Ikut Zaman - Kak Fa Didik Firash Untuk Celik Kewangan Dengan Teknologi Perbankan Digital!

Farah Waheda Wahid
0

Didiklah anakmu mengikut zamannya, kerana zamannya adalah berbeza sekali dengan zaman ibu bapa - Saidina Umar Al Khattab... 


Memang betul kan? Mana nak sama zaman-zaman kita membesar dengan zaman anak-anak kita pada waktu dan ketika ini. Generasi sekarang adalah generasi yang paling berpelajaran tinggi, terdedah dengan ilmu. Mula bersekolah seawal usia 3-4 tahun dan ada yang mampu menamatkan pengajian tertinggi seawal umur 27 tahun. Generasi sekarang ni fokus mereka terhadap gaya hidup berteknologi tinggi. Tidak hairanlah kalau mereka cukup 'celik' dengan sentuhan gajet seperti telefon bimbit, iPad, komputer, PlayStation malah terdedah dengan penggunaan internet serta media sosial. Jadi tak salahlah jika ikut zaman - Kak Fa didik Firash untuk celik kewangan dengan teknologi perbankan digital! Kan? 


Celik kewangan dengan teknologi perbankan digital? Ada ke untuk kanak-kanak? Ada ok, memang ada... Dan platform ini telah tersedia pun untuk ibu bapa gunakan seadanya oleh Hong Leong Bank Berhad. Kak Fa dapat tahu pun setelah Kak Fa meluangkan sedikit masa untuk menyertai webinar yang dianjurkan oleh Hong Leong Bank Berhad dan Hong Leong Islamic Bank baru-baru ini yang bertajuk "Raising DuitSmart Kids in a Digital Age". Tapi kan...memang baguslah webinar tu, sebab sekurang-kurangnya ia menjadikan Kak Fa celik tentang kemudahan tersedia oleh Hong Leong Bank Berhad. 


Memandangkan literasi kewangan bukanlah merupakan satu topik "favourite" di kalangan ramai rakyat Malaysia dan laporan data dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang menunjukkan banyak kebankrapan berlaku di kalangan belia (melibatkan mereka yang berumur di bawah usia 35 tahun) - merangkumi 25.2% kes kebankrapan dari 2017 sehingga 2019 di Malaysia - Kak Fa tak nak akan datang Iman Firash tergolong di dalam golongan ini...dan disebabkan keperluan mendesak untuk menjadikan generasi muda celik kewangan sebagai salah satu kemahiran hidup, Hong Leong Bank Berhad tampil dengan inisiatif mereka yang unik dan tersendiri. 


Sebagaimana segala pendidikan asas kehidupan anak-anak yang bermula di rumah, membentuk seseorang individu yang celik kewangan juga perlu bermula dari rumah seawal yang mungkin. Di dalam era digital sekarang, ibu bapa perlu merebut peluang yang ada untuk memanfaatkan segala alat digital untuk membantu mereka celik kewangan dan bertanggungjawab ke atas kewangan. 


Bercakap di webinar Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (“HLB” atau “Bank”) bertajuk ‘Raising DuitSmart Kids in a Digital Age’, Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata: 


We understand the challenges in teaching our children the lifelong skill and habit to be financially savvy. Just like how we teach our children to read, write or count, it needs to start from young and be cultivated throughout their lives. We can do it at home leveraging digital financial and banking tools such as the HLB Pocket Connect, the first mobile banking platform for young savers in Malaysia.



HLB Pocket Connect adalah platform perbankan interaktif yang mampu menarik perhatian serta minat kanak-kanak di mana, aplikasi ini tersedia untuk semua pemegang Akaun Junior HLB 3-in-1. Ianya mempunyai tiga ciri utama iaitu mendapatkan wang, menyimpan wang dan perbelanjaan (Earn, Save and Spend), di mana ianya akan membolehkan anak-anak untuk belajar menjadi bertanggungjawab di atas kewangan meraka di bawah pengawasan ibu bapa masing-masing. Melalui HLB Pocket Connect, anak-anak akan dapat belajar untuk menguruskan dan mengawasi wang saku serta simpanan mereka. 




Di bawah ciri mendapatkan wang (Earn), ibu bapa boleh menetapkan tugasan atau matlamat untuk anak-anak masing dan memberikan ganjaran kepada anak-anak mereka di dalam bentuk wang saku tambahan apabila anak-anak menyelesaikan tugasan mereka. Ini bukan sahaja sekadar mendidik anak tentang nilai kerja keras dan memperoleh wang, tetapi juga memberikan mereka satu kepuasan apabila mereka dapat mencapai tujuan atau matlamat mereka. Biar belajar sikit kan? Duit itu tidak turun dari langit tetapi sebaliknya perlu berusaha untuk dapatkan duit. Betul tak? 



Paling Kak Fa tertarik adalah bila mana, Akaun Junior HLB 3-in-1 ini dilengkapi dengan kemudahan kad debit yang dikenali sebagai Junior Debit Card. Fungsi kad debit ni sama jer dengan fungsi kad debit yang kita orang dewasa gunakan selama kini. Tapi yang lebih menarik - Junior Debit Card ini adalah merupakan kad debit yang boleh ditambahnilai dari semasa ke semasa. Wang saku anak-anak di dalam bentuk kad debit. Secara tak langsungkan, melalui kad debit ni - kita sebagai ibu bapa dapat memantau dan mengawal perbelanjaan wang saku anak-anak kita. Bukan setakat boleh tambah wang saku ke dalam kad debit tersebut dengan lancar dari HLB Connect ibu bapa, paling menarik - boleh tetapkan had perbelanjaan, boleh kawal di mana dan apa yang dibelanjakan oleh anak-anak masing-masing. 



Kak Fa sebagai ibu boleh menyekat atau membekukan Junior Debit Card Firash dengan serta-merta sekiranya Kak Fa mengesyaki perbelanjaan palsu ataupun tidak wajar. Semua ini boleh dilakukan melalui HLB Connect sahaja. 



Bonus fitur adalah di mana untuk menanamkan tabiat berjimat di dalam diri anak-anak, HLB Pocket Connect juga mempunyai ciri Simpan (Save) yang dapat disesuaikan dengan situasi semasa di mana ianya membolehkan kanak-kanak untuk menetapkan matlamat simpanan mereka untuk perkara yang mereka mahukan serta membolehkan mereka melihat simpanan melalui laporan kemajuan yang disediakan. 


“We have developed HLB Pocket Connect to be simple, seamless and fun for both parents and their children to go through the journey of responsible money management in an open and transparent way. We hope this will empower our young savers to make better life and financial choices as well as build a healthy relationship and appreciation for money for their own sustainable future”, Zalman.


Webinar yang dihoskan oleh Sheahnee Iman Lee, ibu kepada tiga orang anak, menampilkan tetamu yang berkongsi pelbagai pengalaman mereka sebagai ibu bapa, pendidik dan usahawan muda. Di antara perkara-perkara yang dikongsikan, semua ahli panel bersetuju dengan satu perkara iaitu celik kewangan sememangnya perlu dididik dengan lebih awal. Ini adalah supaya anak-anak dapat mengenal dan mengendalikan wang dengan baik di masa kini mahupun pada masa akan datang agar mereka mampu melakukan keputusan yang lebih baik di masa akan datang. 


Kyle Tan, pengasas bersama Little Tauke, syarikat permulaan yang menyediakan pendidikan celik kewangan untuk kanak-kanak menjelaskan:


As young as two years old, children begin to grasp basic financial concepts starting with barter through trading things with you. They are also quick to pick up your spending patterns. My 2-year-old used to play with the ringgit notes in my wallet, but after a while he started playing with credit cards instead. Teaching your children about money as early as possible is about giving them a head start and time to practice their financial abilities before they become adults. Hence, we always encourage parents to be intentional and open about finances at home. This will help your children build consistent habits and attitudes to save and spend wisely, which is a great advantage they will carry throughout their lifetime.


Lolitta Suffian, yang menggunakan HLB Pocket Connect bersama-sama dua orang anaknya yang berusia 12 dan 9 tahun berkongsi bahawa pendidikan kewangan adalah sangat penting dan dia mendidik anak-anaknya supaya mereka berusaha untuk memperoleh wang dengan menetapkan matlamat serta berusaha sehabis boleh untuk mencapainya. Beliau juga menjelaskan bahawa ini adalah merupakan didikan yang sama yang diberikan oleh ibu bapa beliau kepadanya.


As parents, we are the most influential people in our children’s lives as, they observe and learn from all that we do.  I practice a rewards system with my children where they earn money from good grades, chores, good behaviour and deeds. We review this every Sunday using the HLB Pocket Connect app, and I transfer the amounts they earned to their accounts. The app helps my children understand the amount they have earned and how to be wise in spending it. Building on that understanding, they are able to inculcate smarter money management at a young age.


Claudia Tan, pengasas bersama Revive Vintage Store yang baru berusia 23 tahun dan juga seorang usahawan muda yang berjaya menyatakan bahawa ayah beliau menanamkan idea untuk berjimat dan merebut peluang untuk menjana wang ketika beliau masih muda. 


My father always encouraged me to save 20% of my ang pow money or any income rather than spend or splurge it all.  He also taught me to always look for financial opportunities to make my money grow, be it parking it in a Fixed Deposit or other banking options. I am grateful he instilled these good money habits and financial management in me from a young age. Over time, I learnt that saving is part of me investing in myself and my future. Today, it has allowed me to pursue my passions in writing and sustainable fashion, which helps diversify my income sources.


Seorang lagi usahawan muda yang berjaya, Chai Chuan Fook, Ketua Pegawai Eksekutif Newave Products Sdn. Bhd. pula sebaliknya, beliau belajar mengenai nilai wang ketika berada di sekolah rendah melalui usaha perusahaan mini beliau. Beliau memperoleh permainan dari capsule vending machine yang terdapat di kedai serbaneka dan menjualnya kepada rakan sekelas yang tidak dapat mengunjungi kedai tersebut. 


From this venture, I learnt that money can grow with good planning and relying on the right financial experts. This is a lesson I have carried forward through to adulthood and my businesses.


Beliau sangat memberi dorongan kepada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang pentingnya merancang kewangan serta nilai wang dari usia muda.  


Tak susah pun nak buka Akaun Junior HLB 3-in-1 ni, HLB menjadikannya sangat mudah untuk membuka akaun bank. Ibu bapa yang berminat untuk membuka Akaun Junior HLB 3-in-1 ini boleh melakukannya dengan sangat mudah dengan mengunjungi kedai rasmi HLB di Shopee iaitu www.shopee.com.my/hongleongbank.os pada bila-bila masa, di mana sahaja. Setelah "membeli" akaun, perwakilan HLB akan menghubungi anda dan datang kepada anda untuk membantu proses pembukaan akaun, di mana pelanggan tidak perlu mengunjungi cawangan fizikal. 


Untuk menonton ulang tayang webinar yang dimaksudkan, anda boleh menonton webinar tersebut melalui pautan di sini:

https://www.facebook.com/HLBMalaysia/videos/735735070446514


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai HLB Pocket Connect, sila lawati: www.hlb.com.my/pocket

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !