Self-Care Di Musim Pandemik Bersama "DEFEND TAG & PROTECT NANOSILVER SPRAY" Axxess - Antah Wellness

Farah Waheda Wahid
0


Dah tengok ke Pelan Pemulihan Negara mengikut jangkaan Fasa berperingkat yang diumumkan baru-baru ini? Lambat lagi kan? Walaupun hakikatnya kita ni masing-masing sememangnya berdoa sangat-sangat agar segalanya berakhir dan kita boleh menjalani hari-hari kita seperti dulu sebelum munculnya pandemik Covid-19 di Malaysia. Sehingga itu - kita masih perlu hidup dalam norma baru dan seboleh mungkin menjaga diri kita, keluarga kita, komuniti kita dari dijangkiti Covid-19. Hidup dalam SOP yang telah ditetapkan, jangan degil dan juga apa yang boleh anda lakukan adalah self-care di musim pandemik bersama "DEFEND TAG & PROTECT NANOSILVER SPRAY" Axxess - Antah Wellness. Ini yang Kak Fa nak cerita dalam entri Kak Fa kali ni sementara Kak Fa ada sedikit ruang dan kesempatan ni. Al-maklumlah sekarang ni jadual padat sungguh-sungguh. Mana dengan agenda work from home lagi, mana dengan agenda PdPr Firash lagi, mana dengan agenda assignment yang berlambak-lambak diiringi dengan submission date yang dekat-dekat lagi... Ha ha ha...Jadi sementara sempat ni, Kak Fa tak naklah sampai terlupa nak kongsi dengan anda kan? 


Ok, basically apa yang Kak Fa paparkan di dalam gambar di atas ni adalah merupakan dua produk yang dikenali sebagai DEFEND TAG dan juga PROTECT NANOSILVER SPRAY Axxess - Antah Wellness. Kedua-dua item ni adalah item yang sangat-sangat perlu ada di ketika musim pandemik Covid-19 masih wujud di muka bumi Malaysia ni. Kenapa Kak Fa nyatakan begitu? Yang tu - kena baca entri Kak Fa sehingga ke penghujung. Sebab, kalau tidak nanti anda tak jelas dan faham dengan sebaiknya tentang DEFEND TAG dan PROTECT NANOSILVER SPRAY Axxess - Antah Wellness ni. Bila tak faham - salah faham. Ha tu yang jadi masalah tu. Jadi nasihat Kak Fa - kalau baca atau dengar cerita, baca atau dengar sampai ke habis. Baru boleh hadam dengan sebetulnya. 

Defend Tag Axxess - Antah Wellness


Kak Fa mulakan dengan Defend Tag ni dulu ok? Sebab al-kisahnya, sewaktu mula-mula Defend Tag ni sampai ke tangan Kak Fa, Kak Fa blur juga sebenarnya. Ha ha ha. Untuk apa sebenarnya ni kan? Tapi bila dah belek-belek, bila dah baca satu persatu betul-betul, sudahnya Kak Fa faham juga apa kegunaannya. Tu sebab Kak Fa rasa Kak Fa bertanggungjawablah nak educate anda tentang Defend Tag ni. Sebab memang Kak Fa tak terkejut pun kalau ada di antara anda yang blur macam Kak Fa juga pada waktu dan ketika ini. 

Ok - untuk makluman anda Defend Tag ni sebenarnya adalah label pelindung diri yang membebaskan Chlorin Dioxide (CIO2) untuk membunuh bakteria, virus dan kulat. CIO2 kebiasannya digunakan untuk membasmi kuman air minuman. 

Pada kepekatan rendah, Chlorin Dioxide adalah berkesan terhadap spektrum luas mikro-organisama, tidak membentuk produk sampingan berklorin yang berbahaya serta tidak merengsakan mata, hidung dan kulit. 



Memandangkan sekarang ni droplet Covid-19 pun makin ringan (seperti yang Kak Fa pernah stumbled upon dan baca) dan berpotensi untuk merebak melalui airborne, makanya, Kak Fa pun ambillah langkah berjaga-jaga dengan Defend Tag. Memang this Defend Tag came in hand at the right point of time-lah bagi Kak Fa. Sebabnya:

  • Kesan Anti-bakteria Yang Kuat: Natrium klorida dioksida mempunyai daya pengoksidaan 2.5 kali lebih banyak dari agen klorin biasa yang digunakan untuk membasmi kuman. Ini dapat membantu menghilangkan bakteria dengan lebih cepat. 
  • Kapasiti Penyahbauan Yang Kuat: Gas klorin yang dihasilkan semasa pengoksidaan menguraikan mercaptan, hidrogen sulfida dan bau lain yang dikeluarkan dari peluh dan bahan pengurai. 
  • Bertindak Pantas: Kesan pengoksidaan gas klorin dapat membunuh mikrob di dalam masa 30-60 saat. 
  • Mudah Alih: Defend Tag ini boleh dibawa ke mana sahaja dengan mudah dari satu tempat ke tempat yang lain. 
  • Sokongan Hebat Untuk Immunocompromised: Produk ini sangat membantu individu yang sistem imunya terganggu. Bagi individu yang menderita gangguan imun atau penyakit kesihatan yang serius, produk ini berfungsi sebagai pelindung yang menangkis mikrob penyebab penyakit.

Ada juga yang bertanya dengan Kak Fa, selamat ke gunakan Defend Tag ni? Sebab selamatlah Kak Fa guna hari-hari bila Kak Fa di pejabat atau di luar. Gas Chloride Dioxide di dalam kepekatan yang rendah terbukti selamat dan efektif sebagai agen anti-mikrob. Defend Tag ni memang dicipta untuk mampu mengawal pembebasan pati CIO2 mengikut piawaian yang mampu untuk melindungi diri pemakai dari individu patogen airborne. Memang perlu sangat kot dalam keadaan yang boleh dikatakan ibarat darurat sekarang ni. 

Bagaimana Defend Tag ni melindungi dari Airbone Germs:

  • 1 Kubik Meter: Pelindungan peribadi di sekeliling pembawa. 
  • Aktiviti Anti-Mikrob: Comply dengan International Safety Standards. 
  • Teknologi Innovative Jepun
  • 45 Hari: Perlindungan efektif ke atas bakteria Airborne dan virus selama 45 hari. 


Tapi Kak Fa tak adalah tamak beli untuk diri sendiri jer kan? Ha ha ha... Anak kan sentiasa di hati, tentunya Kak Fa belikan Firash satu. Simpan untuk Firash pakai bila sekolah dah buka semula nanti. Oh ya, Defend Tag ni memang ideal untuk pemakaian di pejabat, di dalam kenderaan awam, ketika travelling dan juga sekolah. Sesuai untuk semua golongan lapisan masyarakat. Tak ada siapa yang terkecuali ok? 




Protect Nanosilver Spray - Antah Wellness



Protect ni pula - kalau Kak Fa sebut, mesti anda ingat alaaa...ini sanitizer biasa-biasa jer ni. Eh ini bukan biasa-biasa ok? Ini luar biasa sebabnya, Protect ni adalah merupakan semburan antiseptik bebas alkohol yang selamat dan berkesan yang mengandungi Nanosilver aktif <10ppm. Ada faham? Ha ha ha... 



Banyak kegunaan ni tau tak, bukan setakat sanitize tangan jer tapi sebenarnya ianya berfungsi untuk: 

  • Agen antiseptik berkesan yang sesuai untuk semua jenis luka. Contohnya luka terbakar kecil, luka, kerengsaan, luka akibat berbaring terlalu lama, masalah kulit. Ianya mengalakkan penyembuhan luka.
  • Nanosilver menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang menyebabkan jangkitan, bau, gatal dan luka. 
  • Jerawat, agak-agak muka tu tumbuh jerawat jer, terus spray ok? 



Cara penggunaan pun bukannya susah. Sembur jer pada bahagian luka atau tapak tangan ataupun muka. Mudah jer. Packaging pun tak lah too bulky. 





So both of these product sebenarnya dah jadi BFF Kak Fa walau ke mana sahaja Kak Fa. Bukan setakat Kak Fa, Firash sekali. Barang baik takkan nak benefit sorang-sorang jer kan? Harus dikongsi bersama betul tak? 




Dah terlanjur tu, Kak Fa nak kongsi jugalah yang mana sekarang ni kalau anda beli secara bundle kedua-dua produk Defend Tag dan juga Protect Nanosilver Spray ni, anda sebenarnya berpeluang untuk menikmati insurans Covid-19 secara PERCUMA selama 1 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat ya. 


Di antar terma dan syarat insurans Covid-19 selama 1 bulan ini adalah:
  • Perlindungan adalah terhad kepada seorang individu setelah berjaya mendaftar. 
  • Untuk semua penduduk Malaysia yang berumur 30 - 65 tahun. 
  • Wang tunai dan/atau faedah bernilai RM1,000.00 semasa dimasukkan ke hospital kerana Covid-19. 
  • Bayaran tunai sebanyak RM5,000 semasa kematian kerana Covid-19 atau Kemalangan Maut. 
  • Perlindungan bermula dari tarikh pendaftaran berjaya dilakukan. 
  • Penanggung insurans berhak menarik balik produk dari pasara mengikut budi bicara mereka sendiri. 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai polisi insurans Covid-19, lawati rakan kongsi Antah Wellness di Axxess) di pautan: http://www.axxess.com.my/covid19partners

Eh lupa pula, dah cerita panjang-panjang tentunya nak tau produk ni nak beli dari mana kan? Ok anda boleh dapatkan produk ni dari pautan di: 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !