadualkan pada setiap hari Jumaat pada jam 9.00 malam. 




Anzalna Nasir - 10 September 2021

Farah Nabilah - 17 September 2021

Betty Rahmad - 24 September 2021

Bakal Diumumkan Kemudian - 1 Oktober 2021


Program IG Live Amal NR4FRIDAYS ini akan berkongsi dan menyentuh pelbagai isu berkaitan kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental semasa tempoh kawalan kendiri ketika wabak Covid-19 melanda negara. Selain daripada itu IG Live Amal NR4FRIDAYS memberi peluang untuk para pengikut atau followers berinteraksi bagi mengupas dan melakukan perkongsian ilmiah mengenai Covid-19. 


Tajuk-tajuk yang telah disusun bersama rakan selebriti NR akan menjurus berkaitan program kesedaran kepada masyarakat umum. Tajuk IG Live yang pertama pada 10 September adalah "Pengorbanan" yang akan dihoskan oleh Anzalna Nasir yang akan berkongsi mengenai pergorbanan jururawat yang bertugas. Untuk minggu yang kedua pula, tajuk yang akan dibincangkan bersama selebriti Farah Nabilah adalah merupakan tajuk "Stigma" di mana ianya adalah merupakan perkongsian bersama pakar jemputan dan wartawan jemputan berkaitan stigma masyarakat berkaitan pesakit Covid-19. 


Pada 24 September 2021, NR4FRIDAYS akan meneruskan program IG Live dengan tajuk yang lebih dekat kepada kepentingan vaksin dan kesihatan kanak-kanak semasa pandemik yang akan dikongsi bersama selebriti Betty Rahmad dan tetamu jemputan. Program terakhir NR4FRIDAYS akan berkongsi berkaitan tajuk yang terlalu dekat dengan masyarakat iaitu "Kesihatan Mental". Perkongsian ini yang akan disertai bersama selebriti jemputan yang akan membincangkan kepentingan kesihatan mental yang melibatkan emosi pelbagai isu yang akan dilalui masyarakat semasa pandemik Covid-19. 


Puan Radhiah Ahmad, Ketua Strategi dan Inovasi NR yang memiliki Ijazah Sarjana di dalam bidang Kewangan Islam akan bersama-sama di dalam program amal IG Live NR4FRIDAYS. Beliau akan berkongsi pengalaman dan cabaran melalui perspektif strategi pengurusan kewangan bagi kepentingan masyarakat umum. Beliau juga akan mengupas bersama tetamu jemputan berkaitan persediaan mental dan emosi yang masyarakat umum perlu ada dalam negara bersedia melalui fasa pandemik Covid-19 ke endemik sepertimana yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia. 


Tuan Syed Hidzir Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif NR berkata:

NR4FRIDAYS" ini merupakan aktiviti tanggungjawab sosial kami bersama rakan-rakan strategik membuat sedikit sumbangan kepada petugas barisan hadapan. Matlamat dan tujuan murni NR bersama rakan-rakan membuat sumbangan ini adalah untuk pihak kami menyantuni penjawat awam yang telah menyumbang bakti berkorban masa dan tenaga sehingga ada yang terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. 


Saya juga berharap semoga program IG Live Amal NR4FRIDAYS yang bakal kami anjurkan mencapai matlamat seperti yang diharapkan iaitu untuk berkongsi bersama followers IG berkaitan kepentingan menjaga kesihatan semasa pandemik ini dan untuk memberi kesedaran pentingnya bagi masyarakat umum mengambil vaksin. Bersama-sama kita bantu negara bebas Covid-19. 


Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai Perhubungan Awam MISB Resources Sdn Bhd, Encik Jaleel Rashid di talian 012-3348650

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !