JOM BELI don’t SEWA! Eh – yang nak tambah harta pun
boleh ok? Kak Fa tak kata pun tak boleh. Ada satu projek perumahan terbaru oleh
Matrix Concepts Holdings Berhad yang patut anda pertimbangkan. Projek perumahan
ni dinamakan sebagai HANNA @ Laman Sendayan. Ala… tak jauh pun dari Lembah
Klang, cuma lebih kurang 54 kilometer dengan mengambil masa satu jam perjalanan
sahaja.
Kalaulah anda pernah melintas atau lalu di Laman
Sendayan, anda boleh nampak yang Laman Sendayan ni merupakan satu kawasan
perumahan terancang dan menepati kehendak pemilik pada masa kini. Kalau
perhatikan betul-betul, pihak Matrix Concepts sebagai pemaju telah berjaya
merancang pembangunan Laman Sendayan dengan baik di mana semuanya dilengkapi
dengan kemudahan seperti institusi pendidikan, pusat perniagaan dan komersial,
kemudahan perubatan dan macam lagi. Kemudahan rekreasi untuk gaya hidup sihat pun
ada di sekitar kawasan perumahan. Pendek kata, secara peribadi Kak Fa
berpendapat yang pihak Matrix Concepts telahpun berjaya membuktikan yang
pembangunan perumahan di Laman Sendayan adalah setanding dengan kawasan
perumahan yang terdapat di Lembah Klang. Bukan kawasan perumahan biasa-biasa
ya.
HANNA @ Laman Sendayan ni menyasarkan pelancaran fasa
baru pada May 2021. Ala…tak lama jer lagi… Pejam celik pejam celik dah tahun
2021. Masa, hari dan tahun kan cepat sangat berlalu sekarang ni. Jadi tak
salahlah kalau Kak Fa beritahu awal-awal pada anda kan?
![]() |
Pelan Tapak HANNA @ Laman Sendayan
Untuk pengetahuan anda, HANNA @ Laman Sendayan ni
adalah merupakan rumah teres dua tingkat yang berkeluasan 20’ x 65’ ataupun 20’
x 70’. Sebelum ada yang tanya… HANNA didatangkan dengan 4 bilik tidur dan 3
bilik air tau. Kak Fa, biasanya soalan macam ni yang popular benar-benar. Ramai
yang nak tahu berapa bilik tidur dan bilik air. Penting tu kan? He he he…
Tawaran yang diberikan oleh pihak Matrix Concepts untuk pelancaran HANNA @ Laman Sendayan ni cukup menarik, di mana:
- Harga kemasukannya adalah rendah dengan yuran Perjanjian Jual Beli yang bermula daripada RM400,000.
- Kadar Faedah Gadai Janji adalah rendah.
- Bayaran tempahan hanyalah RM1,000 sahaja. Ok sangat ni bagi Kak Fa.
- Ansuran bulanan bermula dari RM1,4XX. – Susah nak dapat sekarang ni kan? Selalunya untuk rumah “landed” lebih dari ni.
- Keahlian PERCUMA d’Tempat Country Club.
Ok…Mesti ada yang nak tengok pelan
lantai HANNA @ Laman Sendayan ni. Meh sini Kak Fa kongsikan:
HANNA Type A (20’ x 65’)
HANNA Type A1 (20’ x 70’)
Dengan kemudahan dan
persekitaran yang menarik, hijau jer nampak sekeliling – Kak Fa rasa HANNA @ Laman
Sendayan ni akan jadi satu pilihan kediaman yang tepat dan selesa untuk semua
orang termasuk diri Kak Fa sendiri. Kak Fa suka kawasan ni sebenarnya.
Sekarang ni dah boleh dah, kalau anda nak mula
“survey” atau ajukan pertanyaan, kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai
HANNA @ Laman Sendayan ni, anda boleh menghubungi Matrix Concepts Holdings Berhad . di talian 1 800 88 2688 ataupun nak
lebih mudah, anda boleh melayari laman web berikut: https://www.lamansendayan.com pada bila-bila masa yang bersesuaian.
Dah boleh juga, mula buat kira-kira itu ini dah tu.
Ya tak? Iyalah dalam hal jual beli rumah ni memang setiap orang kena teliti
kan? Eh…nanti kalau dah buat tempahan ke, pinjaman bank dah lulus ke…
Kongsi-kongsilah dengan Kak Fa. Mana tau kalau-kalau kita berjiran ke? Kita tak
tau kan? Ada rezeki – manalah tahu. Heee….
#HANNA #LamanSendayan #JOMBELIDONSEWA #ModernHomes #OwnHome #FirstHomeOwner #DreamHome #NewHome #Freehold #LandedProperty #SelfSustainingCity #PropertyforInvestment #PropertyforSale #PropertyMarket #NegeriSembilan #BandarSriSendayan #BSSDevelopment
sewa pun macam harga beli rumah, baik beli rumah tu terus kan? Berbaloi
ReplyDeleteRumah dah la luas, lengkap dengan kemudahan asas. Harga memang terbaik siap RM1k saja untuk tempahan. Memang mudah untuk beli rumah.
ReplyDelete