Garis Panduan Permohonan Bantuan Kanak-kanak 2021 (BKK) RM1,000 Sebulan

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google


Anda mungkin memerlukan - jadi anda disarankan untuk membaca entri Garis Panduan Permohonan Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) RM 1,000 Sebulan ini sehingga tamat. Khusus untuk ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak dalam jagaan yang berumur 18 tahun ke bawah, anda boleh memohon Bantuan Kanak-Kanak 2021 (BKK) sehingga RM1,000 sebulan untuk satu keluarga.


Berdasarkan portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat di SINI:


Bantuan Kanak-Kanak (BKK)

Kadar

Minimum sebanyak RM150.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000 sebulan mengikut pecahan berikut: 

  • RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah; 
  • RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun sehingga 18 tahun; dan
  • Kadar bantuan maksimum RM1,00 / keluarga sebulan

Tujuan

  1. Membantu keluarga / penjaga kepada anak / kanak-kanak atau membantu anak / kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat. 
  2. Membantu memelihara dan memperkukuh institusi keluarga yang terlibat di dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih-sayang dan perhatian. 

Kriteria Kelayakan Khusus

  1. Warganegara dan bermaustatin di Malaysia;
  2. Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  3. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika sekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM). 

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub di dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 - jadual kesembilan Senarai Perundangan. 

Cara Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohona yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak. 


Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarkat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan. 

Borang Yang Berkaitan

Semoga perkongsian ini , memberikan manfaat buat semua! 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !