Umur Hujung 30 Ni Memang Perlu GARCI PRO GEL! Memang Betul Lega Rasa Kebas dan Sakit Sendi!

Farah Waheda Wahid
0

Iya dik…Kak Fa ni dah ada di hujung-hujung umur 30 tahun dah ni. Silalah percaya… Ha ha ha… Tapi memang percaya pun kan? Kan? Kan? Dalam setahun dua ni, tak lama lagi Kak Fa “say bye-bye” lah kepada peringkat usia 30 tahun. Selepas itu dah boleh dah “say hello” pula kepada peringkat usia 40 tahun. Rasa tak percaya pun ada, tetapi itulah hakikatnya kan? Cuma apa yang Kak Fa nak kongsi, umur hujung 30 ni memang perlu GARCI PRO GEL! Memang betul lega rasa kebas dan sakit sendi! Ahaksss… Ya sila ambil maklum, tidak dapat dinafikan – umur hujung 30 ni, tak banyak sikit mesti terasa kebas sana kebas sini dan kadang-kadang tu sakit sendi boleh datang “say hye” pada Kak Fa. 



Kisahnya… dulu kalau pakai kasut tumit tinggi sehari suntuk pun tak ada apa aihhh… Gagah perkasa lagi – siap boleh panjat turun tangga “office” berpuluh kali sepanjang 8 jam waktu bekerja. Sambung lagi tunggu anak keluar sekolah pun gagah lagi ok? Memang tak jadi apa… Tapi…sejak kebelakangan ni… Ha ha ha…Kadang-kadang dia datang sakit lutut, kadang-kadang dia jadi kebas, kadang-kadang dia “attack” sendi…. Itu tandanya? Ihiksss... Faktor usialah tu! 


Simpul biawak tak usah dikatalah kan? Memang simpul biawak tu minat sangat dengan Kak Fa sedari zaman anak dara, membawa ke zaman “pregnant”kan Firash sampailah ke sekarang ni. Tak boleh sejuk terlebih bila terkena penghawa dingin malam-malam, salah mengeliat jer atau salah “movement” jer…Tu dia…sampai menangis disebabkan simpul biawak. 


Selain faktor usia, Kak Fa tak nafikan yang mungkin ada juga disebabkan oleh faktor-faktor lain yang mengakibatkan semua yang Kak Fa alami tu. Mungkin saja angin dalam badan ke kan? Sebab lama gila tak berurut “plus” dengan Kak Fa ni gemar sangat-sangat minum minuman berais… Ataupun mungkin juga boleh jadi disebabkan sistem aliran darah yang tak berapa nak lancar ke. Semua pun boleh jadi kemungkinan. 


Salah satu topik diskusi dengan kawan-kawan tentang fasa hujung 30-an ni adalah termasuk segala kebas, sakit sendi dan simpul biawak ni lah. Maka… adalah yang berikan rekomendasi dan “suggestion” ke atas GARCI PRO GEL. Kisahnya dah gunalah kan… Sebab tu nak kongsi ni. Sebab Kak Fa rasa untuk diri Kak Fa memang efektif. Tiba-tiba bila dah guna serasa diri seolah-olah kembali ke usia 20-an. Ha ha ha…. 




Untuk yang belum pernah nampak dan kenal dengan GARCI PRO GEL… Tadaaa…. Sepertimana yang anda dapat lihat di atas, itulah dia GARCI PRO GEL yang Kak Fa maksudkan. GARCI PRO GEL keluaran MISG GLOBAL ni adalah merupakan gel yang dihasilkan berasaskan kayu putih atau lebih dikenali sebagai Eucalyptus Oil. Produk ini berupaya untuk membantu melancarkan peredaran darah di saluran darah dan saraf serta ia amat mudah meresap ke dalam kulit kerana telah dihasilkan dengan menggunakan teknologi nano. 






Sejuk jer bila sapu. Memang tak rasa panas langsung. Lepas tu perlahan-lahan dia menangkap rasa bahagian-bahagian yang sakit tu. Sekejap jer rasa lega. Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam gambar yang Kak Fa kongsikan di atas, apa yang Kak Fa nak beritahu, dari segi tekstur GARCI PRO GEL ni, ia ringan dan lembut serta sejuk dan berangin. Tidak melekit langsung-langsung (“highly water based”) dan menyerap dengan sangat pantas. “In terms of the smell” – sangat “refreshing” atau menyegarkan. Kalau sesiapa yang biasa dengan bau “essential oil” – Eacalyptus, anda akan setuju dengan Kak Fa. Bau dia tenang jer. Sedap jer. 


Nak guna pun bukanlah susah mana pun… Cuma picitkan sedikit gel dan sapu pada bahagian yang rasa kebas sambal tu cuma perlu urut perlahan-lahan jer. Tak perlu nak tekan-tekan sangat bahagian yang sakit tu ataupun urut kasar-kasar. Memadai secara lembut dan perlahan. Ia tetap efektif ok? 


Mungkin juga ada yang tertanya-tanya selain hujung umur 30 tahun ni siapa lagi yang sesuai untuk menggunakan GARCI PRO GEL? Meh sini Kak Fa nak beritahu, GARCI PRO GEL ni sebenarnya tak ada “age restriction” pun setahu Kak Fa. Sesuai untuk lelaki dan wanita yang mempunyai masalah seperti sakit kebas, saraf, lutut, tumit, strok dan sebagainya. Termasuklah ahli sukan yang aktif bersukan. 




Siang-siang tak terasa oiii… Tapi bila malam baru dia datang menjenguk. “So that you know”… Manfaat GARCI PRO GEL ni adalah:

  • Membantu melancarkan pengaliran darah dan merawat saluran darah tersumbat.
  • Membantu proses rawatan kebas pada anggota badan.
  • Membantu merawat urat saraf yang rosak penyebab kebas.
  • Melegakan kekejangan otot dan sendi.
  • Melegakan sakit urat dan sakit lutut.
  • Membantu mengelakkan risiko strok dan serangan jantung mengejut.
  • Melegakan selesema dan pening kepala.
  • Melegakan sakit perut / senggugut.
  • Membantu membuang angin dalam badan. 

Tips GARCI PRO GEL yang Kak Fa dapat ni, sekarang Kak Fa nak panjangkan… “In case” kalau anda tergerak nak mencuba atau mendapatkan GARCI PRO GEL ni ok? Untuk sakit kebas kurang dari 6 bulan anda dinasihatkan untuk menggunakan GARCI PRO GEL sebanyak 3 kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam sebelum tidur. Manakala untuk sakit kebas lebih dari setahun dan stroke anda dinasihatkan untuk menyapu GARCI PRO GEL selang 4 jam sekali. 


Kak Fa bukan tamak guna sorang-sorang jer tau…Tapi Kak Fa memang kongsi GARCI PRO GEL ni dengan Mama Kak Fa. Sebab Mama Kak Fa pun kerap lenguh-lenguh sana, kebas-kebas sini. Mama Kak Fa pun suka dengan kesan yang dialami selepas menggunakan GARCI PRO GEL ni. Kira sekarang ni dah jadi macam bekalan wajib untuk kami berdua beranak. 


Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web GARCI PRO GEL

Laman Facebook GARCI PRO GEL

Laman Instagram GARCI PRO GEL

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !