Review: KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE & KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX

Farah Waheda Wahid
2


Ingat tak? Kak Fa pernah kongsi tentang KITSUI Vita C + Shine? Kali ni? Kali ni Kak Fa nak review tentang KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE & KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX. Dua produk KITSUI yang terkini menjadi amalan Kak Fa dan Kak Fa rasa anda juga patut tahu mengenai kedua-dua produk yang terkini di dalam senarai rutin harian Kak Fa ni.



KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE



Untuk pengetahuan anda yang membaca entri ini, KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE ini adalah merupakan formulasi terkini dari Korea yang menggunakan teknik pembekuan berkepekatan tinggi untuk dijadikan serbuk. Ianya dihasilkan dengan menggunakan mesin vakum TANPA menggunakan vakum alcohol dan merupakan teknologi Itali serta buah beri segar dari Itali. Dijamin HALAL – makanya boleh minum tanpa rasa was-was ok? 




Fungsinya? Untuk kecantikan kulit of course! 




Vitamin E di dalam KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE adalah berfungsi untuk melindungi daripada radikal bebas, antioksidan yang dapat membantu melambatkan tanda-tanda penuaan serta mencerahkan dan melembapkan kulit. 


Vitamin C pula membantu untuk meningkatkan penyerapan zat besi, pembentukan kolagen dan mencantikkan kulit. Manakala, Vitamin A adalah untuk membantu menjadikan kulit lebih sihat serta memberikan penglihatan yang baik. 




Harga mampu milik ya kawan-kawan…Cuma RM 1.78/sehari.


KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX



KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni pula adalah dirumus khas untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang juga merupakan formulasi terkini dari Korea yang mengandungi bahan-bahan seperti epal, kiwi, oren, avocado, tomato, lemon dan nenas. 






Sepertimana yang dapat anda lihat melalui paparan gambar-gambar bahan-bahan utama yang Kak Fa sertakan di atas, KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni adalah merupakan serat harian yang mengandungi semua bahan semulajadi termasuk campuran ramuan herba asli dan serat buahan. 


Jika anda mempunyai masalah seperti masalah kulit, mulut berbau, badan berbau dan cepat letih, itu tandanya badan anda mempunyai lebihan toksin. Jadi anda adalah orang yang tepat yang seharusnya mengamalkan pengambilan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX. 


KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX juga direka untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah pencernaan yang disebabkan oleh suka makanan berlemak, kurang pengambilan makanan serat, tiada masa bersenam, kurang minum air dan suka makan berlebihan.


KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX adalah rendah kalori, membantu menggalakkan pergerakkan usus, meningkatkan metabolism, melancarkan sistem pencernaan dan membantu sistem penghadaman. Yang Kak Fa perasanlah kan? Sejak Kak Fa amalkan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni Kak Fa rasa mudah nak membuang. Kalau tak sebelum ni, payah jugalah. Sebab Kak Fa memang ada masalah pencernaan semenjak bayi lagi. Jadi Kak Fa rasa KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni works wonders on me. Bermakna serasilah tu kan?




Harga juga adalah mampu milik. Kalau bahagi campur tolak tambah baru RM1.60/sehari. Berbaloi kan? Menarik kan? Buat apa nak kedekut kalau untuk diri sendiri.




Bagi Kak Fa mudah dan senanglah bila amalkan kedua-dua produk KITSUI ni memandangkan Kak Fa ni sentiasa ada kekangan masa kan? Dengan kedua-dua produk KITSUI ni iaitu KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE dan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX ni, Kak Fa rasa sangat convenient dan tak pening-pening serta kalut-kalut untuk Kak Fa pastikan Kak Fa cukup semua khasiat yang dirangkumkan di dalam kedua-dua produk ini. Cukup serba-serbi, jimat masa dan kulit lebih cantik serta tubuh badan lebih sihat. 


Tak susah pun, koyakkan sachet, masukkan ke dalam shaker, masukkan air dan shake shake – dah tersedia untuk diminum. Mudah sangat. Tapi jangan lupa minum banyak air ya untuk menyokong keberkesanan produk ini. 


Testimoni Pengguna

KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE






KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX





Perkara penting yang anda perlu tahu, produk ini adalah bebas dari bahan-bahan yang berbahaya seperti yang tertera di dalam paparan gambar di bawah:




Tiada hormon, tiada pengawet, tiada gluten, tiada GMO, tiada antibiotik mahupun bahan kimia. Boleh dipercayai sebab telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa. 


Selain itu boleh dapatkan lebih informasi tentang KITSUI WHITEBERRIES BB BEAUTE dan KITSUI FEDLOSS FIBRE D’TOX di sini :

Instagram :

https://instagram.com/kitsuimalaysia

Facebook :

https://www.facebook.com/kitsuimalaysia/

Tik Tok :

https://vt.tiktok.com/ZSJefYjJy/

Shopee :

https://shopee.com.my/kitsui.my.hq?smtt=0.0.9

Website :

https://kitsui.com.my/

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Aduh tergoda la pulak kita dengan Dtox tu, sbb skrg mmg tengah diet!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !