Nak tanya ni… Sedar tak yang penting untuk kita memantau tekanan
darah, paras glukosa dan melakukan ujian urin? Pentinglah…Siapa yang kata tak
penting. Nak hidup dengan sihat, ini semua penting ok? Kalau Kak Fa nak suruh
anda pergi buat pemeriksaan nak tak? Boleh jer dapatkan pemeriksaan tekanan
darah, ujian glukosa dan urin TANPA KOS di MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC
CENTRE hari ini! Tapi dengan syarat, anda perlu habiskan pembacaan entri Kak Fa
ni, kemudian baru Kak Fa kongsikan bagaimana caranya. Oleh itu, baca tau…
Jangan “skip” satu pun. He he he…
Sebelum Kak Fa bercerita tentang perihal pemeriksaan tekanan darah,
ujian glukosa dan ujian urin tu… Sukalah kiranya Kak Fa nak bercerita dulu
tentang MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC CENTRE ni. Agak-agak andalah…Anda
“familiar” tak dengan MAA MEDICARE CARDIAC DIAGNOSTIC CENTRE? Kalau tak
“familiar” tak apa…Boleh jer jadikan entri Kak Fa pada kali ni sebagai rujukan
anda. “So next time”, anda pun dah tahu kan?
Untuk pengetahuan anda, MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni
adalah merupakan pusat diagnostic jantung amal yang PERTAMA di Malaysia. Ianya telah ditubuhkan pada bulan September
2018, di bawah naungan MAA Medicare Heart Charity Fund. Objektif utama pusat
ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan
mendapatkan rawatan berkualiti tinggi, rawatan jantung dan vaskular yang
canggih dengan kos subsidi. Selain diagnostik dan rawatan, pusat ini juga
bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya menjaga gaya hidup yang
sihat untuk mengurangkan faktor risiko penyakit jantung dan vaskular dengan
mengadakan ceramah, roadshow dan
pemeriksaan kesihatan.
Tiba-tiba kan…Kak Fa teringat pada arwah Papa Kak Fa…. Kalaulah Kak Fa
celik tentang MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni, rasanya memang gigih
Kak Fa bawa arwah Papa ke MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre…
Ermm…takperlah, cerita dah lepas pun. Kita tutup cerita tu.
Ikutkanlah kan…angka kematian penyakit jantung koronari di kalangan
rakyat Malaysia memang meningkat saban tahu. Kak Fa pernah terbaca yang Jabatan
Perangkaan Malaysia mencatatkan Ischaemic
Heart Disease sebagai penyebab utama kematian. Memang tepat dan bernas
sangatlah usaha MAA Medicare Heart Charity Fund melalui penubuhan MAA Medicare
Cardiac Diagnostic Centre ni. Sebab keperluan mendesak untuk rawatan sakit
jantung di mana kalau di hospital awam senarai menunggu tu memanglah lama,
manakala hospital swasta pula kos tinggi. Tak semua orang mampu kan?
Kini terdapat opsyen sebabnya salah satu dari tujuan pusat ini juga
adalah untuk memastikan rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan mendapat
rawatan berkualiti tinggi, rawatan jantung dan vaskular dengan kos subsidi.
Pusat ini memberikan perkhidmatan dan khidmat rundingan serta rawatan jantung
dan vaskular yang komprehensif dengan kadar subsidi berdasarkan latar belakang
sosioekonomi pesakit. Tak perlu ragu dan tak perlu risau kerana pusat ini
diterajui oleh pakar kardiologi dan pakar bedah jantung yang berpengalaman dan
terkenal untuk melayani kesemua pesakit.
Pusat ini dilengkapi dengan fasiliti yang terbaik di mana, di antara senarai perkhidmatan yang disediakan oleh MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centere adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
- Outpatient cardiology clinic consultations.
- Dobutamine stress test.
- Electrocardiogram (ECG).
- Chest and general x-rays.
- 24-hour holter monitoring.
- Diagnostic coronary angiography.
- Treadmill stress test.
- Percutaneous coronary angioplasty.
- Echocardiogram.
- Stress echocardiography.
- Coronary calcium scores.
- CT scan coronary angiography.
- Critical coronary & in-patient nursing care.
- Dietary & lifestyle modification advice.
- Cardiac rehabilitation & physiotherapy.
- Public awareness & education.
- General health & cardiac screening.
- Provisions to perform heart surgery at partner hospitals.
Ok… confirm ada yang
berminat kan? Dan confirm ada yang
tertanya-tanya di manakah lokasi MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre ni? Lokasi yang boleh anda tuju iaitu di Jalan
Sultan Azlan Shah, Kuala Lumpur.
Jadi…. Khusus untuk anda… Anda jer Kak Fa bagi ni… Sepertimana yang
dijanjikan periksa tekanan darah anda, dapatkan ujian glukosa dan ujian urin
TANPA KOS. “Save” baucar ni ya:
Ikuti saringan secara PERCUMA di
MAA Medicare Cardiac Diagnostic Centre dan dapatkan keputusan anda di dalam
kadar segera.
Hubungi 016 228 1166 ataupun
What’s App 016 226 2600 untuk
menempah slot anda!
Untuk Maklumat
Lanjut:
Laman Web MAA Medicare Cardiac Diagnostic
Centre
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.