Orang kata nak buat keputusan untuk membeli rumah ni tak boleh terburu-buru. Kena perlahan-lahan tengok sana, tengok sini. Buat perbandingan. Selepas tu barulah buat keputusan supaya tidak menyesal di kemudian hari kan? Oleh sebab itu, pencarian masih belum berakhir – kali ni Kak Fa intai CELYN, BAYU SUTERA di Bandar Sri Sendayan. Chill-lah kan? Tak perlu terburu-buru, masih ada masa lagi. Kak Fa boleh jer tinjau sana sini untuk ditambah di dalam senarai rumah tinjauan Kak Fa sebelum ini. Samalah dengan anda – jika masih mencari anda pun boleh buat tinjauan lagi dan letakkan CELYN, BAYU SUTERA ni sebagai salah satu senarai pilihan anda.
Rumah jenis macam mana CELYN, BAYU SUTERA ni Kak Fa? Tau dah – ini pasti jadi soalan pertama yang berlegar-legar di kotak pemikiran yang membaca entri ni kan? Oklah… CELYN, BAYU SUTERA mungkin untuk anda, jika anda mencari landed property untuk dimiliki dan didiami. Ianya adalah merupakan rumah teres berangkai 2 tingkat yang bersaiz 20’ x 70’.
Kalau
ikutkan taste Kak Fa – rekabentuk CELYN, BAYU SUTERA ni sememangnya menepati
konsep rumah yang Kak Fa suka. Simple yet elegant and nice. Ha gituh. Yang Kak
Fa suka bila dua kereta boleh muat di bahagian hadapan rumah. Kalau macam ni,
jika saudara mara atau kawan-kawan datang bertandang ke rumah mudahlah kan?
Sekurang-kurangnya boleh parking di dalam kawasan rumah tu juga.
CELYN,
BAYU SUTERA didatangkan di dalam dua jenis iaitu Type A/A1 dan juga Type B/B1.
Type A/A1
Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam ilustrasi di atas dan juga pelan tapak, CELYN Type A/A1 adalah bersaiz 20’ x 70’ dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi yang dilengkapi dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik air (bagi rumah tengah dan hujung) dan 4 bilik air (bagi rumah tepi). Parkir boleh memuatkan sebanyak 2 biji kereta.
Type B/B1
Bagi
Type B/B1, ia juga bersaiz 20’ x70’ dengan keluasan binaan 2,142 kaki persegi
yang didatangkan dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik air (bagi rumah tengah dan
hujung) dan 4 bilik air (bagi rumah tepi). Ianya juga boleh memuatkan sebanyak
2 biji kereta di kawasan parkir.
Kak
Fa bagi anda tengok dulu kawasan atau tapak CELYN, BAYU SUTERA melalui paparan
di bawah:
Kawasan
ni nampak tenang dan damai dan dari paparan gambar di atas sendiri anda boleh
melihat bahawasanya CELYN, BAYU SUTERA itu sendiri dikelilingi oleh banyak
kemudahan-kemudahan di sekelilingnya. Untuk menjadikan cerita tentang kemudahan
yang terdapat di persekitaran CELYN, BAYU SUTERA lebih jelas, berikut adalah
senarai kemudahan atau fasiliti di sekeliling CELYN, BAYU SUTERA yang boleh
anda ketahui:
Nampak
tak? Macam-macam ada oiii… Nak shopping ada AEON, Tesco, NSK. Sekolah pun ada
tujuh buah sekolah, tempat rekreasi, kemudahan kesihatan dan juga jalan laluan
kereta yang sedia ada terhubung sana dan sini. Pendek kata, tak adalah rasa
macam tinggal jauh di kawasan pendalaman sangat jika mendiami CELYN, BAYU
SUTERA. Semua ada.
Oh
ya, tarikan utama pada Kak Fa adalah kawasan sekeliling CELYN, BAYU SUTERA.
Ya ampun – tengok jer dah rasa mendamaikan. Macam-macam ada dekat CELYN, BAYU SUTERA tu oiii…. Ada trek basikal, kawasan permainan untuk kanak-kanak, tempat berekreasi, laluan refleksologi, gelangang futsal dan macam-macam lagilah.
Sungguhlah
mendamaikan sangat and made me feel like as if, this is the place that I want
to settle down!
CELYN,
BAYU SUTERA terletak di Presint 2B. Sekarang ni memandangkan tak boleh nak
merentas negeri, Kak Fa cuma merasai pengalaman berada di BAYU SUTERA melalui
pengalaman VR di laman web BAYU SUTERA di SINI.
Seronok
jalan-jalan di BAYU SUTERA. Rasa macam betul-betul berada di sana. Siap boleh
masuk rumah contoh lagi ok?
Setiap segenap ruang Kak Fa dah jelajah dalam rumah contoh tu. Jalan-jalan macam ni pun dah terasa best apatah lagi kalau betul-betul ada di sana kan? Betul tak? Laju-laju Kak Fa senaraikan di dalam senarai rumah yang Kak Fa tinjau untuk kami sekeluarga settle down Bila pandemik ni dah reda dan dah boleh rentas negeri, Kak Fa nak ke BAYU SUTERA dan rasai sendiri pengalaman berada di sana sendiri sebelum Kak Fa betul-betul buat keputusan nak beli rumah yang mana satu. But most likely Kak Fa rasalah Kak Fa rasa, Kak Fa akan pilih CELYN, BAYU SUTERA ni. Hati dah tertawan, jadi nak buat macam mana kan? Kalau dah suka tak boleh lupa dah. Ha ha ha…
Untuk anda yang
berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CELYN, BAYU SUTERA ni, anda
bolehlah lakukan rujukan di laman web BAYU SUTERA dan sekiranya anda
mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Matrix Concepts di
1 800 88 2688.
Laman Facebook Matrix Concepts Holdings Berhad
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.