Terjejas Disebabkan Pandemik? Jom Kukuhkan Semula Kewangan Dengan Promosi Tahun Baru Cina HONG LEONG BANK BERHAD!

Farah Waheda Wahid
0

Rata-rata rakyat di dalam Malaysia ni diakui sememangnya terjejas dengan kehadiran pandemik Covid-19. Kalau tak banyak sedikit, kalau tak sedikit banyak. Siapa sahaja yang tidak susah hati dengan kesan dari pandemik Covid-19? Semua orang susah hati ok? Cuma bezanya bercerita dengan tidak bercerita sahaja. Paling ketara apabila ianya melibatkan situasi kewangan semasa masing-masing. Ada yang hilang pekerjaan, ada yang mengalami pengurangan gaji, ada yang terpaksa gulung tikar perniagaan masing-masing, ada yang mengalami kerugian...Macam-macam kan? Kalau duduk termenung sahaja pun tak jadi apa juga... Apa kata? Terjejas disebabkan pandemik? Jom kukuhkan semula kewangan dengan promosi Tahun Baru Cina HONG LEONG BANK BERHAD! Menarik juga Kak Fa tengok.



2021 adalah tahun di mana rakyat Malaysia akan terus hidup di dalam realiti baru dan norma baru selagi pandemik Covid-19 tidak terhapus dari muka bumi ini. Gaya hidup baru dan juga transformasi digital yang dialami. Semuanya baru kan? Bila semuanya baru - HONG LEONG BANK BERHAD ("HLB") pun tidak ketinggalan sama ok? HLB telah melancarkan kempen Tahun Baru Cina ("CNY") yang dikenali sebagai 'Renew Together, Prosper Together' dengan objektif untuk memberi sokongan kepada semua rakyat Malaysia di dalam memperbaharui, menyegarkan dan membina semula kewangan yang lebih kuat pada tahun 2021 ini. Kempen Tahun Baru Cina dari HLB ini menampilkan kadar faedah yang menarik dan baru. Peluang simpanan, pulangan tunai yang lumayan untuk e-Ang Pow melalui DuitNow.  



Pada pelancaran secara maya untuk kempen Tahun Baru Cina HLB baru-baru ini, Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkongsi bahawa semangat untuk bersatu mengatasi cabaran adalah lebih mendalam lagi pada Tahun Baru Cina ini. Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai 'Guo Nia' di dalam bahasa Cina, yang bermaksud mengatasi Nian, haiwan yang menyebabkan kemusnahan yang sangat dahsyat pada malam sebelum Tahun Baru Cina. Dikatakan sekumpulan penduduk kampung bekerjasama untuk menghalau Nian. Sejak dari itu, ramai yang akan berkumpul pada malam sebelum Tahun Baru Cina, untuk meraikannya di dalam suasana penuh meriah bagi memastikan Nian tidak kembali. 


Menurut Dominic Fuda:

Kita boleh bandingkan Covid-19 sebagai Nian pada zaman ini. Sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada tahun lalu, ianya telah mencetuskan keadaan yang memerlukan penilaian semula mengenai bagaimana kita meneroka kemungkinan baru untuk menyokong pelanggan kami, bagaimana kita bekerjasama dan saling menyokong dan bagaimana kita berinteraski dan membina hubungan untuk terus beroperasi dengan berkesan. Jika tradisi Tahun Baru Cina mempunyai satu pengajaran yang boleh disampaikan kepada kita semua, ianya adalah bahawa kita sentiasa boleh mengatasi sebarang cabaran jika kita bersatu di dalam minda, semangat, tujuan dan tindakan.


Sebagai Bank komuniti, kami akan terus berkhidmat dan membantu para pelanggan kami melalui pelan bantuan pembayaran kami serta meningkatkan kehidupan masyarakat di sekeliling kita melalui tawaran produk dan perkhidmatan yang membantu kewangan pelanggan. Lebih penting lagi, kami juga akan terus menyokong individu, PKS dan syarikat korporat yang ingin mengukuhkan masa hadapan dan perniagaan, manakala meningkatkan usaha kami di dalam perbankan digital untuk memastikan bahawa pelanggan boleh mengakses perkhidmatan perbankan kami secara lancar di mana-mana sahaja.



Charles Sik, Pengarah Urusan Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB pula berkongsi bahawa dengan pemulihan dan pembinaan semula yang merupakan fokus utama bagi ramai pelanggan dan perniagaan pada tahun ini. 


Adalah perlu diingat bahawa rakyat Malaysia akan terus maju tahun ini dengan minda optimis, tekad dan kesabaran. Kami telah memilih sejumlah tawaran "Ox-picious" untuk membantu semua orang menghidupkan kembali kewangan dan gaya hidup di Tahun Baru Cina ini. Kami juga akan memberikan ganjaran kepada perniagaan yang menggunakan sistem tanpa tunai, sambil memastikan tradisi ang pow terus hidup melalui kaedah digital. Kita 'Memperbahuri Bersama, Kita Sejahtera Bersama'.


Berikut adalah beberapa tawaran HLB CNY 2021 yang boleh dimanfaatkan:


"RENERGIZED YOUR SAVINGS"


Tawaran e-FC Dalam Talian:

  • Pelanggan yang meletakkan FD mereka melalui medium dalam talian dari 11 Februari sehingga 26 Februari 2021 dapat menikmati kadar 2.40% setahun selama 6 bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat. 

Tawaran Deposit:

  • Deposit RM888 pada 28 Februari untuk memperoleh 10 penyertaan bagi membolehkan anda berpeluang memenangi kadar 20.21% setahun (1 Day-Bonus Interest/Profit). 

"RE-ENERGIZE YOUR FINANCES WITH ONLINE PERSONAL LOANS" 

  • Nikmati kadar faedah rata 5% setahun.

"RE-ENERGIZE YOUR FINANCIAL PLANS WITH NEW OPPORTUNITIES"


Tawaran Unit Trust

  • Mulakan rancangan simpanan biasa @ caj jualan 0% ("SC") untuk langganan pertama + 2.5% SC untuk 12 langganan seterusnya. 

Tawaran Insurans

  • Tingkatkan perlindungan anda untuk anda dan juga orang tersayang tahun ini. Daftar untuk Pelan Premium Biasa dan nikmati sehingga 4% setahun kadar FD. 
  • 100 yang pertama mendaftar berpeluang memenangi Set Mangkuk Swarovski bersama Sarang Burung Eu Yan Sang YEN, dengan premium tahunan minimum RM36,000. 

HLISB (TIA-i) (8 Jan - 31 Mac 2021)

  • Nikmati pulangan indikatif sebanyak 2.35% setahun selama 3 bulan dan 2.40% setahun selama 6 bulan. 
  • Setiap RM5,000 di dalam "placement" yang dilakukan anda akan mendapat 1 penyertaan untuk berpeluang memenagi iPad Air. 


"RE-ENERGIZE YOUR LIFESTYLE WITH CREDIT CARDS"


  • Mohon kad kredit baru dan dapatkan pulangan tunai RM950.

"RE-ENERGIZE YOUR BUSINESS WITH SME OFFERS"


  • "Merchant" baru menikmati bayaran 0% untuk transaksi kad debit semasa mendaftar ke terminal POS all-in-one HLB. 
  • Berpeluang untuk memenangi sehingga RM10,000 dengan menyertai pertandingan fotografi "PaySafeLah" HLB. Caranya:
  1. Daftar di halaman promo HLB & terima bungkusan dari HLB.
  2. Hantarkan gambar diri anda yang mendorong pelanggan untuk melakukan transaksi tanpa tunai di media sosial dengan #hlbpaysafelah #mydebitje
  3. Isi borang ringkas di www.hlb.com.my/merchantphotocontest

"RE-ENERGIZE YOUR CNY WITH DUITNOW/E-ANGPOW"

  • Lebih dari RM150,000 untuk direbut di mana 1,050 orang pemenang harian (RM88) dan 75 pemenang hadiah utama (RM888).
  • Untuk setiap transaksi e-ang pow ke 3,088 dalam sehari, 30 orang pelanggan akan memperoleh RM 88 setiap hari dari 25 januari sehingga 28 Februari. 
  • Untuk setiap transaksi e-ang pow ke-20,888 yang dilakukan dalam sehari, 5 pelanggan akan memenangi RM 888 setiap hari dari 12 sehingga 26 Februari. 

Bagi mengetengahkan semangat malaysia yang terus bersinar pada tahun 2021 ini, HLB juga telah melancarkan video 'Nian: The Untold Story' sepertimana yang dipaparkan di bawah: 

 


 

Untuk maklumat lanjut tentang CNY HLB, sila layari: 

https://www.hlb.com.my/en/personal-banking/campaigns/promotions/hlb-cny-2021-promotions.html?icp=hlb-en-home-banner-img-cny2021

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !