Foodpanda Lancarkan Pandamart Dengan Lebih 3500 Produk, Hantar Dalam Masa 20 Minit

Farah Waheda Wahid
0

Jauh di lubuk hati, kadangkala tertanya juga, adakah memang ada orang yang benar-benar gunakan servis membeli-belah bahan makanan secara atas talian? Berbaloikah berbelanja barangan runcit di hujung jari?


Bukankah ini selalunya dilakukan secara terus dengan membeli barangan runcit keperluan rumah dari pasaraya, kedai runcit berhampiran dan pasar? Fikir punya fikir, ternyata servis ini memang ada pengguna setianya yang ramai.


Mungkin kerana dengan adanya servis begini, tugas membeli barangan runcit yang kelihatan kecil ini dapat dihindari. Biasalah, bukannya semua orang suka keluar beli barangan keperluan dapur banyak kali secara berulang-ulang.




Sama seperti membersihkan rumah dan menggosok gigi, tidak kira berapa kali kita cuba menjaga dan mengulanginya, sesetengah orang mula berasa malas. Tidak mahu lagi sibuk lakukan tugasan ini kerana kesibukan masa dengan tugas-tugas lain. Disebabkan itu, apabila timbul servis penghantaran barang runcit dalam talian ini, ada yang menganggapnya sebagai satu idea yang sangat bijak. Genius! 


Pada sesetengah orang yang masih sanggup keluar membeli barangan keperluan dapur sendiri, pasti anggap tugas beli barangan dapur ini tidak menyusahkan. Tetapi untuk segelintir yang lain, tugas ini sangat leceh! Tidak suka bersesak sesak. Tidak gemar perlu habiskan banyak masa di pasaraya untuk mencari barangan runcit yang dah habis dari rak. Disebabkan itu, kita perlu saling menghormati.


Untuk para pengguna servis grocery delivery di dalam Malaysia, pastikan dicuba satu servis penghantaran baru dengan nama Pandamart. Pandamart diuruskan oleh Foodpanda.




Foodpanda Malaysia yang dulu hanya menceburi bidang pesanan dan penghantaran makanan, kini menceburkan diri dalam perniagaan runcit dalam talian dengan perkhidmatan penghantaran barang runcit. 


Pihak Foodpanda turut mengumumkan bahawa Pandamart akan bertindak sebagai perkhidmatan penghantaran atas permintaan, yang menampilkan lebih dari 3,500 barang. 


Senarai kelebihan untuk membeli-belah runcit dalam talian telah berkembang dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Sebelum ini, alasan terbesar untuk membeli-belah dalam talian adalah betapa senang dan mudahnya servis ini.


Pelanggan hanya perlu memilih barang yang dimahukan, kemudian membayarnya dan tidak lama selepas itu, semua barangan yang dipesan akan dihantar ke depan pintu rumah atau di mana-mana lokasi pilihan yang sesuai dengan persetujuaan ke dua belah pihak.


Dengan wujudnya coronavirus, kini alasan untuk memilih membeli-belah runcit dalam talian semakin menjadi-jadi. Mereka yang kurang pendedahan tentang servis pesanan dan penghantaran barang runcit turut sama menggunakannya.


Itu tidak termasuk lagi para pengguna OKU dan mereka yang kurang berinteraksi dengan orang (introvert ). Sekiranya ingin mengambil langkah berjaga-jaga dan ingin menjauhkan diri dan keluarga daripada orang lain, maka tindakan untuk berbelanja barangan runcit dalam talian merupakan salah satu pilihan yang tepat buat masa ini.




Antara barangan keperluan harian yang boleh dipesan secara atas talian ini adalah seperti bahan makanan, produk segar, barang keperluan rumah tangga, produk kecantikan dan ubat-ubatan di kaunter. Sebut saja apa yang habis, boleh buat pesanan melalui website Foodpanda.


Adakah berbelanja runcit dalam talian ini menjimatkan wang?


Jawapan untuk soalan ini adalah ya. 


Mungkin ada yang beranggapan, mana mungkin dapat jimatkan wang sedangkan perlu bayar kos upah penghantaran. Benar, ia kelihatan seperti merugikan kerana terpaksa juga bayar untuk kos penghantaran. Tapi, Ya, apalah sangat nilai kos penghantaran itu jika hendak dibandingkan dengan keletihan diri sendiri.


Katakan perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM5 untuk penghantaran itu tiba di rumah. Berapa pula perlu keluarkan wang jika diri sendiri yang pergi beli. Mungkin lebih dari itu apabila dicampur dengan penat lelah pergi pandu sendiri ke premis tersebut.


Pokoknya, mahu guna servis penghantaran barangan runcit ini ataupun tidak, itu atas pilihan masing-masing. Pokoknya, servis seperti Foodpanda dan Pandamart ini memang patut ada. 


Pada yang tidak biasa mungkin anggap ini semua tak perlu, tapi untuk seseorang yang bersikap optimis, servis begini memang bagus. Andai sakit demam, boleh gunakan servis mereka. Andai rasa tidak punya masa, boleh gunakan servis ini. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !