Cara Berkesan Lajukan Wi-Fi Di Rumah!

Farah Waheda Wahid
2


Mula-mula langgan servis Internet dengan kelajuan 30 mbps - ok-lah boleh gunalah kan... Tapi terus-terang Kak Fa beritahu sewaktu Kak Fa menghadiri pembelajaran atas talian semester yang lepas - sedih hidup bila kejap-kejap kena "kick" dari Google Meet. But what to do? I just have to live with it jer lah kan? Same goes to Firash. Apa yang berlaku sepanjang musim PDPR beberapa bulan yang lalu - kerap sangat kena "kick" dari Google Meet. Kalau pakai telefon pintar barulah selesa sikit. Ingatkan 30 mbps tu dah cukup sangatlah untuk kegunaan rumahtangga ni ha. Makanya Kak Fa salahkan kelajuan 30 mbps tu dan kemudian ambil keputusan untuk naik taraf pakej kepada 100 mbps. Adalah improvement sikit. Sikit ya sikit. Tak banyak. Still - Firash kena "kick out" juga dari sesi pembelajaran atas talian tambahan dia. Ada tak cara berkesan lajukan Wi-Fi di rumah! Ada tak? Ni dah naik taraf pakej dah ni. Ke nak kena naik taraf sampai kepada 800 mbps baru nak berdesup? Annoying tau! 

Kalau naik ke bilik tidur tu, tak payah cakaplah.... Semput-semput juga Wi-Fi connection jadinya. Lagging, buffering. Nak layan movie, nak layan drama sebelum tidur pun kadang-kadang boleh jadi potong. Adalah juga ternampak di Tik Tok... Tips nak kuatkan Wi-Fi connection tu. Tak tau sama ada anda ada terperasan ataupun tidak. Yang tips suruh letak aluminium foil tu. 

Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Anda rasa cara ni berkesan ke? Ada sesiapa yang pernah cuba ke? Ha ha ha... Kak Fa belum pernah cuba lagi-lah setakat ni sebab nampak macam hodoh jer bila macam ni. Ada lagi, tips yang Kak Fa baca - beli extender, booster, reboot router. Tapi ramai juga yang beritahu, tak menyelesaikan masalah pun. Habis tu nak buat apa lagi. Penat juga nak fikir. Usia 30-an ni dah malas nak fikir serabut-serabut sangat. Maka kita lupakan seketika and just live with it. Ha macam tulah. Bila teringat balik serabut kepala balik. Ha lebih kurang macam tulah kisahnya. 

Ni dah lupa ni... Ha ha ha... Just teruskan kehidupan macam biasa jer dan hiduplah dengan keadaan Wi-Fi seadanya. Tiba-tiba nak dijadikan cerita, satu hari tu ternampak satu posting dari Tuan Mazlan (Power Link Transmission Malaysia Sdn. Bhd. - PLT) tentang kes-kes kelajuan Wi-Fi ni lah dan katanya ada solusi untuk segala masalah peribadi ni. Ha ha ha... Yang perlu dilakukan cuma hubungi mereka jer untuk DEMONSTRASI PERCUMA. Ha ah, PERCUMA jer... TAK PERLU BAYAR APA-APA LANGSUNG. 

Fikir punya fikir - akhirnya panggillah juga PLT untuk datang ke rumah dan lakukan DEMONSTRASI PERCUMA tu.

Hari yang dinanti-nantikan tiba. Penat tunggu tau tak? Sebab teruja nak rasa pengalaman internet atau Wi-Fi yang berdesup tu. 





Jujur Kak Fa beritahu ya... Kak Fa tak tau pun apa sebenarnya DEMONSTRASI PERCUMA yang dimaksudkan oleh PLT tu ha. Tertanya-tanya juga. Tapi selepas dah lalui sesi DEMONSTRASI PERCUMA tu... Baru Kak Fa tau yang mereka cuma menggunakan perkakasan "plug and play" sahaja untuk merubah pengalaman alam maya kepada alam maya yang lebih smooth tanpa lagging dan buffering. Kalau tak percaya? Jom tonton video yang sempat Kak Fa sediakan di bawah: 



Memang smooth kan? Dahlah smooth and semuanya sangat jelas. Kalau pakai foundation pun boleh nampak jerawat dekat muka tu ha. Ni mesti ramai yang tertanya-tanya ni, apa perkakasan "plug and play" tu? Kak Fa kongsi dan tunjuk gambar jer bolehlah ya. Tapi kalau nak rasa pengalaman tu sendiri, anda kena panggil PLT-lah untuk DEMONSTRATSI PERCUMA. Ala... Panggil jer, tak perlu bayar apa-apa pun. Jadi tak perlu risau nak keluar kos apa pun. Kalau berminat mungkin boleh berbincang dengan lebih lanjut, kalau rasa ok, anda boleh hidup dengan kadar kelajuan Wi-Fi anda pada waktu dan ketika ini. Pun tak menjadi masalah. Yang penting ilmu yang anda dapat tau. Sebab memang Kak Fa banyak sangat belajar dan jadi bertambah celik tentang Wi-Fi connection ni selepas sesi DEMONSTRASI PERCUMA tersebut. 

Cuba tengok - gambar di bawah ini adalah paparan skrin ujian kelajuan internet sebelum DEMONSTRASI PERCUMA oleh PLT:



It was like... Tu jer? Sedih! Langgan 100 mbps tapi ni jer yang Kak Fa nampak. Lagi tambah-tambah sakit hati bila sesi DEMONSTRASI PERCUMA, kelajuan yang diuji menjadi seperti paparan gambar di bawah:



Jauh sangat beza oiii... Tak tau nak kata terkilan ke? Ralat ke? Apa ke? The speed is actually there but selama kini Kak Fa tak boleh utilize sepenuhnya. Sedih lagi hidup. Bayar bil internet bulan-bulan for a so-called high speed internet tapi sebenarnya dapat utilize 1/4 or 2/4 jer dari speed sebenar. Kalau betul-lah boleh dapat speed macam ni... Kerja-kerja ke, online classes ke, Netflix streaming ke.... tentu-tentu semua jadi smooth. Mungkin kes browser hang or lambat loading tak berlaku kot? 

So that you know.... the "plug and play" device yang digunakan di dalam DEMONSTRASI PERCUMA  oleh pihak PLT adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 



Simple kan? Tapi banyak sangat perbezaannya. Kak Fa cuma boleh berkongsi sikitlah apa yang Kak Fa belajar dari sesi DEMONSTRASI PERCUMA tempoh hari:

Mesti ada yang tertanya sama ada ini adalah merupakan repeater atau extender atau booster ataupun Mesh? Tapi sebenarnya untuk pengetahuan anda ini adalah merupakan high-performance Wi-Fi connection Access Point. Ramai sangka yang selama kini, kelajuan internet disebabkan oleh pakej langganan dengan mbps yang rendah sebab tu tak laju... or sememangnya liputan internet dalam Malaysia ni yang bermasalah. Tapi tak ok... Semua ni adalah mungkin berpunca dari Wi-Fi dan router yang anda gunakan. Wi-Fi dan router yang digunakan sepatutnya perlu yang stabil dan efisien. Tak lupa juga bila router dihalang ia akan menganggu kestabilan Wi-Fi tu. 

Dan mungkin juga ada yang rasa, oklah kalau macam tu boleh jer beli router lain dari kedai IT. Trust me - sebab Kak Fa dah lalu sesi DEMONSTRASI PERCUMA ni, Kak Fa boleh beritahu terkadang itu tak akan jadi penyelesaian untuk anda. Takut nanti rugi jer habis beratus-ratus, beribu-ribu. Huuu... Sedih lagi hidup. Apa yang Kak Fa belajar dari PLT, kebanyakan router di dalam pasaran IT walaupun dilengkapi dengan dua frekuensi Wi-Fi, tetapi sebenarnya ianya adalah tidak efisien untuk mengendalikan penggunaan peranti kita. Ha macam tulah lebih kurang. 


Dengan perkakasan "plug and play" yang merupakan high-performance Wi-Fi connection Access Point ni, ia memberikan liputan yang lebih besar dan konsisten, kualiti "signal" yang lebih baik, kelajuan aplikasi yang lebih baik dan paling melegakan, pakailah 100 peranti sekalipun... tetap stabil. Can go lah orang kata. 

Tak perlu banyak unit pun sebenarnya - satu jer dah memadai. Sebab PLT pernah melakukan DEMONSTRASI PERCUMA dan seterusnya pemasangan di rumah tiga tingkat dan it works so fine. So tak kira rumah dua tingkat ke, tiga tingkat ke.... It can cope. Kalau unit apartment atau kondo lagilah berdesup kan? 

Nak pakai dalam bilik tidur ke? Dapur ke? Dengan memuatnaik perkakasan sedia ada no more blind spot of Wi-Fi. Kak Fa sendiri sebenarnya in the process nak menguruskan pemasangan benda ni. Ha ha ha... Sebab dah terpesona sangat dengan pengalaman semasa DEMONSTRASI PERCUMA tempoh hari. 

Untuk anda di luar sana - tak salah pun kalau nak panggil untuk DEMONSTRASI PERCUMA ni. As I mentioned before, TAK PERLU BAYAR-BAYAR APA-APA. IT'S FREE. Nak buat pemasangan atau tak nak buat pemasangan itu belakang cerita. Yang penting anda faham dulu bukan salah kelajuan internet yang dibekalkan oleh service provider sebenarnya. Kena panggil-lah baru anda boleh experience, boleh nampak dan boleh faham. Panjang-panjang sangat Kak Fa cerita pun anda cuma dapat sedikit jer selagi tak merasai. 

So kalau tergerak nak buat temujanji untuk DEMONSTRASI PERCUMA tu anda boleh hubungi http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+WiFi+saya+tak+Bubbly .

Untuk Maklumat Lanjut:



Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wow hampir maksimum kelajuan internet tu. Memang sekarang nie WiFi komoditi utama baik untuk kerja office di rumah, pembelajaran dalam talian dan juga untuk hiburan tenangkan fikiran. Nak kena cuba demo dia nie.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !