Cara Mudah & Betul Beli Tilam Baru

Farah Waheda Wahid
2

 

Inikan, Kak Fa bukan semata-mata nak kongsi cara mudah & betul beli tilam baru tau. Tapi... Kak Fa ada cerita sedih, cerita gembira dan juga cerita mengenai tilam yang patut anda pertimbangkan untuk miliki. Kiranya, dalam satu entri Kak Fa ni ada kombinasi pelbagai ceritalah untuk Kak Fa kongsikan. Makanya... bertabahlah untuk membaca. Ha ha ha. Walaubagaimanapun, Kak Fa akan cuba sebaik mungkin untuk ringkaskan mana-mana bahagian yang patut ok? 


Kak Fa mulakan dengan cerita sedih dulu. Cerita sedih Kak Fa adalah... Selama kini kan, sebenarnya kan, Kak Fa dan Firash tidur bertilamkan tilam yang telahpun berusia lebih dari 20 tahun peninggalan arwah Papa Kak Fa. Tilam lama kan? Memang keraplah sakit-sakit badan bangun dari tidur. Apa pun, Kak Fa tak pernah merungut pun. Cuma Kak Fa kesiankan Iman Firash-lah. Belum ada rezeki dia nak tidur tilam empuk dan selesa. Sobsss... kadang-kadang tu memang mengalir air mata Kak Fa ni ha bila mengenangkan. Tetapi syukurlah kan? Ada juga tilam untuk dijadikan alas tidur kan? Kak Fa selalu pesan pada diri sendiri, jika Kak Fa rasa Kak Fa susah, ada lagi orang di luar sana yang lebih susah. Betul tak? 



Tapi... Demi anak Kak Fa tak putus asa tau. Kak Fa cuba juga menabung sedikit demi sedikit demi nak belikan Firash tilam baru. Nak bagi dia tidur dengan lebih selesa. Pada Kak Fa, keselesaan anak tu seolah-olah satu satisfaction pada Kak Fa. Kak Fa ni ok lagi, yang penting Firash tu, Firash. Kak Fa nak dia selesa. Badan pun muda lagi kan? Tentulah nak kena jaga. Jadi berita gembiranya.... Alhamdulillah, akhirnya setelah beberapa lama sabar menanti, ada juga rezeki buat kami anak-beranak nak merasa tilam baru. Cuma, Kak Fa nak kongsilah sedikit tentang bagaimana Kak Fa buat keputusan nak beli tilam baru kami tu. 


Jujurnya nak beli tilam baru ni bukan satu perkara yang mudah ya. Bukan main beli jer. Bukan main bayar jer. Sebabnya tidur yang baik itu adalah sangat penting untuk kesihatan yang baik. Percaya tak? Kalau Kak Fa katakan yang tilam pun dapat mempengaruhi mood, kesihatan mental dan sebagainya? Kita tak naklah beli tilam mahal-mahal lepas tu, itu tak kena, ini tak kena kan? Bagi Kak Fa lah, sebelum nak ambil keputusan untuk membeli tilam baru, berikut adalah di antara perkara-perkara yang perlu semua orang pertimbangkan: 


Kualiti Tidur

Perkara paling penting untuk diberi perhatian semasa memilih tilam adalah bagaimana kita akan rasa bila menggunakan tilam yang berkenaan. Satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah betapa baiknya kualiti tidur yang kita akan dapat? Adakah kita akan mudah tertidur di tilam? Adakah kita akan terus tidur sepanjang malam? Adakah kita akan merasa segar keesokkan harinya. Ini semua isyarat penting di dalam memastikan tilam yang sesuai untuk kita. 

Kenalah spend masa sikit kan? Buat research ke? Berkunjung ke kedai perabot ke? Macam Kak Fa kan? Zaman-zaman pandemik ni, Kak Fa memilih untuk buat research dalam talian jer. Tapi kena hati-hatilah memilih ya. Kena pastikan yang tilam kita nak beli tu betul-betul berbaloi. 




Ha ni nak kongsi ni... Tilam baru Kak Fa tu kan... Tilamnya adalah The Emma Original Mattress yang menggunakan teknologi foam terkini di mana harganya adalah sangat-sangat berpatutan dan berbaloi dengan kualiti tidur yang kami anak-beranak dapat. Setakat ini, Kak Fa rasakan yang The Emma Orginal Mattress yang Kak Fa dah gunakan tu, berikan Kak Fa sokongan badan yang baik, pelepasan tekanan dan keselesaan yang optimum. Memang berubahlah kualiti tidur kami anak-beranak 360 darjah. 

Sokongan

Haaa... Baru Kak Fa nyatakan pasal sokongan kan? Sokongan adalah merujuk kepada seberapa baik permukaan tilam menolak ke belakang badan anda dan ia tidak ada kaitan dengan firmness. Sokongan yang baik akan menjadikan tulang belakang sejajar dan membolehkan otot berehat semasa tidur. Penting sangat untuk mencari tilam yang mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:

  • Menyokong badan tanpa tenggelam di pinggul. 
  • Membolehkan kelegaan dan keselesaan pada titik tekanan, termasuk lutut, pinggul, bahu dan kepala. 
  • Membiarkan otot berehat di seluruh badan, terutamanya di bahagian belakang. 


Macam The Emma Original Mattress ni, ia didatangkan dengan fitur sokongan badan penuh di mana The Emma Original Mattress menggunakan pengezonan lanjutan untuk memastikan tubuh badan sentiasa disokong di kawasan yang paling diperlukan. Lapisan tilam tiga lapis The Emma Original Mattress dapat disesuaikan dengan bentuk badan apa sekali pun untuk menyelaraskan tulang belakang, jadi pengguna akan mendapat tidur yang lebih lena di dalam posisi tidur yang baik. 

Keselesaan



Keselesaan adalah merujuk kepada pengalaman yang subjektif. Di sinilah pilihan anda untuk memilih tilam yang lembut. Adakah anda mendapati katil itu selesa untuk anda berbaring? atau adakah sakit untuk anda berbaring? Semakin bertambah usia, sebenarnya kita akan lebih cenderung untuk memilih tilam yang lembut. Tapi macam mana pun itu adalah pilihan peribadi masing-masinglah kan? 

Suhu

Suhu bilik dan tilam boleh mempengaruhi kualiti tidur. Secara umumnya manusia akan tidur lebih nyenyak di persekitaran yang lebih sejuk. Sekiranya, anda cenderung untuk berpeluh pada waktu malam, atau jika anda panas, anda harus memberikan perhatian khusus kepada bagaimana panas atau sejuknya tilam ketika anda tidur. Peralatan tempat tidur kebiasaan dan pakaian yang biasa anda pakai untuk tidur, sekiranya tilam terlalu panas untuk anda itu boleh menjadi masalah. 

Sepanjang Kak Fa dan Firash gunakan The Emma Original Mattress - kami tidur dengan sangat selesa dan rasa sejuk jer tau. Bermakna Kak Fa dah buat pilihan yang betul-lah kan? Sebabnya The Emma Original Mattress ni didatangkan dengan inovasi Airgocell® yang berfungsi untuk mengatur suhu. 

Tempoh Percubaan Tanpa Risiko

Sangat-sangat bagus bila sebelum nak beli sesuatu tilam tu ada tempoh percubaan tanpa risiko. Bagi Kak Fa secara peribadi, tempoh percubaan ni memang sangat-sangat penting untuk pastikan keserasian sesuatu tilam tu dengan kita. Macam The Emma Original Mattress ni kan, Emma Sleep Malaysia menawarkan 100 night trial atau tempoh percubaan selama 100 malam secara PERCUMA! Haaa...macam nilah nak beli tilam. Ada tempoh percubaan, barulah kita boleh buat keputusan bijak. Ya tak? 

Bahan




Ambil peduli bahan serta kualiti bahan tilam yang dihasilkan sebelum membeli. Setiap bahan akan memberi impak kepada keselesaan tubuh badan kita apabila tidur menggunakan tilam tersebut. Macam The Emma Original Mattress Sleep ni, bahan-bahan yang digunakan adalah sangat-sangat berkualiti. 



Kenapa Kak Fa Pilih The Emma Original Mattress? 

Part of it anda dah baca pun di dalam perkongsian Kak Fa di atas. Tapi sebahagian lagi Kak Fa nak beritahu yang The Emma Original Mattress ni adalah tilam yang dihasilkan dengan teknologi German di dalam memberikan keselesaan maksimum kepada para pengguna. Sepanjang menggunakan The Emma Original Mattress, tidur Kak Fa lebih berkualiti dan kalau anda nak tau, The Emma Original Mattress ni mengurangkan alergen dengan berkesan. 

Selain daripada itu, yang buatkan Kak Fa tertarik adalah tawaran waranti selama 10 tahun (10 years warranty) oleh pihak Emma Sleep. Memang Kak Fa nampak - berbaloi untuk melabur untuk kegunaan jangka masa panjang. Penghantaran of course PERCUMA. 

Kak Fa rasa, Kak Fa tak perlu risau, tak perlu ragu kot dengan The Emma Original Mattress ni sebabnya inilah tilam yang telah banyak sangat menerima anugerah di atas kualiti produk yang dihasilkan. Ianya menjadi pilihan ramai. 

  

Packaging The Emma Original Mattress ni tak bulky but compact. Kiranya, waktu datang tu tak adalah bulky orang yang hantar tu nak mengangkat. Ia didatangkan di dalam kotak seperti yang Kak Fa paparkan di bawah: 




Tapi ni compact compact cili padi ni ok? Nak angkat naik ke tingkat atas ke bilik pun semput juga Kak Fa. Itupun Mama Kak Fa bantu sikit-sikit. Kalau nak harapkan Kak Fa sorang memang tak terangkat. Padu The Emma Original Mattress ni. Memang padu. Jadi kiranya kalau anda beli dan tilam ni sampai ke rumah anda, pastikan ada orang yang boleh bantu anda untuk angkat dan install semua ya. Nak install serius tak susah. Mudah jer ok? Kak Fa tunjukkan di bawah ok? 




Mula-mula sewaktu keluarkan dari kotak, macam ni lah rupa paras The Emma Original Mattress ni ok? Memang bergulung dan nampak macam toto digulung jer. Tapi wait for the magic to happen ok? 




Buka gulungan tu lepas tu lebarkan sampai jadi seperti paparan gambar di atas. Next step is to unwrap the plastics. Tapi jangan guna pisau atau gunting ya. Best if you use the cutter provided. Bukan apa, takut nanti berlaku kecederaan yang tidak diingini pula tilam baru anda tu kan? 




Ni guna ni ok? Guna ni... Jangan guna yang lain. 




Ha macam ni cara guna ok? Buat dengan berhati-hati. Bila dah siap unwrap the plastic tu, letak elok-elok atas bed frame dan biarkan dia kembang mengikut flow. It will take sometimes to be fluffy lah. Not on the spot. Macam The Emma Original Mattress Kak Fa dia ambil lebih kurang 3 hari untuk betul-betul fully mengikut bentuk tilam yang sebenar. Bila dah siap tu macam tadaaaaa.... He he he... Gembira rasa hati. 




Kak Fa tak tipu... Tilam ni memang dah bagi Kak Fa an awesome experience and I highly recommending this mattress kepada semua yang sedang tercari-cari tilam baru tu. Secara peribadi sebagai pengguna, Kak Fa langsung tak menyesal. 


Penat baca sampai habis kan? Meh sini Kak Fa bagi hadiah sikit... Kalau nak membeli tilam Emma tu boleh laju-laju ke https://www.emma-sleep.com.my/ dan upon check-out nanti jangan lupa gunakan exclusive promo code Kak Fa iaitu: 

BUBBLY10

Ada saiz Single, Queen dan juga King. Go check-it out to experience more ok? 

* Ini adalah barang yang paling menggembirakan hati Kak Fa buat setakat ini. Sangat berbaloi, sangat berpuas hati. Anda memang patut cuba! 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !