Jika Anda Tertekan, Kemurungan, Depresi, Sedih ... Cubalah Aplikasi MINDFUL MUSLIM

Farah Waheda Wahid
1


Hidup tidak selalunya indah, langit tidak selalunya cerah. Ingat tu! Jika hari ini kita gembira, kita senang - esok lusa tak tentu lagi kita akan terus gembira, kita akan terus senang. Memang standard kan? Hidup ni ada pasang surut... Mana ada hidup yang indah jer sepanjang-panjangnya. Pasti ada cabaran, pasti ada dugaan, pasti ada ujian. Ada yang mampu bertahan dan ada yang kecundang. Yang membezakan satu individu dengan satu individu yang lain di dalam menghadapi cabaran, dugaan serta ujian adalah bagaimana penerimaan serta bagaimana seseorang individu itu cuba mengatasinya. Semangat kena kuat ok? Ada yang mampu untuk menghadapi sendirian berhad. Tak kurang juga yang memerlukan bantuan serta sokongan. Nak-nak lagi di era pandemik Covid-19 ni kan? Semua orang terkesan, semua orang merasai impaknya. Sudah tentu perkara-perkara seperti tekanan, kemurungan, depresi, sedih semakin banyak muncul. Tengok laporan berita dan statistik kes psikiatri sejak akhir-akhir ni pun dah gerun kan? Cuma Kak Fa ada satu cadanganlah - jika anda tertekan, kemurungan, depresi, sedih...cubalah aplikasi MINDFUL MUSLIM. Tak rugi mencuba. 




Ini bukan cadangan saja-saja tau. Ini cadangan berdasarkan pengalaman. Sebabnya sejak kebelakangan ni tekanan yang Kak Fa hadapi bukan calang-calang tau. Tekanan peribadi, tekanan bersilat dengan dengan kerja pejabat, pelajaran Kak Fa sebagai pelajar pengajian jarak jauh, sesi PdPr anak, kerja-kerja bukan hakiki. Dengan pemotongan gaji lagi...Hu hu hu... Semua tu memang menyumbang kepada tekanan pada diri seorang Farah Waheda. Hu hu hu. Tapi takkanlah Kak Fa nak terpekik terlolong sana sini dan melontarkan kepada persekitaran sekeliling Kak Fa termasuk medsos kan? Sebagai seorang yang semakin matang dengan cabaran kehidupan, Kak Fa kenalah banyak-banyak bersabar dan bertenang untuk diri sendiri sambil perlahan-lahan kayuh untuk mencari sistem sokongan berdasarkan sumber-sumber yang boleh dipercayai. Ada yang bergantung kepada Kak Fa. Jadi Kak Fa tak boleh lemah. Kak Fa kena kuat! 

So happened... Kak Fa mengenali saudara Akhtaar dan juga dari beliau Kak Fa belajar untuk mengenali aplikasi MINDFUL MUSLIM. 

Apa Itu Aplikasi MINDFUL MUSLIM?



Sebenarnya aplikasi MINDFUL MUSLIM ini adalah merupakan aplikasi yang berfungsi sebagai terapi ketenangan cara Muslim. Ianya adalah aplikasi penenang jiwa berteraskan Islam pertama di dunia yang telah dilancarkan tidak lama dulu dan kini semakin meraih populariti di dalam kalangan umat Islam secara global. 

Fokus utama aplikasi MINDFUL MUSLIM ini adalah untuk membantu meningkatkan kesihatan mental umat Islam yang berhadapan dengan bermacam jenis cabaran pada masa kini dengan elemen Islamik. 


Yang Kak Fa suka mengenai aplikasi MINDFUL MUSLIM adalah di mana aplikasi ini mempunyai kisah para Nabi, ceramah motivasi, bacaan rukyah, doa-doa khas untuk menghilangkan tekanan dan pelbagai bunyian alam semulajadi. Oh ya...aplikasi ni ada pilihan versi suara wanita dan lelaki yang kita sebagai pengguna boleh pilih. 

MINDFUL MUSLIM telah dibangunkan pada tahun 2020 dan telah memenangi hadiah Supreme of Auckland, Universiti of Technology Entrepreneurship Competition X Challenge. Setakat ke hari ini, yang Kak Fa dapat taulah kan, MINDFUL MUSLIM telah dimuatnaik oleh umat Islam di seluruh dunia terutamanya dari Indonesia, Malaysia, India, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat selain negara-negara Afrika. Bila dah ramai menggunakan aplikasi ni - dekat situ pun Kak Fa dah boleh agak dah aplikasi ni mesti ada keberkesanannya kan? Kalau tidak takkanlah umat Islam global menggunakan aplikasi MINDFUL MUSLIM ni. So - Kak Fa pun cubalah! 



Bukan nak cakap apalah kan, tetapi semenjak Kak Fa tak tinggal sehari pun menjengah ke aplikasi MINDFUL MUSLIM ni - Kak Fa dapat rasa perbezaan sedikit demi sedikit pada diri Kak Fa. Kak Fa lebih rasional, lebih tenang, lebih mudah terlelap tidur pada waktu malam berbanding sebelum-sebelum ini. Sebab tulah Kak Fa sememangnya mencadangkan anda untuk mencuba aplikasi MINDFUL MUSLIM ni. Kak Fa sangat percaya, di era pandemik Covid-19 yang tak tau bila nak berakhir ni, ramai di antara anda di luar sana yang mengalami tekanan dari pelbagai aspek kehidupan. Kalau dibiarkan takut-takut nanti jadi lain pula. Jadi tak banyak sedikit pun Kak Fa cubalah berkongsi dan membantu dengan cara mana yang tak termampu walaupun bukan dari segi wang ringgit kan? Kita semua struggle sekarang ni dan kita perlukan sokongan di dalam apa jua bentuk. MINDFUL MUSLIM is something what you can look for. 

Anda mungkin tertanya-tanya, di mana aplikasi MINDFUL MUSLIM ni boleh dimuat turun? Anda boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Playstore dan juga Apps Store. Anda tak perlu ragu-ragu dengan isi kandungan di dalam aplikasi MINDFUL MUSLIM ini kerana MINDFUL MUSLIM adalah dibangunkan bersama 16 orang penyelidik yang turut berperanan sebagai penulis dan membuat voice over. 

Pihak MINDFUL MUSLIM telah melakukan banyak tinjauan dan melakukan temubual bersemuka untuk memahami apa yang diperlukan oleh umat Islam bagi meningkatkan kesihatan mental. Walaupun untuk membangunkan aplikasi ini agak mencabar pada peringkat awal terutama ketika melakukan koordinasi dengan penyelidik yang berada di pelbagai negara serta mencari ciri-ciri untuk dimuatnaik di dalam MINDFUL MUSLIM, Alhamdulillah, ianya berjaya juga dibangunkan. 

Proses pengembangan kandungan telah dilakukan dengan sesi perbincangan dengan pasukan penyelidik yang tinggal di pelbagai negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, New Zealand, Singapura dan India. Setaip penulis akan meneliti topik yang diberikan untuk mencari ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang berkaitan. Mereka akan menulis ceramah motivasi mengikut garis panduan seperti yang telah dibincangkan bagi memastikan penceritaan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh MINDFUL MUSLIM. Selepas itu, bahan-bahan tersebut akan dihantar untuk disemak dan dipersetujui sebelum voice over oleh artis serta jurutera bunyi. 

Jadi pada Kak Fa tak sepatutnya timbul isu keraguan di dalam penggunaan aplikasi ini. Cuba dulu, lepas tu percayalah pada Kak Fa, anda sendiri akan merasai perbezaannya. Trust me! 

Kita sebagai Muslim terkadang leka, jadi MINDFUL MUSLIM telah banyak membantu Kak Fa di dalam kehidupan seharian Kak Fa. Semua features pada aplikasi MINDFUL MUSLIM Kak Fa gunakan dengan sebaik mungkin. Doa, rukyah, bacaan Al-Quran, bunyi-bunyian, ceramah sampaikan Kak Fa dah ada playlist Kak Fa sendiri. Sekali lagi, Kak Fa kata, cuba MINDFUL MUSLIM. Sebab semua orang tahu, terapi terbaik adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Tak ada dakwa dakwi lagi bab ni. So try it! 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. terima kasih share. sangat bermanfaat. sebelum ni tak tau pasal ni :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !