Sebenarnya nak kongsi semalam... tapi terlalu padat dengan macam-macam perkara yang perlu diselesaikan semalam. Al-maklumlah musim kemuncak semester dah tiba kan? Jadi memang huru-hara sedikitlah hidup Kak Fa ni. Ini pun... sambil-sambil Kak Fa upload kerja-kerja PdPR Firash ni ha... Ha ha ha... Oklah kita straight to the point. Sebenarnya Kak Fa ni nak menjemput dan nak mengajak ni. Nak jemput dan ajak anda shopping. Jom borong habis-habisan di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS? Rugi oiii siapa yang tak grab opportunity ni.
Tak perlu bersesak-sesak (bahaya nak bersesak-sesak musim pandemik ni). Tak perlu nak beratur panjang. Online ajer ok? THE BIG LITTLE BOOK SALE ni dianjurkan oleh pihak BIG BAD WOLF secara atas talian. Memang sesuai sangatlah kan kalau-kalau anda mencari buku-buku yang sesuai untuk dibacakan kepada anak-anak sebelum tidur atau nak tambah stok-stok bahan bacaan di dalam rumah tu. Mungkin juga beberapa buah buku mewarna ke? Untuk menghilangkan rasa bosa di musim duduk rumah bersempena pandemik Covid-19 ni? Ataupun buku-buku aktiviti untuk meningkatkan kemahiran membaca dan menulis anak-anak secara interaktif? Atau buku kalis air yang dapat menjadikan sesi mandi manda di dalam bilik air rumah atau inflatable pool lebih menyeronokkan dan menghiburkan?
Kalau risau anak burn out, anak bosan sebab lama sangat terkurung di dalam rumah kerana pandemik boleh jer cari bahan-bahan yang sepatutnya di THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS kerana mereka mempunyai pelbagai pilihan buku yang gila-gila best punya untuk kanak-kanak dari setiap peringkat umur. Harga, tak perlu ceritalah kan? Semua orang tahu yang BIG BAD WOLF BOOKS memang menawarkan harga yang sangat berpatutan sepanjang masa yang kita semua tahu. Ha ha ha... Memang kalau membeli di setiap jualan anjuran BIG BAD WOLF BOOKS ianya akan menjadi mesra poket. Paling menarik bagi Kak Fa di THE BIG LITTLE BOOK SALE ini adalah promosi 'RM1 Book Deal' dengan pembelian minimum RM100.00! Tu sebab Kak Fa kata kalau tak ambil peluang ni, anda berada di dalam kerugian.
Tapi.... THE BIG LITTLE BOOK SALE oleh BIG BAD WOLF BOOKS ni tak lama... Sebenarnya dah bermula dari 29 Julai 2021 tempoh hari dan ianya akan berakhir esok iaitu 2 Ogos 2021. Maafkan Kak Fa ok? Kak Fa terlewat kongsi dengan anda. Ehhh... Tapi tak adalah terlewat sangat kan? Sebabnya esok masih ada begitu! Esok hari terakhir, jadi apa lagi? Pulunlah shopping habis-habisan esok! Gunakan peluang yang ada selagi boleh kan?
https://my.bbwbooks.com/
Laman Web:
Laman Facebook:
https://www.facebook.com/bbwbooks
Laman Instagram:
https://www.instagram.com/bigbadwolfbooks/
Laman Twitter:
https://twitter.com/bigbadwolfbooks
#BigBadWolfBooks
#TheBigLittleBookSale
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.