Kenapa Perlu Menyewa Kalau Mampu Memiliki Kan? JOM BELI don’t SEWA!

Farah Waheda Wahid
2

 


Khusus untuk mereka-mereka yang dah rasa penat untuk menyewa rumah dan khusus juga kepada sesiapa yang berimpikan untuk memiliki kediaman di atas nama sendiri. Kak Fa cuma nak tanya jer…. Kenapa perlu menyewa kalau mampu memiliki kan? JOM BELI don’t SEWA! Tahun 2021 ni, Kak Fa seronok betul dan teruja betul bab-bab hartanah ni tau tak. Walaupun masih di dalam pandemik, tapi rasa teruja pula nak kumpul harta. Sebabnya… kediaman-kediaman yang ditawarkan di Laman Sendayan, harganya masih rasional pada Kak Fa dan persekitarannya pun menarik untuk kediaman luar Lembah Klang! 


JOM BELI don’t SEWA! Eh – yang nak tambah harta pun boleh ok? Kak Fa tak kata pun tak boleh. Ada satu projek perumahan terbaru oleh Matrix Concepts Holdings Berhad yang patut anda pertimbangkan. Projek perumahan ni dinamakan sebagai HANNA @ Laman Sendayan. Ala… tak jauh pun dari Lembah Klang, cuma lebih kurang 54 kilometer dengan mengambil masa satu jam perjalanan sahaja. 


Kalaulah anda pernah melintas atau lalu di Laman Sendayan, anda boleh nampak yang Laman Sendayan ni merupakan satu kawasan perumahan terancang dan menepati kehendak pemilik pada masa kini. Kalau perhatikan betul-betul, pihak Matrix Concepts sebagai pemaju telah berjaya merancang pembangunan Laman Sendayan dengan baik di mana semuanya dilengkapi dengan kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat perniagaan dan komersial, kemudahan perubatan dan macam lagi. Kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat pun ada di sekitar kawasan perumahan. Pendek kata, secara peribadi Kak Fa berpendapat yang pihak Matrix Concepts telahpun berjaya membuktikan yang pembangunan perumahan di Laman Sendayan adalah setanding dengan kawasan perumahan yang terdapat di Lembah Klang. Bukan kawasan perumahan biasa-biasa ya. 





HANNA @ Laman Sendayan ni menyasarkan pelancaran fasa baru pada May 2021. Ala…tak lama jer lagi… Pejam celik pejam celik dah tahun 2021. Masa, hari dan tahun kan cepat sangat berlalu sekarang ni. Jadi tak salahlah kalau Kak Fa beritahu awal-awal pada anda kan? 


Pelan Tapak HANNA @ Laman Sendayan


Untuk pengetahuan anda, HANNA @ Laman Sendayan ni adalah merupakan rumah teres dua tingkat yang berkeluasan 20’ x 65’ ataupun 20’ x 70’. Sebelum ada yang tanya… HANNA didatangkan dengan 4 bilik tidur dan 3 bilik air tau. Kak Fa, biasanya soalan macam ni yang popular benar-benar. Ramai yang nak tahu berapa bilik tidur dan bilik air. Penting tu kan? He he he…


Tawaran yang diberikan oleh pihak Matrix Concepts untuk pelancaran HANNA @ Laman Sendayan ni cukup menarik, di mana:

  • Harga kemasukannya adalah rendah dengan yuran Perjanjian Jual Beli yang bermula daripada RM400,000.
  • Kadar Faedah Gadai Janji adalah rendah.
  • Bayaran tempahan hanyalah RM1,000 sahaja. Ok sangat ni bagi Kak Fa.
  • Ansuran bulanan bermula dari RM1,4XX. – Susah nak dapat sekarang ni kan? Selalunya untuk rumah “landed” lebih dari ni.
  • Keahlian PERCUMA d’Tempat Country Club. 

Ok…Mesti ada yang nak tengok pelan lantai HANNA @ Laman Sendayan ni. Meh sini Kak Fa kongsikan: 


HANNA Type A (20’ x 65’)




HANNA Type A1 (20’ x 70’)




Dengan kemudahan dan persekitaran yang menarik, hijau jer nampak sekeliling – Kak Fa rasa HANNA @ Laman Sendayan ni akan jadi satu pilihan kediaman yang tepat dan selesa untuk semua orang termasuk diri Kak Fa sendiri. Kak Fa suka kawasan ni sebenarnya. 


Sekarang ni dah boleh dah, kalau anda nak mula “survey” atau ajukan pertanyaan, kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai HANNA @ Laman Sendayan ni, anda boleh menghubungi Matrix Concepts Holdings Berhad . di talian 1 800 88 2688 ataupun nak lebih mudah, anda boleh melayari laman web berikut: https://www.lamansendayan.com pada bila-bila masa yang bersesuaian. 


Dah boleh juga, mula buat kira-kira itu ini dah tu. Ya tak? Iyalah dalam hal jual beli rumah ni memang setiap orang kena teliti kan? Eh…nanti kalau dah buat tempahan ke, pinjaman bank dah lulus ke… Kongsi-kongsilah dengan Kak Fa. Mana tau kalau-kalau kita berjiran ke? Kita tak tau kan? Ada rezeki – manalah tahu. Heee…. 



#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sewa pun macam harga beli rumah, baik beli rumah tu terus kan? Berbaloi

    ReplyDelete
  2. Rumah dah la luas, lengkap dengan kemudahan asas. Harga memang terbaik siap RM1k saja untuk tempahan. Memang mudah untuk beli rumah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !