Anak "Enjoy" Belajar Guna "GAME-BASED LEARNING"!

Farah Waheda Wahid
0

 

Kak Fa nak kongsikan di dalam entri Kak Fa pada kali ini, kalau-kalau, kalau-kalaulah ada ibu bapa di luar sana sedang serabut dan sibuk mencari aplikasi pembelajaran yang tidak membosankan untuk pelajar. Kak Fa faham dan Kak Fa sedar bukan mudah untuk mencari sesuatu aplikasi yang bersesuaian dengan selera pelajar-pelajar sekarang ni. Makanya, sukalah kiranya Kak Fa sarankan kepada anda aplikasi PANDAI! Sebabnya... pihak PANDAI telah menambah fitur terkini iaitu sistem "Gamified Quizzes" di aplikasi PANDAI bagi menarik lebih ramai pelajar untuk belajar dengan lebih seronok lagi! 


APA ITU "GAMIFIED QUIZZES"?




"Gamified Quizzes" adalah merupakan "game" berbentuk kuiz pembelajaran harian mengikut subjek yang lebih menarik dan interaktif. Faham-faham jerlah kan? Generasi sekarang semuanya mahukan sesuatu yang lebih interaktif berbanding kita semua dulu. Untung mereka kan? Tak macam kita dulu. Macam-macam fasiliti, medium dan kemudahan mereka ada. Ha ha ha...Tiba-tiba terfikir, kenapalah sewaktu zaman-zaman Kak Fa dulu tak ada semua ni. Kalau tidak confirm top scorer dah ni. Ecehwah! 

Tujuan utama yang paling penting adalah untuk membantu semua pelajar di luar sana supaya dapat belajar dan mengulangkaji pelajaran dengan menjawab kuiz agar lebih aktif dan menyeronokkan. 



Ok, sekarang ni Kak Fa nak terangkan kepada anda semua tentang fungsi setiap butang di dalam "Gamified Quizzes" di aplikasi PANDAI. 



KUIZ MENGIKUT TAHAP - MOTIVASI PELAJAR UNTUK "UNLOCK" TAHAP BARU


Melalui "Gamified Quizzes" ni, para pelajar bukan sahaja dapat belajar bahkan dapat mencabar diri sendiri dengan menjawab soalan-soalan kuiz mengikut peringkat atau tahap yang disediakan setiap hari. Para pelajar boleh mengumpul markah setiap kuiz dan boleh mengulangkaji dengan jawapan serta penerangan yang lengkap bagi setiap soalan. 


Tapi, suka Kak Fa nak ingatkan semua, "Gamified Quizzes" ini hanya boleh didapati di laman web PANDAI sahaja. Jadi, anda boleh terus ke laman web Pandai di www.pandai.org  ok?  Untuk versi aplikasi, tak lama lagi keluar-lah tu. Sabar sikit jer lagi ok? Tapi itu bukanlah satu masalah pun! Sedangkan Kak Fa sendiri pun lebih memilih untuk Firash gunakan versi laman web di komputer riba ataupun komputer. Skrin-nya lebih besar dan lebih puas melihat untuk belajar. 

Jadi, nak cuba "Gamified Quizzes"? Log masuk ke akaun PANDAI di laman web PANDAI ok? Ingat....

PERCUMA Buat Semua Pengguna PANDAI. Tidak Kira Sama Ada Anda Pengguna PERCUMA Mahupun PREMIUM!


Tetapi, di antara pengguna PERCUMA dan PREMIUM masih ada perbezaannya. Jika nak tahu perbezaannya kepada pengguna ASAS dan juga PREMIUM di dalam "Gamified Quizzes" ini, sila semak apa yang telah Kak Fa senaraikan di bawah:

PANDAI "Basic"

- Terhad kepada lima (5) nyawa. 
- Masa menjawab adalah terhad. 
- Perlu mengikut peringkat / tahap yang disediakan.

PANDAI "Premium"

- Nyawa tidak terhad. 
- Masa menjawab adalah tidak terhad dan bebas. 
- Boleh memilih peringkat / tahap untuk menjawab.


Sebelum Kak Fa terlupa, Kak Fa nak ajak anda untuk "follow" akaun Tik Tok PANDAI! Mereka nak berikan KFC dan juga TeaLive secara PERCUMA! 

Ikuti Mereka dan Menangi Baucar KFC dan TeaLive!



Hadiah Yang Ditawarkan 

📌 KFC Voucher RM15 x1 winner

📌 Tealive Voucher Rm14 x1 winner

📌 Tumblers RM15 x6 winners

📌 Pandai T-shirt x6 winners

 

🤔 Macam mana nak menang? 

1. Follow https://www.tiktok.com/@pandaiofficial on Tiktok

2. Tag 3 friends on the comment section

3. Put hashtag #budakpandai


Aplikasi ini boleh dimuat turun secara PERCUMA dengan menggunakan tablet atau telefon pintar melalui aplikasi Android & IOS.



Atau terus layari ke laman web utama Pandai iaitu www.pandai.org untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut. Dan jangan lupa untuk "FOLLOW", "LIKE" dan "SHARE" di:


FACEBOOK: @pandaiofficial

INSTAGRAM: @pandaiofficial

INGIN MELANGGAN PANDAI PREMIUM: https://www.pandai.org/pricing

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !