Sejujurnya kannn, Kak Fa ingat, Kak Fa nak peram kisah ni lama sikit. Rancang-rancang nak buka cerita tentang CRYSTAL SKIN lepas sebulan dua Kak Fa consume CRYSTAL SKIN ni. Tapi...disebabkan walaupun baru seminggu lebih Kak Fa consume Kak Fa sendiri dah rasa perbezaan pada kulit Kak Fa, makanya Kak Fa tak sabar pula jadinya nak menaip dan berkongsi tentang seribu satu manfaat atau kebaikan CRYSTAL SKIN ni. Benda bagus takkan nak simpan sendiri sorang-sorang lama-lama. Tak baik kedekutkan? Nak cantik, cantik sama-sama. Tak salah pun. Kak Fa lagi suka kalau kita semua sama-sama mempunyai kulit yang cantik dan sihat.
Mungkin yang membaca entri Kak Fa pada kali ni ada yang dah jadi pengamal CRYSTAL SKIN dan mungkin juga ada yang masih baru lagi dengan produk CRYSTAL SKIN ni. Kak Fa tak terkejut pun kalau ada yang sebelum ni tidak pernah langsung mendengar mengenai CRYSTAL SKIN. Tak apa... Dalam blog Kak Fa ni macam-macam cerita dan perkongsian ada. Ha ha ha...Kalau tidak pernah tahu, tidak pernah dengar, boleh sahaja rujuk www.bubblynotes.com. Bubblynotes kan ada? In Shaa Allah, selagi diberi nafas oleh Allah SWT, Kak Fa akan terus berkarya untuk memberikan perkongsian yang bermanfaat untuk semua orang dengan cara Kak Fa sendiri. In Shaa Allah.
Kita terus kepada CRYSTAL SKIN semula sebelum Kak Fa melalut ke arah ceria lain. Ha ha ha...Biasalah...Kak Fa kan penglipurlara maya...Memang suka bercerita. Kalau jumpa Kak Fa berdepan pun, meriah bercerita ok? Ha ha ha... Identiti di dalam penulisan dengan identiti secara face-to-face sama jer. Tak ada apa yang beza pun.
CRYSTAL SKIN adalah merupakan suplemen yang dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi yang mampu menjadikan seseorang individu itu kelihatan lebih menawan. Sebagai pengguna CRSYTAL SKIN, apa yang boleh Kak Fa katakan sehingga ke hari ini, it does what it claims. Sebabnya CRYSTAL SKIN ni telah menambahbaik struktur kulit Kak Fa dengan jaya di mana Kak Fa rasa memang betul CRYSTAL SKIN ni dapat mencantikkan dan merawat kulit dari dalam dan luar agar lebih sihat, menawan dan berkeyakinan.
Yang paling Kak Fa suka adalah bilamana ianya adalah keluaran bumiputera Muslim, kesemua bahan di dalam CRYSTAL SKIN bergred AAA, kilangnya berstatus HALAL dan mempunyai akreditasi GMP iaitu Good Manufacturing Practice, HACCP iaitu Hazard Analysis Critical Control Point dan juga ISO22000. Benda nak masuk dalam badan kan? Mestilah kena particular. Betul tak?
Setakat ke hari ini, sebagai pengguna, memang Kak Fa boleh katakan tiada kesan sampingan disebabkan oleh kandungannya adalah merupakan daripada bahan-bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Yang membuatkan Kak Fa bertambah yakin adalah kerana produk ini adalah dikawalselia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KKM.
Bahan-bahan semulajadi, bahan-bahan semulajadi...Ha ha ha...Asyik sebut tu jer. Ha meh sinilah Kak Fa kongsikan bahan-bahan utama CRYSTAL SKIN:
Tomato Kristal
Habbatus Sauda
Vitamin C
Kolagen
Ekstrak Biji Anggur
Jus Blackcurrant
Cara pengambilan pun mudah sangat. Tak perlu nak kisar ke apa ok? Cuma ambil satu sachet, koyakkan dan campur ke dalam 150ml air sebelum sarapan. Kebiasaannya Kak Fa memang akan minum selepas solat Subuh ataupun sebelum pergi ke pejabat. Sebelum memulakan hari begitu ok? Rasa memang sedap, macam ke arah-arah Ribena tapi bukan Ribena. Ha macam tulah Kak Fa boleh bayangkan. Jadi tak ada masalah sama ada anda lactose intolerant atau tidak. Sebab Kak Fa ni sebenarnya lactose intolerant. Cuma automatik tak jadi lactose intolerant when it comes to Starbucks stuff ... Ha ha ha...Lepas tu menanggung keluar masuk tandas. Begitulah kehidupan seseorang yang lactose intolerant.
Bukan Kak Fa seorang yang memperakui CRYSTAL SKIN, tetapi ramai juga sebenarnya yang telah mencuba dan memperakukan yang CRYSTAL SKIN ni bagus ok?
Tidak kira lelaki, tidak kira perempuan - semua boleh consume CRYSTAL SKIN ni. Ramai dah cuba selain Kak Fa dan mereka berjaya memperbaiki struktur kulit masing-masing menjadi lebih sihat. So why not? Kalau anda ambil the first step towards CRYSTAL SKIN kan?
Siapakah Di Sebalik CRYSTAL SKIN?
#rishbeauty #crystalskin #Crystalskinrishbeauty #rishbeautycosmetic #malaysia #beauty #kecantikan #skincare #kesihatan #beauty #kosmetik #perawatanwajah #cantik #makeup #perawatan #kecantikanwajah #pemutihwajah #produkkecantikan #perawatankulit #skincareroutine #cantikalami #pemutihbadan #jerawat #jejaka #wanita #viral #kecantikankulit #pemutih
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.