Nak Kenal Dengan Guru Luar Biasa? Ini Dia Mdm CHING JOO LAN!

Farah Waheda Wahid
1

 


Diam tak diam, Kak Fa dah tinggalkan Sekolah Rendah selama 27 tahun dah. Sekolah Menengah pula dah 22 tahun. Mak aiii…. Berpuluh-puluh tahun dah rupanya. Ahaksss… Terasa sunggu kematangan usia diri ini bila Kak Fa kira berapa tahun Kak Fa dah tinggalkan sekolah. Rindu betul zaman sekolah, rindu betul dengan guru-guru yang pernah mendidik Kak Fa. Jasa guru mencurahkan ilmu sememangnya tidak ternilai dan tidak terbalas. Bersyukur sangat sewaktu zaman sekolah dulu Kak Fa dididik oleh guru-guru yang ikhlas menabur bakti kepada anak bangsa dan juga guru-guru yang luar biasa! Tapi Kak Fa bukan nak ceritakan tentang zaman sekolah dan guru-guru Kak Fa. Sebaliknya Kak Fa nak cerita tentang seorang guru luar biasa. Nak kenal dengan guru luar biasa? Ini dia Mdm CHING JOO LAN! Bagaimana Kak Fa tahu Mdm CHING JOO LAN seorang guru yang luar biasa? Baca dulu. 


Sebenarnya, Kak Fa jumpa dengan Mdm CHING JOO LAN ni secara maya melalui Anugerah Guru Inspirasi yang dianjurkan oleh pihak McDonald’s Malaysia. Biasa dengar tak tentang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s? Sekiranya belum pernah dengar, meh sini Kak Fa terangkan sedikit mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s. 


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s Malaysia



Anugerah Guru Inspirasi oleh McDonald’s Malaysia bukanlah satu acara yang baru lagi. Kalau anda ingin tahu, tahun 2021 ini merupakan kali kelima penganjuran Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s. Anugerah Guru Inspirasi McDonalds’s bertujuan menghargai ‘Cikgu Luar Biasa’ seperti Mdm CHING JOO LAN yang telah menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik anak bangsa. 


Definisi ‘Cikgu Luar Biasa’ adalah guru yang tidak pernah berputus asa memberikan yang terbaik kepada pelajar-pelajar mereka. Mereka mendidik, membentuk dan memberi inspirasi. 


Siapakah Mdm CHING JOO LAN? 




Sekarang Kak Fa nak kenalkan Mdm CHING JOO LAN. Mdm CHING JOO LAN merupakan salah seorang guru yang telah dicalonkan oleh anak muridnya untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s bagi tahun 2021. 


Berikut adalah apa yang diperkatakan oleh anak murid beliau tentang diri beliau: 


“Dengan berbesar hati, saya ingin mencalonkan Puan Ching Joo Lan dari SMK (P) Methodist, Melaka untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s bagi tahun 2021. Menerima anugerah berprestij adalah sesuatu yang diimpikan oleh banyak pendidik di luar sana. Namun, bukan calang-calang pendidik yang boleh menerimanya. 


Penganugerahan ini memerlukan seseorang guru untuk melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga melakukan tugasan di luar tugas seorang guru agar dapat memberikan kesan positif sepanjang hayat kepada remaja yang dididik di dalam kelas dengan cara yang tepat. Ianya lebih daripada sekadar hubungan hubungan guru-pelajar. Kesan ini tidak hanya terhad pada kurikulum atau kemahiran akademik, tetapi juga secara signifikan, pengukuhan harga diri di dalam diri pelajar. 


Puan Ching Joo Lan memiliki sifat matang yang berkarisma yang tidak hanya menyentuh minda pelajar tetapi juga semangat para pelajar. Puan Ching Joo Lan telah mengajar saya Bahasa Inggeris sejak saya berada di Tingkatan 2. Beliau adalah salah satu guru bahasa yang luar biasa di sekolah saya yang tidak hanya berdasarkan kepada buku teks serta kaedah pengajaran tradisional.




Beliau adalah merupakan seorang guru yang aktif melibatkan Pendidikan Sivik di dalam aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan oleh beliau sementara guru lain tidak pernah melakukannya. Beliau senantiasa mencari kaedah kreatif untuk menjalankan aktiviti pembelajaran beliau dan membuatkan para pelajar terus terlibat secara aktif di dalam kelas beliau. 



 

Petikan motivasi, adengan filem, lagu pop, klip video inspirasi, kisah kehidupan dan kemahiran gimnastik beliau yang cemerlang – saya sememangnya kagum dengan bakat mengajarnya tanpa sebarang rasa ragu. Bayangkan jika semua pelajar adalah ulat buku, semuanya membiasakan diri di dalam tatabahasa dan perbendaharan kata… pelajar akan merasa bosan dengan teks panjang.



 

Puan Ching Joo Lan sangat membantu dengan pendekatan aktiviti pembelajaran beliau dan beliau amat komited memberikan sokongan yang terbaik dengan sentiasa menjaga keperluan fizikal dan emosi kami. Ketika pandemik Covid-19 pertama kali berlaku, semua orang membicarakan tentang betapa pentingnya doctor, jururawat, pegawai polis… Tetapi sila teka? Pada saya Puan Ching Joo Lan adalah sangat penting. Beliau adalah heroin kami. 


Ketika pandemik ini bermula, beliau beralih ke pembelajaran maya dengan cekap. Beliau mengatur ulang kaji pelajaran berdasarkan kurikulum pembelajaran yang telah dirancang dan mencari cara yang terbaik bagi memastikan kesemua pelajar terus terlibat. Pada masa yang sama beliau berjuang. Beliau harus menjaga keseimbangan kerja dan kehidupan. Fleksibiliti, kepintaran, kreativi serta ketekunan Puan Ching Joo Lan menjadikan pembelajaran maya berfungsi di dalam menghadapi cabaran. Saya berharap agar pencalonan ini, dapat menjadikan Puan Ching Joo Lan seorang guru yang hebat di Malaysia apabila anda melihat kesan positif secara langsung kepada kami.  

Tu dia panjang lebar kan? Penjelasan daripada anak murid Mdm Ching Joo Lan. Terinspirasi menjadikan Kak Fa mengambil keputusan untuk menemuramah Mdm Ching Joo Lan secara peribadi. Sememangnya pada pandangan peribadi Kak Fa, Mdm Ching Joo Lan adalah seorang yang peramah dan sangat komited memberikan kerjasama sepanjang temubual dilaksanakan. Sememangnya mudah bekerjasama dengan Mdm Ching Joo Lan. Jadi Kak Fa tak terkejut sekiranya para pelajar Mdm Ching Joo Lan sangat menyayangi dan mengharga beliau. Mari kita lihat hasil temubual Kak Fa bersama Mdm Ching Joo Lan.


Mengapa Puan Memutuskan Untuk Menjadi Seorang Guru?

Saya telah terinspirasi dengan petikan Nelson Mandela, “Pendidikan Adalah Senjata Paling Kuat yang Dapat Anda Gunakan untuk Mengubah Dunia”. Oleh kerana pendidikan adalah bahagian yang penting di dalam perkembangan dan kemajuan masyarakat, selain berfungsi untuk memberikan pengetahuan, saya berharap agar saya dapat menanamkan nilai-nilai dalam minda belia. Tujuan saya adalah untuk mendidik mereka secara mental, fizikal, social, moral dan rohani agar mereka menjadi warganegara yang berguna. Sebagai seorang guru, saya akan selalu ingat bahawa jika anda ingin menghancurkan sebuah negara, hancurkanlah sistem pendidikannya. 


Apakah Falsafah Pengajaran Puan?

Falsafah saya di dalam pendidikan adalah untuk memastikan bahawa murid-murid saya bukan sahaja dapat mengekalkan pengetahuan akademik mereka dari semua gred yang mereka miliki tetapi juga mengembangkan nilai dan etika yang berperikemanusiaan. Nilai-nilai peribadi ini memberikan mereka didikan yang lebih baik bagi mereka menghadapi kehidupan mereka. 


Sudah Berapa Lama Puan Mengajar dan Mata Pelajaran Apakah Yang Diajarkan Oleh Puan?

Saya telahpun menjadi warga pendidik selama 31 tahun (akhir tahun 2020). Ini bermakna pada tahun 2021 ini, saya telah menjadi seorang guru selama 32 tahun. 

Mata pelajaran yang saya ajar adalah Bahasa Inggeris walaupun secara hakikatnya saya memegang Sarjana (Master) di dalam Sains (Sains Sukan) dan Ijazah di dalam Pendidikan Jasmani. 


Kaedah Apakah yang Puan Gunakan untuk Memastikan Kefahaman Para Pelajar Melalui Pembelajaran Puan?

Saya akan meminta para pelajar memberikan rumusan mengenai pelajaran sebelumnya sebelum pelajaran baru dimulakan, memberikan ujian ringkas tentang pelajaran yang diajar, melaksanakan kuiz ringkas mengenai pelajaran yang sebelumnya , berkongsi pautan Google Form untuk menjawab kuiz dan para pelajar akan diminta untuk berkongsi apa yang mereka telah pelajara pada hari yang berkenaan. 


Apakah Cabaran Terbesar Puan Hadapi Hari Ini? 

Cabaran terbesar saya adalah untuk medidik para pelajar agar dapat bekerjasama dan hidup harmoni di antara berbilang kaum. Saya berusaha sebaik mungkin di dalam memastikan mereka untuk menghormati semua kaum dan agama yang menjadikan Malaysia sebagai tempat kediaman yang sungguh indah. 


Hebat kan Mdm CHING JOO LAN? Sungguh terinspirasi Kak Fa dengan kisah Mdm CHING JOO LAN. Kak Fa berpandangan Mdm CHING JOO LAN sememangnya seorang guru yang sangat hebat dan komited di dalam menjalankan tugas beliau sebagai seorang guru. 


Sempena Hari Guru tak lama lagi, semoga kisah Mdm CHING JOO LAN dapat dijadikan contoh dan membuatkan kita semua lebih menghargai jasa dan pengorbanan insan yang bergelar guru. Selamat Hari Guru in advance kepada semua guru di Malaysia!

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hello Kak Fa! It was refreshing to read your article. To illuminate the value of teaching, we must rely on bloggers or journalists like you. I am so honored and I really appreciate your willingness to include my words in your article in such a brilliant way. Again, I thank you for your positive tone to give a shout out to Madam Ching. And Happy Teachers' Day to all the wonderful teachers out there. 🥰🥰🥰

    https://www.mcdonalds.com.my/bm/anugerahguruinspirasi/nominees/513

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !