Membuat pesanan makanan siap untuk dimakan telah lama digunakan. Maka tak mustahil bagaimana servis grocery delivery turut sama berjaya mendapat perhatian ramai orang. Dengan adanya servis online bagaimana, kita tidak perlu lagi berada di luar rumah dalam waktu yang lama. Malah jika tidak penting tak perlulah terus keluar dari rumah.
Gunakan
kesempatan yang ada ini untuk bersama family. Hargai masa yang ada kerana
Covid-19 ini boleh menyerang sesiapa saja. Apakah servis grocery delivery yang bagus untuk digunakan? Di sini ada beberapa
cadangan yang sesuai untuk digunakan.
1. Mydin Online
Kepada
anda yang ingin membeli barangan runcit secara dalam talian tetapi tidak ingin
membayar duit penghantaran kerana kekurangan wang, anda boleh membeli barang
yang anda perlukan di Mydin Online.
Anda boleh dapatkan pelbagai jenis barang di sini. Dari makanan sejuk beku sehingga bahan segar, peralatan penjagaan diri dan alatan keperluan rumah. Mydin dapat membantu membeli barangan dengan mudah. Kepada Anda yang sentiasa mencari barang yang menawarkan promosi yang murah, anda boleh mendapatkannya di Mydin Online ini juga.
2. Mygroser
MyGroser
khusus dalam menyediakan bahan makanan yang segar seperti produk tenusu,
sayur-sayuran, buah-buahan, daging segar, makanan beku dan kering selain
daripada produk premium dan keperluan asas. Mereka juga mempunyai kedai, bilik
simpanan bahan sejuk beku, dan juga kedai roti mereka sendiri. Baguskan?
Selain
mempunyai pekerja yang terlatih sepenuh masa untuk membantu anda membuat
pembelian, memilih, mengemas dan juga menyediakan produk yang telah dipilih
oleh anda, mereka juga mempunyai bahagian Sedia Untuk Dimasak di mana ia
menawarkan kit makanan untuk mereka yang menginginkan sesuatu yang lebih senang
untuk dimasak dengan pantas.
3. GrabMart
Untuk
menggunakan ciri GrabMart ini, anda perlu memuat turun aplikasi Grab di telefon
pintar anda terlebih dahulu. Setelah selesai anda perlu memilih “Mart” di dalam
aplikasi tersebut, kemudian pilih jenama atau barang sebelum menambahkannya ke dalam
troli anda. Akhir sekali, anda hanya perlu membuat pesanan dan anda akan
menerima bungkusan anda dalam masa 30 minit.
4. My Seafood Mart
Diperkenalkan
sebagai kedai makanan laut dalam talian yang pertama dan satu-satunya yang
menjual makanan laut yang segar secara dalam talian. Mereka menjamin bahawa
semua makanan laut yang ditangkap sentiasa segar dan bebas daripada bahan
pengawet.
Sudah
lebih 20 tahun makanan laut mereka sentiasa ditangkap pada waktu pagi di Pulau
Ketam, jadi anda mesti dapat membayangkan bagaimana pesanan anda tiba di depan
pintu dalam keadaan yang masih segar. Selain daripada ikan, mereka juga turut
menjual kerang dan ikan salai. Harga makanan laut ini ditetapkan mengikut
berat.
5. Signature Market
Sekiranya
anda ingin mendapatkan makanan ringan yang sihat dan juga makanan organik yang
berkualiti tinggi, anda boleh mendapatkannya di Signature Market. Signature
Market adalah kedai dalam talian yang khas dalam menyediakan makanan ringan
yang sihat. Dengan lebih kurang 500 produk organik dan semulajadi yang sesuai
untuk kesihatan anda dan juga untuk vegetarian.
Anda
boleh mendapatkan penghantaran percuma dengan pembelian pertama anda dan
potongan sehingga 50% daripada bil pembelian. Anda juga boleh dapatkan semua
jenis makanan ringan yang sihat dari kacangsehingga strawberi kering, keropok
sayur-sayuran dan makanan segara yang lain di laman web mereka.
6. Sea Fresh
Sea Fresh
menghantar makanan laut yang segar terus dari perkampungan nelayan di Kuala
Selangor dan Sekinchan ke depan pintu rumah anda.
Walaupun
tawaran makanan laut mereka yang segar seperti ikan, sotong, udang dan juga
udang karang menjadi kebanggan mereka, anda juga boleh mendapatkan barang lain
seperti daging dan lain-lain lagi, serta makanan yang siap untuk dimakan
seperti potongan unagi premium, otak-otak dari Muar, dan banyak lagi di laman
web mereka.
Anda
dapat menikmati penghantaran percuma di kawasan Lembah Klang dengan pembelian
yang melebihi RM200. Nak lagi best, boleh cuba-cuba guna perkhidmatan pesanan
dan penghantaran oleh pihak Pandamart.
Itulah dia antara pihak-pihak yang menawarkan servis pesanan dalam talian dengan proses penghantaran yang sangat berbaloi. Jangan jadikan pandemik sebagai alasan untuk saling menuding jari sebaliknya sama-sama kita cuba jaga diri masing-masing dengan cara yang paling baik.
thanks for info..nice sharing
ReplyDeleteOO baru tahu MYDIN pun dah ada delivery ye .. Good info sis.. :)
ReplyDelete