Pandemik
Covid-19 adalah masa sukar untuk semua. Petugas barisan hadapan tanpa
dakwa-dakwi sememangnya telah banyak sangat-sangat berkorban masa, keringat dan
bakti sejak kemunculan Covid-19 di bumi Malaysia. Memang sewajibnya mereka
dihargai serta diraikan. Tanpa petugas barisan hadapan, sistem kesihatan
Malaysia akan lumpuh dan tanpa petugas harapan pasti wabak Covid-19 akan
semakin kritikal serta berpotensi besar tidak dapat dibendung.
Inisiatif terkini oleh McDonald’s Malaysia adalah merupakan kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara yang telah dimulakan oleh pihak McDonald’s ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu. Konsep #KitaBoleh yang dimulakan oleh McDonald’s Malaysia di platform media sosial mereka bertujuan untuk meningkatkan semangat segenap lapisan rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menjaga semangat juang walaupun pada waktu-waktu sukar.
#KitaBoleh adalah merupakan panggilan nasional untuk menzahirkan keberanian para barisan hadapan yang bekerja tanpa lelah di dalam memerangi wabak tersebut.
McDonald’s
Malaysia telah menggerakkan pasukan restoran mereka di dalam tajaan makanan ke
lebih daripada 70 buah hospital di seluruh negara bermula pada 24 Mei 2021 yang
lalu dan ianya dijangkakan akan berakhir pada 30 Jun 2021 ini. Di dalam
inisiatif ini, McDonald’s melakukan penghantaran makanan sekurang-kurangnya sekali
seminggu ke setiap hospital. Tajaan makanan untuk hospital-hospital ini adalah
merupakan tajaan makanan kepada hospital-hospital yang merawat pesakit Covid-19
yang dianggarkan menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan.
Menurut En. Azmir
Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia:
Sudah lebih dari 1 tahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak dari itu, kita rakyat Malaysia telah melalui pelbagai tahap kehidupan selama kehadiran wabak Covid-19.
Sepanjang masa-masa mencabar sebegini, petugas barisan hadapan tetap konsisten dan tekun di dalam berbakti serta berkhidmat kepada masyarakat di mana jasa bakti petugas barisan hadapan inilah yang menjadikan kehidupan kita lebih aman setiap hari ketika kita di dalam perjuangan melawan wabak ini.
Satu pencapaian yang boleh dibanggakan oleh pasukan restoran McDonald’s Malaysia yang telah terlibat dengan inisiatif ini di dalam memastikan barisan petugas hadapan perubatan dapat menikmati makanan kegemaran mereka!
Yang patut diraikan dan dihargai sememangnya patut diraikan serta dihargai. Semoga McDonald’s Malaysia akan terus memberi khidmat sumbang masyarakat kepada semua golongan dan komuniti yang sewajarnya dan semoga inisiatif ini berterusan pada masa-masa akan datang. Kak Fa sebagai rakyat Malaysia sememangnya amat berbangga dengan usaha murni pihak McDonald’s Malaysia dan Kak Fa kagum dengan wujudnya inisiatif seumpama ini.
Kepada petugas barisan hadapan, Kak Fa berharap agar mereka terus komited di dalam berbakti kepada masyarakat dan tidak berputus asa bersama-sama rakyat Malaysia yang lain di dalam perjuangan melawan Covid-19 ini. Semoga Malaysia bebas dari wabak Covid-19 ini segera dan kita dapat menikmati kehidupan seperti dahulu.
Untuk maklumat terkini mengenai McDonald's Malaysia, sila layari www.facebook.com/My.McDonalds
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.