Raya PKP? Jom RIANG RAYA WITH YOODO!

Farah Waheda Wahid
1
Kredit: Gambar adalah dipetik dari sumber Berita Harian


Pengakuan ikhlas - selama kini memang rajin YOODO ni lalu-lalang di garis masa media sosial Kak Fa. Cumanya Kak Fa belum berkesempatan lagi nak berkenalan lebih rapat dengan YOODO. Tapi kan... Bila dah kerap sangat lalu-lalang di garis masa media sosial Kak Fa (meratalah kisahnya), lama-kelamaan dah mula terpikat pula dengan YOODO ni. Menarik juga sebenarnya YOODO ni. Nak nak lagi Raya PKP kan? Ok sangat tu untuk pengisian dan hiburan sempena Hari Raya Aidilfitri di zaman pandemik Covid-19. Raya PKP? Jom RIANG RAYA WITH YOODO! Oklah kan? Sekurang-kurangnya bolehlah buat penghibur hati. Betul tak? Tak apalah kalau kenang-kenang situasi pandemik pun, buat derita hati jer. Jom kita layan YOODO. 


Sebenarnya YOODO Ni Apa?

YOODO sebenarnya adalah perkhidmatan talian telefon bimbit pertama di Malaysia yang memberikan kebenasan untuk para pelanggan menyuai-padan pelan talian telefon bimbit, mengikut citarasa pelanggan, pada bila-bila masa. YOODO memberikan kebebasan kepada para pelanggan di dalam menentukan pengalaman penggunaan talian telefon bimbit, sambil menawarkan pilihan yang sebenar dengan cara yang jelas dan mudah. Kenapa? Sebab hanya pengguna jer yang tau apa yang pengguna mahukan. Jadi dengan YOODO pilihlah lenggok bagaimana penggunaan anda mahu. 


Apa yang Menjadikan YOODO Menarik? 



Ha ah, apa ek? Mula-mula memang Kak Fa tak tau, tapi lepas mengkaji dengan lebih dalam barulah Kak Fa faham di mana salah satu dari perbezaan di antara YOODO dengan pembekal talian telefon bimbit yang lain yang menyediakan pelan-pelan yang tetap, YOODO membenarkan pelanggan memilih jumlah data, panggilan ataupun SMS yang pelanggan inginkan pada bila-bila masa pelanggan memerlukannya. Pihak YOODO tidak mengenakan sebarang bayaran bagi penukaran pembekal talian, yuran roaming lebihan mahupun apa-apa caj penggunaan data sewaktu hujung minggu. Pihak YOODO juga tidak mengenakan kontrak - para pelanggan boleh menukar angin pada bila-bila masa. Semua adalah di atas keputusan pelanggan. Dan! Semua ini boleh diselesaikan dalam talian. Makanya, bila-bila sahaja anda boleh bertukar pelan melalui aplikasi YOODO dengan sangat mudah. Tak perlu nak ke mana-mana untuk ambil kad SIM. Menarik kan? Rasa seolah macam first of it's kind jer ni. 


Baguslah macam ni kan? Makanya boleh-lah memenuhi apa sahaja kehendak pelanggan. Al-maklumlah zaman-zaman sekarang ni keterbergantungan semua umat manusia ke atas jaringan talian memang tinggi. Nak-nak lagi di zaman pandemik Covid-19. Macam-macam boleh dilakukan dengan YOODO. 


Tepat sangat-lah Kak Fa berkenalan dengan YOODO pada waktu dan ketika ini, nanti Raya PKP ni bolehlah Firash main game / esports, Kak Fa layan movie habis-habisan, layan KPop dan lakukan online learning untuk semester baru Kak Fa ni. Sekurang-kurangnya terisi juga masa kan? 


Apakah Pelan yang Ditawarkan oleh YOODO? 




Supaya anda lebih jelas YOODO cuma ada satu pelan telefon bimbit iaitu pelan yang PELANGGAN reka sendiri! Inilah satu-satunya pelan yang membenarkan para pelanggan memilih jumlah panggilan, SMS dan data yang pelanggan perlukan. Para pelanggan juga ditawarkan pilihan untuk menambah ciri-ciri lain seperti IDD, kuota hotspot (untuk pelan Unlimited), perantauan dan pelan tambahan lain. 


Itu serba sedikit mengenai YOODO, tetapi jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai YOODO ni untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web YOODO. Di situ, In Shaa Allah semua yang anda perlukan ada maklumatnya. For me, it is something worth to consider lah. 


Sekarang Kak Fa nak cerita mengenai RIANG RAYA WITH YOODO! Yeayyy! Ataupun PILIHAN RAYA YOODO! 



Di antara tart nenas dan juga sam-perit - yang mana pilihan kalbu anda? Kalau tanya Kak Fa, Kak Fa lebih suka sam-perit ok? Ha ha ha... Tapi sebelum apa-apa, jom sama-sama kita tonton video di bawah:




Sebelum anda mengundi - Kak Fa nak kenalkan anda kepada Tart Nenas dan juga Sam-Perit. 


Memperkenalkan kepada anda...Inilah dia Tart Nenas... Sentiasa masam dan manis pada tempat yang sepatutnya. Beliau adalah merupakan calon paling popular sepanjang tahun. Beliau adalah merupakan kegemaran semua orang, dan selepas kemenangan besar bapa beliau sebagai Ketua Kuih Raya semasa Tahun Baru Cina, Tart Nenas mempunyai azam yang sangat tinggi bagi meneruskan legasi bapa beliau. 


Di bawah adalah Manifesto Tart Nenas! 



Sekarang Kak Fa perkenalkan kegemaran Kak Fa iaitu Sam-Perit! 


Tadaa.... Inilah Sam-Perit! Selepas menamatkan pengajian di UK bersama adik-beradik beliau, Butter Cookie dan Shortbread, Sam-Perit berikrar untuk melakukan perubahan untuk kesemua biskut dan kuih raya. Sejenis kuih yang berpandangan jauh dan dengan semangat mentega yang kukuh, Sam-Perit akan membuktikan bahawa beliau bukanlah serapuh yang disangka. 


Manifesto Sam-Perit? 



Jadi yang mana satu pilihan anda? Nak undi yang mana? Ok-ok tak perlu beritahu Kak Fa tapi kalau ingin mengundi anda boleh pergi terus ke landing page YOODO! . Moga-moga Sam-Perit menanglah... Ha ha ha... 


Hadiah semua menarik tau.  Anda berpeluang untuk memenangi telefon pintar, earbud tanpa wayar, kerusi gaming dan banyak lagi! Tapi bermula dari 12 April 2021 sehingga 13 Jun 2021 jerlah. Lepas pada tu, I'm sorry goodbye. Untuk pengguna YOODO:






Tentang cara bagaimana ia berfungsi. Mudah jer.... Lakukan transaksi yang ditetapkan untuk setiap hadiah dan tunggu pegumuman, pemenang akan dipilih secara rambang selepas kempen berakhir. Terma dan syarat terdapat di landing page yang Kak Fa kongsikan di atas tadi. 


Hurmm...agak-agaknya siapalah yang menang ni kan? 






Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sally team tart nenas!! hahahaha...tapi serius pakai Yoodo mudah sbb kita customized ikut needs kita, takde la membazir kan...bayar tapi tak pakai

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !