Kluster Pendidikan COVID-19 - Mak Ayah Tolong Jangan Rahsiakan Status COVID-19 Ahli Keluarga dan Terus Hantar Anak Ke Sekolah!

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Beberapa hari yang lepas sebanyak 79 buah sekolah di Selangor telah diarahkan tutup. Kemudian, sehari yang lepas 30 buah sekolah lagi diarahkan tutup. 26 April 2021 - Kak Fa terima notis penutupan sekolah dari pihak sekolah Firash selama dua hari untuk prosedur pembersihan dan disinfeksi. Ini secara langsung bermakna terdapat kes positif Covid-19 di dalam sekolah Firash itu sendiri. Memang rasa nak gugur jantung bila dapat notis penutupan sekolah disebabkan ada kes positif Covid-19 di dalam sekolah dan memanglah Kak Fa tak tunggu esok terus What's App cikgu kelas Firash untuk bertanyakan murid dari kelas mana yang didapati positif itu, sebab risau kalau-kalau anak sendiri menjadi kontak rapat kan? Lega rasa hati bila mana dapat tahu yang ianya bukanlah dari kelas Iman Firash dan Iman Firash bukanlah kontak rapat. Kluster Pendidikan COVID-19 - mak ayah tolong jangan rahsiakan status COVID-19 ahli keluarga dan terus hantar anak ke sekolah! Itu jer Kak Fa nak luahkan dan pesan pada semua. Tolong jangan jadi individu yang mementingkan diri sendiri serta memudaratkan orang lain ya? Tolonglah ya tolong. 


Kita ni dok bising itu ini dan dah sampai satu tahap kita jadi bosan dengan pandemik Covid-19 itu sendiri. Kita mengharapkan sesuatu yang tak pasti bila semua ni boleh berakhir. Gelombang demi gelombang yang silih berganti. Baru reda sikit, sekejap jer lepas tu kes mula naik mendadak kembali. Eh... jujur ek... Kalau Kak Fa di tempat Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah pun, Kak Fa boleh nangis dengan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia ni dan boleh nangis mengenangkan sikap sesetengah rakyat Malaysia. 


Hari ni, tangan Kak Fa ligat menaip entri ni disebabkan Kak Fa dapat tau yang anak bongsu kepada "transporter" Firash sewaktu Firash di Darjah 1 dulu disahkan positif. Punca? Ha ni yang Kak Fa jadi macam geram semacam dan terus ligat jer menaip entri ni... Anak bongsu kepada "transporter" Firash sewaktu Firash di Darjah 1 dulu ni - bermain di hadapan rumah dengan anak jiran di mana salah seorang ahli keluarga jiran tersebut adalah disahkan positif Covid-19. Tapi... jiran ni tak ada pun maklumkan bahawa ada di kalangan ahli keluarga mereka yang positif Covid-19 dan masih membenarkan anak-anak mereka ke sekolah serta bercampur-gaul bermain dengan anak-anak jiran yang lain. Jiran itu sendiri, suami dan isteri pergi kerja dengan tanpa rasa bersalah. Bermaksud tak kuarantin kendiri di rumah-lah. 


Jadi disebabkan tidak sedap hati, "transporter" Firash sewaktu Firash di Darjah 1 ni bawalah anak bongsunya ke sebuah klinik berhampiran untuk melakukan "swab test" setelah menerima notis penutupan sekolah Firash tempoh hari. Hasil ujian mendapati anak bongsu beliau positif Covid-19. 


Soalan Kak Fa! Kenapa nak kena rahsiakan yang ada ahli keluarga awak yang positif Covid-19? Kenapa perlu diamkan sesuatu perkara yang melibatkan kesihatan serta nyawa individu lain? Benda-benda macam ni - nak tak nak, suka tak suka, memang kena umumkan kepada semua yang berkaitan. Semua pun faham ok? Dengan adanya situasi atau keadaan serta individu sebeginilah yang sebenarnya menjadi penyumbang terbesar kepada statistik kes Covid-19 yang semakin meningkat setiap hari. Individu-individu macam nilah... Maaflah kalau terkasar sedikit bahasa. Individu yang tidak bertanggungjawab. 


Covid-19 ni bukannya menjadikan seseorang tu penjenayah jika diketahui umum dan bukannya untuk dicemuh pun kalau diberitahu kepada semua yang berkaitan. Apatah lagi untuk menghina orang yang positif Covid-19. It's in our society and we are fighting this. Tapi - kalau adalah individu yang sebegini sorry kalau Kak Fa katakan. You are not fighting together and you are not together with other Malaysian who are in this battle. Adoiii... Faham tak yang Covid-19 ni dari satu punca akan bercabang-cabang ke punca yang lain dan seterusnya beranak pinak? Celah mana yang susah sangat nak faham ni? 


Cukup punca dari seorang jer ya? Semua akan terjejas disebabkan Covid-19. Ini yang kita sedang perjuangkan dan ini yang kita nak elakkan. Kita tak nak ada pemula dan seterusnya mengakibatkan ia merebak sehingga tidak terkawal dan menjadi penyumbang kepada statistik ribu riban setiap hari tu. Faham...semua orang dah bosan, semua orang dah tak boleh tahan, tapi janganlah menyusahkan orang lain. Tolonglah cakna dan ada sikap bertanggungjawab sedikit ke atas masyarakat. Tolong jangan susahkan orang lain. 


Dah jadi macam ni - nak hantar anak ke sekolah pun dah jadi serba-salah. Tak hantar nanti takut ketinggalan belakang pula. Kalau hantar - walaupun sekolah telah dibersihkan dan melalui proses disinfeksi - kerisauan tu akan ada. And yes - Kak Fa pernah juga terbaca hari tu ada orang komen di posting orang lain di Facebook - Kalau takut sangat anak tu kena Covid-19 kurung jer dalam rumah. Kasar sangat bunyinya ya. In the first place - do you realize there is no exact antidote yet for Covid-19? In the first place as well - do you realize that the vaccine provided is not a guarantee that someone will not be infected by Covid-19, however it does help to reduce the symptoms? Do you realize how it was the condition of someone who's infected by Covid-19? Ke nak masuk ke dalam wad Covid baru nak insaf setelah tengok bagaimana orang susah nak bernafas, tercungap-cungap macam itik kena potong leher? I don't know lah the real situation cause I have no experience about Covid-19 patient. But I've read and I've heard somewhere the real conditions of Covid-19 patients. Even kawan Kak Fa sendiri pun mengaku - Covid-19 is actually really menakutkan. Haihlah... 


Tolonglah hadam - Covid-19 bukan virus main-main ya. Perbuatan sengaja menyembunyikan maklumat penting berkenaan Covid-19 sehingga menimbulkan risiko terhadap orang lain, adalah satu kesalahan jenayah mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Sumber - Harian Metro di pautan di https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/557872/covid-19-denda-penjara-jika-sembunyi-maklumat


Ini pun Kak Fa cutikan Firash sehingga Jumaat ni. Jujurnya - memang belum yakin lagi nak dedahkan Firash kepada risiko wabak Covid-19 ni. Bukan belum yakin, tapi kalau boleh memang tak nak terjebak dengan wabak ni. Semua orang pun tak nak Covid-19 ni bertapak atas dunia kan? Betul dah disinfeksi dan bersihkan. But honestly as a mom - I am sorry I still do not have the confidence to send him over to school. Sebenarnya Kak Fa still considering and contemplating nak cutikan sehingga Hari Raya or not. Tapi kalau tanya hati seorang ibu - memanglah dalam masa yang sama risau kalau cuti lama-lama sangat banyak yang ketinggalan nanti. But do I like have a choice here? Hurmmm... Dilema betul dibuatnya. Nampak tak? Sebab satu jer... Impak dia besar kan? If Covid-19 tu tak masuk dalam sekolah lagi, memanglah Kak Fa hantar. Tapi ni dah masuk dalam sekolah. In Shaa Allah lah - after pDpR selepas Raya tu lah kot baru Kak Fa hantar. 


Pesan dari "transporter" Firash sewaktu Darjah 1 dulu tadi tu pun sama sependapat dengan Kak Fa. Kalau boleh tak perlu hantar dulu dan hantar lepas habis pDpR selepas Raya. Jagalah elok-elok pesannya. 


Pesan khidmat masyarakat dari Kak Fa - jangan pandai guna hashtag atau sebut jer #kitajagakita #lindungdirilindungsemua tapi you still merahsiakan status Covid-19 ahli keluarga dan masih keluar rumah or bergaul dengan orang macam you tak ada kena mengena dengan Covid-19. 


Be a responsible citizen! 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !