Nota Next Level Dengan GOODNOTES!

Farah Waheda Wahid
3

Selamat tinggal paper planner, selamat tinggal paper notebooks. Agak-agak boleh ke kalau macam tu? Sekurang-kurangnya jimat duit beli pen dakwat basah PILOT favourite Kak Fa tu. Bukan kata tak beli, beli jer…. Tapi lambat sikitlah habisnya kan? Ha ha ha… sebab dah boleh berjimat-cermat kaedahnya. Boleh bantu selamatkan alam sekitar sebab meminimakan penggunaan kertas… Go green! Ecewah…. Iya… memang sekarang ni nota next level dengan GOODNOTES! Beg pun makin ringan sebab tak banyak buku nota itu, buku nota ini nak kena jinjing ke sana ke mari. Tak adalah Kak Fa ni rasa macam banyak jer benda nak carry hari-hari kan? 

Guna aplikasi GOODNOTES ajer dah perfect! Sebab segala mak nenek nota, planner, dokumen boleh sumbat macam tu. Sedap mata memandang pun iya, sebab boleh scribble nota dalam kepelbagaian rupa mengikut kreativiti masing-masing. Sebenarnya ikutkan Kak Fa nak kongsi jer planner yang Kak Fa scribble dan nota yang Kak Fa scribble dengan menggunakan aplikasi GOODNOTES tu. Tapi Kak Fa tak mampu nak share dik, sebab banyak sangat details-details yang Kak Fa tak boleh dedahkan dan bersifat top secret serta melibatkan integriti Kak Fa. Jadi harap maaf! Yang mampu Kak Fa share adalah gambar scribble Kak Fa di atas jer untuk tatapan umum. Lain-lain Kak Fa pluck gambar dari sumber dari Google ajer lah ya? Tapi Besut GOODNOTES ni sebab Kak Fa boleh scribble semua notes, planner ikut citarasa Kak Fa. Sekarang ni Kak Fa kan peminat aesthetic aesthetic concept, jadinya Kak Fa rasa fun pula cuba meng-aesthetic kan nota dan planner Kak Fa sebaik mungkin. Ha ha ha…. Walaupun hakikatnya tidak berseni sangat. 

Ni semua pengaruh adik-adik dekat Tik Tok lah ni. Dok kongsi nota dan planner canggih manggih dema tu semua. Sudahnya, Kak Fa pun terjebak sama. But at least baguslah, Kak Fa dapat satu benda baru yang sangat-sangat berguna untuk kegunaan harian Kak Fa, kegunaan kerja hakiki Kak Fa dan juga kegunaan belajar Kak Fa tu ha. At least, Kak Fa dapat centralized notes Kak Fa pada satu apps ikut folder masing-masing kan? Terasa tibah… teraturnya hidup Kak Fa. Ha ha ha. 

To those yang agak-agak baru lagi, tapi… Kak Fa rasa ramai jer tau tentang GOODNOTES ni. Tak apa, Kak Fa cerita jer.

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google



Ni ha dia. Ini namanya aplikasi GOODNOTES yang boleh dimuat turun daripada Apps Store yang berharga RM34.90 lifetime. Sekali bayar lepas tu boleh guna sampai lebam ok? Ala… Kak Fa percaya ramai yang lagi expert dari Kak Fa dekat luar sana tu. Kak Fa cerita jer lah kan. Jangan tak jadi cerita. Ha ha ha. Anak-anak, adik-adik, youngsters semua memang tau sangat dengan aplikasi GOODNOTES ni! Sebab diaorang lah paling banyak gunakan. 

Kak Fa suka dengan aplikasi GOODNOTES ni sebab Kak Fa rasa Kak Fa bayar dan memang banyak Kak Fa gunakan. Gunakan untuk kerja hakiki sebagai Personal Assistant, gunakan untuk kerja-kerja Kak Fa sebagai blogger, gunakan untuk simpan resipi, gunakan sebagai planner. Dengan kreativiti sendiri, yang buatkan Kak Fa ni suka nak berulang-ulang kali. Ini semester baru nak start ni, lagilah Kak Fa berkobar-kobar nak gunakan aplikasi GOODNOTES ni untuk nota-nota belajar Kak Fa. Even nota-nota belajar Firash pun, Kak Fa dah mula gunakan GOODNOTES. 

Contoh planner design dalam GOODNOTES yang boleh Kak Fa kongsikan: 
Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google



Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google



Comel kan? Lepas tu nanti, scribble jer atas tu dengan stylus dan tulisan tangan sendiri. Nak add stickers pun boleh. Comel jer jadinya nanti. Tu yang suka nak tengok banyak kali tu. Dia macam something yang refreshing-lah pada mata Kak Fa. At least dengan adanya GOODNOTES bebanan buku-buku nota, planner, segala mak nenek kertas tu Kak Fa dah dapat kurangkan. 

Acah-acah go digital and go green gitu. But mata still nak kena jaga jugalah. Kak Fa akan pastikan Kak Fa pakai anti-blue light lens dan juga jaga display brightness pada skrin gajet tu. Sebab boleh kata exposure to screen quite high kan? 

Another features yang Kak Fa rasa GOODNOTES ni memudahkan, you can dump all your notes in one apps based on their own folder. Boleh create and classify folder category dan simpan accordingly. Bila nak cari, just find the respective folder and terus dapat apa yang dicari. Jimat masa pun ya. And because I totally need this, sebab tu Kak Fa rasa ni apps paling bijak atas muka bumi ni buat masa ni. Ha ha ha. Bukan setakat scribble notes, dokumen kerja bentuk PDF pun boleh simpan dalam aplikasi GOODNOTES ni and Kak Fa boleh scribble atas dokumen tu. Let’s say as example, minutes of meeting. So as a Personal Assistant, Kak Fa kan kena ambil minutes of meeting. So, Kak Fa can just scribble on it during meeting being held. Not only that, gambar-gambar such as passport copies or travel itinerary my bosses pun Kak Fa boleh simpan dalam ni untuk kegunaan Kak Fa.  Sebab tu Kak Fa kata, this is so useful untuk Kak Fa. 

Rasa tu jer lah Kak Fa nak cerita tentang GOODNOTES kali ni. Next Kak Fa plan nak share the GOODNOTES templates yang boleh dimuat turun dan digunapakai. Ok for now, good night dulu. Kak Fa nak kena tidur dah ni, bateri dah low sangat-sangat. Dua hari ni pack betul dengan macam-macam benda. Rasa exhausted sangat. Till then of to dreamland. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Macam best je. Bolehlah download apps tu nanti. Terima kasih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best. Kak Fa suka sangat dengan aplikasi GoodNotes ni.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !