Alasan Untuk Consume HALAVITA-BCG

Farah Waheda Wahid
0

 

Mari-mari tuan dengar ini cerita... Ahaksss...Hari ni kita mulakan entri dengan nyanyian yang tak berapa nak merdu dari Kak Fa ok? Hari ni juga nak cerita tentang alasan untuk consume HALAVITA-BCG pada semua orang supaya semua orang kenal, tahu dan faham dengan jelas apa itu HALAVITA-BCG. Bila dah kenal, tahu dan faham dan jelas barulah boleh decide kan? Sama ada nak consume ataupun tidak. Takkan kita nak consume sebarangan jer tanpa tahu tentang satu-satu produk tu. Tapi cuma nak cakaplah, musim-musim pandemik ni Kak Fa semakin galak menjaga kesihatan. Al-maklumlah dalam rumah Kak Fa ni ada dua golongan yang berisiko tinggi iaitu warga emas dan kanak-kanak. Nak tak nak memang perlu #lindungdirilindungsemua dan semua itu kena bermula dari diri Kak Fa sendirilah kan? 


Sementara Kak Fa boleh laju-laju taip ni, Kak Fa ambil seketika masa untuk berkongsi sebelum Kak Fa continue dengan semua kerja-kerja hakiki, tugasan seorang ibu dan juga assignment Kak Fa yang sedang berlambak-lambak seadanya. Tengah sibuk ni sebenarnya...Ha ha ha...Tekanan jugalah. Tapi nak buat macam mana kan? Begitulah kalau nak hidup. Ah gitchuuh! 


Ok, berbalik kepada HALAVITA-BCG! Sebelum Kak Fa melalut melebih-lebih sangat. Well - sometimes Kak Fa ni tend to be long-winded disebabkan rasa seronok sangat nak bercerita dengan korang kan? Tu yang boleh jadi long-winded tu. Ha ha ha... Ya ampunnn....



Ok ni, ni nama dia HALAVITA-BCG. Tak pernah dengar? Tak pernah tau? Tak pernah tengok? Memanglah, sebab HALAVITA ni adalah merupakan satu nama baru di dalam dunia makanan tambahan ni ha. Ini pun produk sulung sebenarnya dan HALAVITA-BCG ni mengandungi SUPERFOOD iaitu Habbatussauda atau Black Seed Oil, Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil dan Ekstrak Bawang Putih atau Garlic Extract. As you know, setiap satu dari bahan ni mempunyai fungsi serta manfaat yang tersendiri. Ianya didatangkan di dalam bentuk soft-gel. Cara consume mudah jer - keluarkan sebiji kemudian telan dan lalukan dengan air. Mudahkan? Tak perlu pening-pening kepala. Makan sekali pagi sekali malam. Dua kali jer sehari, jangan lebih-lebih pula. 





Senang sangat kot, tak perlu nak beli asing-asing. Tiga minyak di dalam satu soft-gel. Dalam setiap packaging atau botol ada 60 biji soft-gel. Plus minus boleh tahan sebulanlah kan? Simple mathematic. Betul tak? Yang penting HALAVITA telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia serta disahkan HALAL oleh JAKIM. Itu yang paling pentinglah bagi Kak Fa bila nak consume satu-satu jenis makanan tambahan. 


Tapi tak semua orang jelas dan tahu apakah fungsi setiap satu bahan yang Kak Fa kongsi tadi tu kan? Mungkin ada yang sememangnya tahu, mungkin ada yang tahu separa-separa dan mungkin juga ada yang tak nak ambil port langsung. Walaupun mungkin ada yang malas nak baca, meh sini Kak Fa kongsikan satu persatu.


Habatussauda atau Black Seed Oil




Ini rupa gayanya Habbatussauda atau Black Seed. Tenung betul-betul ya. So next time nanti dah kenal bagi yang tak pernah kenal. Yang dah kenal tu oklah. Tak ada masalah. Ha ha ha. Habbatussauda atau Black Seed atau juga dikenali sebagai nigella sativa adalah bijian hitam yang dikenali sejak berkurun-kurun lama dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. 


Minyak Habbatussauda mempunyai 3 bahan utama iaitu Thymol, Thymoquinone (TQ) dan Tetrahydroquinone (THQ). Thymoquinone (TQ) adalah bahan aktif bersifat anti oksidan, anti keradangan dan anti kanser serta dilaporkan efektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asma dan pertumbuhan sel-sel kanser (carcinogenesis). 


Tapi bukan tu sahaja, selain tu ada lagi beberapa fungsi Habbatussauda atau Black Seed ni, iaitu: 
  • Menjaga kesihatan organ hati. 
  • Membantu mengawal diabetes. 
  • Membantu mengawal tekanan darah tinggi. 
  • Membantu menurunkan berat badan. 
  • Membantu meningkatkan kesuburan. 
  • Membantu mengawal keradangan dan kolestrol tinggi. 
  • Meningkatkan daya imunisasi daya tahan. 
  • Membantu melawan jangkitan kuman dan kuman kebal. 

Itu baru satu bahan. Lagi? Lagi? Ok teruskan pembacaan. 

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil



Haa.... Yang ini memang famous... Semua orang tahu tentang Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) memang ada banyak khasiat. Itu sebabnya ia dikategorikan sebagai SUPERFOOD. Minyak Kelapa Dara terdiri daripada 65% asid lemak rantaian medium (MCT). Di antara kelebihannya adalah:

  • Membantu meningkatkan metabolisme badan dan membantu menurunkan berat badan. 
  • Membantu mengurangkan keradangan (inflammation) dalaman. 
  • Membantu mengurangkan risiko sakit jantung. 
  • Membantu menstabilkan paras kolestrol. 
  • Mampu membantu merawat penyakit Alzheimer. 
  • Membantu merawat penyakit ulser perut. 
  • Membantu meningkatkan fungsi otak. 
  • Membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. 
  • Membantu bertindak sebagai Anti-mikrob (Antimicrobial) dan Antiviral. 
  • Membantu memperbaiki sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrien. 
  • Membantu melindungi dan menyembuhkan kesulitan yang melibatkan hati ('liver disorders'). 
  • Membantu meningkatkan fungsi Mitochondria jantung. 
  • Membantu melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang. 
  • Bertindak sebagai penahan sakit (pain killer) semulajadi. 
  • Mampu membantu rawat kesulitan otak (brain disorders) tertentu. 
  • Membantu mengurangkan stress. 

Dan yang terakhir sekali, bahan ajaib dalam HALAVITA - BCG ni adalah merupakan Ekstrak Bawang Putih atau Garlic Extract. 

Ekstrak Bawang Putih atau Garlic Extract



Bawang putih merupakan salah satu di antara SUPERFOOD yang mempunyai banyak khasiat dan antibiotik secara semulajadi. Kandungan Diallyl Sulfide di dalam bawang putih didapati mampu melawan bakteria campylobacter yang menjadi penyebab kepada gangguan pencernaan malah 100 kali lebih efektif daripada pil antibiotik. 


Bawang putih juga mempunyai kesan positif terhadap kerja-kerja tubuh manusia disebabkan oleh kandungan Allicin yang tinggi. Allicin berkesan menghalang pengoksidaan low-density lipoprotein (LDL) kolestrol dan juga melegakan saluran darah serta mengurangkan tekanan. 

Di antara khasiat bawang putih adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 

  • Membantu melawan bakteria / parasit. 
  • Membantu meningkatkan metabolisme. 
  • Membantu mengurangkan berat badan. 
  • Membantu masalah sakit gigi. 
  • Membantu mengawal kencing manis. 
  • Membantu menurunkan darah tinggi. 
  • Membantu merawat selesema. 
  • Membantu mengurangkan masalah alergi. 
  • Membantu mencairkan darah dan baik untuk kesihatan jantung. 
  • Anti-kanser. 
  • Membantu merawat migrain. 
  • Membantu meningkatkan imun badan. 
  • Dijadikan detox. 
  • Membantu melawaskan air kencing / mencuci buah pinggang. 

Bukan nak cakap apalah kan? Tapi baru jer beberapa hari Mama Kak Fa amalkan pengambilan HALAVITA-BCG secara konsisten, Alhamdulillah, dah nampak perubahannya. Sebabnya sebelum kami mencuba HALAVITA-BCG ni, Mama Kak Fa mengalami kesukaran sedikit untuk makan nasi dan juga lauk yang pedas-pedas. Katanya macam ada seolah-olah luka dalam bahagian usus atau perut. Kita pun tak taulah kan apa sebenarnya yang ada di dalam tu. Nak ajak pergi ke hospital, Mama Kak Fa tak nak sebab katanya zaman-zaman Covid ni dia tak berani nak tempuh ke hospital tu. Walaupun sebenarnya pada hakikatnya hati Kak Fa ni meronta sangat nak hantar Mama Kak Fa ke hospital untuk thorough medical check-up. Ok tak apa, kita ikhtiar cara lain dulu. Mudah-mudahan serasi. Manalah tahu ini solusi kan? 


Tapi ternyata - baru jer beberapa hari dah nampak perubahan. Alhamdulillah. Dah boleh makan nasi tanpa berulam air atau nasi lembik. Yang amalkannya tu sendiri rasa perubahan. In Shaa Allah, kami akan teruskan. Ini pun rasa nak restock semula sebabnya.... bagi menjaga keeksklusifan dan kualiti produk, HALAVITA hanya mengeluarkan 2,500 botol sahaja. Jadinya STOK TERHAD. Nak tak nak memang nak kena standby dapatkan HALAVITA ni lagi. 



Jadi, selepas baca perkongsian Kak Fa pada kali ni, kalau ada sesiapa yang berhajat nak mendapatkan HALAVITA boleh laju-laju beli secara dalam talian iaitu melalui www.halavita.com.my atau terus berhubung dengan pihak HALAVITA di talian 012-341 2097, 010-244 2097 ataupun talian hotline mereka 011-1112 7109. Harga adalah RM69.00 sebotol ok? Mampu milik.  (MAL20056054T).


Terlanjur tu, Kak Fa nak beritahu juga ni. Sekarang ni pihak HALAVITA sedang menganjutkan PROMOSI / PERADUAN di mana anda berpeluang untuk memenagi hadiah wang tunai berjumlah RM1,000. 


Caranya teramatlah mudah sekali ya kawan-kawan, cuma perlu beli HALAVITA-BCG, kemudian selfie dengan memegang botol HALAVITA-BCG. Muatnaik gambar di Instagram anda dan tag akaun Instagram HALAVITA iaitu @halavita_official. Gambar yang menarik berpeluang untuk dipilih sebagai pemenang. Pastikan akaun anda ditetapkan kepada tetapan umum. 


Peraduan ini terbuka kepada semua. Tarikh tutup peraduan adalah pada 25 Ogos 2021 serta keputusan akan dilakukan pada 31 Ogos 2021 di Instagram HALAVITA dan juga FB Page HALAVITA. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !