[REVIEW & KOD DISKAUN 15%] - Sudio NIO Wireless Earphone

Farah Waheda Wahid
0


Hello there! Sajalah Kak Fa nak beritahu ni... kalau-kalau ada sesiapa yang mencari orang rujukan untuk produk-produk yang dikeluarkan serta dipasarkan oleh Sudio Sweden, salah seorang dari orang yang anda cari tu adalah Kak Fa... Nak kata pakar tu tidaklah. Tapi, Kak Fa adalah salah seorang pengguna produk-produk Sudio semenjak dari tahun 2015. Permulaan Kak Fa adalah Sudio VASA. Pertama kali jadi pengguna - sekali guna jer Kak Fa memang dah terpegun dengan kualiti produk dan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh Sudio VASA. Bila dah jatuh cinta, Kak Fa beralih kepada Sudio NIVA pada tahun 2017. The first ever "wireless earphone" Kak Fa dari Sudio. Sekarang? Dah lama tak ganti "earphone" kan? Kak Fa teruja nak [REVIEW & KOD DISKAUN 15%] - Sudio NIO Wireless Earphone yang baru jer sampai ke tangan Kak Fa dua hari lepas!




Sudio NIO adalah salah satu daripada rangkaian "wireless earphone" keluaran Sudio Sweden dengan harga bajet berbanding rangkaian "wireless earphone" lain yang dikeluarkan oleh Sudio. Harga jualan di atas talian bagi Sudio NIO adalah RM 359.00 tanpa diskaun. Itu tanpa diskaun ya... tetapi! Dengan kod diskaun "BUBBLYNIO" dari Kak Fa, anda akan dapat memiliki Sudio Nio dengan harga yang lebih rendah iaitu RM 305.15 sahaja. Setiap pembelian adalah dengan PENGHANTARAN PERCUMA ANTARABANGSA dan 3 TAHUN WARANTI ANTARABANGSA DENGAN SUDIO SPHERE. 


Berbaloi ke Kak Fa? Bayar sampai tiga ratus lebih untuk sepasang "wireless earphone"? You decide! Tapi sebelum buat decision, baca dulu review dari Kak Fa ni. Then, you decide whether you like to get it or not ok? 



Mirip AirPod

Jika anda perhatikan, "earbud" Sudio NIO adalah mirip kepada Apple Airpod. Mirip tetapi tidak serupa ya? 

Ciri-Ciri Sudio NIO



Didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu hitam, putih, hijau dan "sand". Bekas simpanan Sudio Nio adalah ringkas serta mempunyai penunjuk LED. Jika penunjuk LED pada bekas simpanan berwarna putih, ianya bermaksud ia mempunyai kapasiti bateri lebih daripada 25% dan jika penunjuk LED berwarna jingga, ia bermaksud kapasiti bateri adalah rendah. Penunjuk LED ini juga terdapat pada setiap "earbud". 


Di sebelah kanan bekas simpanan Sudio NIO, terdapat "port" USB jenis C untuk pengecasan semula dan di bahagian bawah bekas simpanan terdapat butang untuk "factory reset". 


Sudio NIO menawarkan 5.5 jam waktu layaran dari tempoh pengecasan selama 1 jam 30 minit dan 20 jam waktu layaran dengan pengecasan penuh. Tak susah nak sambungkan pada gajet - cepat dengan mudah jer "pairing Bluetooth" yang pernah Kak Fa "experience". Serta-merta. 




"Silicone wingtips" membuatkan Sudio Nio ni "grip" erat di dalam bekas simpanan, jadi tak mudahlah jatuh dan tercicir di mana-mana sampai susah payah mencari. Ha ha ha... Ada empat pasang "silicone wingtips" yang diberikan untuk mengikut kesesuaian rongga telinga masing-masing. 





Selesa? Bagi Kak Fa setakat ini, selesa. Pakai untuk jangka waktu yang panjang pun tak ada masalah ok. Tak ada rasa sakit ke apa telinga walaupun Kak Fa bertudung. Sesiapa yang bertudung will do understand sakit yang macam mana Kak Fa maksudkan. 




"Versatile, reliable performance with IPX4 rated ingress protection"... hujan pun tak ada masalahnya nak teruskan pemakaian. Ini yang kita nak kan? Tak adalah bila hujan kelam kabut nak simpan "earbud" sebab takut rosak ke apa. 


Cara Kawalan Sudio NIO

  • Tekan Sekali - "Play" / "Pause".
  • Tekan Dua Kali - Memainkan trek sebelumnya ("earbud" kiri) / trek seterusnya ("earbud" kanan).
  • Tekan Tiga Kali - Mengurangkan bunyi ("earbud" kiri) / meningkatkan bunyi ("earbud" kanan). 
  • Tekan 1 Saat - Untuk menjawab panggilan. 
  • Tekan 2 Saat - Untuk menolak panggilan. 
  • Tekan 3 Saat - Untuk meletakkan panggilan. 

Kualiti Audio

"Surround audio" Sudio NIO ni mantap. Bunyi tu seolah-olah bunyi 3D ok? Ada perbezaan di antara kiri dan kanan dari segi "volume" - padanlah dengan situasi babak filem kalau kita menonton filem. 

Penilaian Keseluruhan Kak Fa

Untuk orang yang berhijab macam Kak Fa - Kak Fa suka dan rasa selesa. Lagipun Sudio NIO ni tak adalah sensitif sangat kalau terkena kain tudung terus "shut the connection" ke apa. Nak buat apa pun mudah. Lasak macam mana pun, masih ok jer untuk Kak Fa. 


Cuma "as someone" yang suka gunakan aplikasi nyanyian karaoke di dalam telefon pintar, Kak Fa rasa Sudio NIO ni kurang sesuai digunakan sebab lontaran suara tu tak berapa jelas untuk hasil nyanyian. Untuk panggilan telefon, mesyuarat maya - tak ada masalah. Memang jelas sejelas-jelasnya. 


Yang Kak Fa suka about "wireless earphone" - tak ada wayar berselirat dan ia memudahkan pergerakan Kak Fa. Pernah jadi tau...Kak Fa memandu, sambil pusing stereng kereta, wayar "earphone" pun ikut sama terbelit. Bahaya kan? Jadi, elok sangatlah Kak Fa gunakan "wireless earphone" seperti Sudio NIO ni ha. 

Macam mana? Dah decide ke belum? Untuk yang nak merasa pakai "wireless earphone" dan nak cari "range" harga bajet - apa yang Kak Fa boleh katakan, ini adalah pilihan terbaik yang anda boleh pertimbangkan. 

Untuk Pembelian Atas Talian Sudio NIO:


Untuk Maklumat Lebih Lanjut:


Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !