PdPR: Anak-Anak Blur Belajar Online? Cuba Cara Ini...

Farah Waheda Wahid
0


“Mommy… Lepas kelas Maths kat Google Classroom tadi, saya nak try buat soalan balik. Tapi macam lost pulak... Mommy tolong check kan jawapan saya boleh?”

“Alamak… Mommy pun tak pasti jawapan dia. Yash buat dulu, nanti Mommy check kat internet” 


Contoh... Tu contoh... Musim pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) ni memang sangat-sangat mencabar buat semua pihak pada waktu dan ketika ini. Bukan setakat pelajar dan para guru sahaja yang terasa dengan anjakan pengajaran dan pembelajaran ini. Malah, ibu bapa pun tidak terkecuali! 


Anak-anak belajar dari rumah dan peranan ibu bapa pada ketika ini sangatlah penting dari segi sokongan dan kerjasama dengan pihak guru di dalam menjayakan sesi PdPR ini. 


Untuk entri Kak Fa kali ini, Kak Fa nak berkongsi satu "tool" di mana para ibu bapa boleh gunakan sebagai inisiatif tambahan untuk anak-anak masing-masing di dalam pembelajaran. Tak lain tak bukan aplikasi PANDAI! 


Apa Yang "Best" Dengan PANDAI Ni?

Sebelum ini... pada tahun 2020, Kak Fa pernah berkongsi melalui entri yang bertajuk Perintah Kawalan Pergerakan : Inginkan Aktiviti Menarik Dengan Anak-Anak? Boleh Cuba Lakukan Cara Ini.... Entri ni Kak Fa cerita tentang aplikasi PANDAI. Tapi bagi yang terlepas tu, Kak Fa suka jer nak kongsikan sekali lagi. 



PANDAI merupakan sebuah platform pembelajaran atas talian yang disediakan mengikuti sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PANDAI juga membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi secara berterusan, memantau prestasi mereka dan mencapai gred yang lebih baik. 


Anda semua boleh melayari www.pandai.org dan dapatkan pelbagai kandungan untuk subjek teras dan elektif seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Sains, Biologi, Fizik, Kimia di dalam bentuk: 


  • Kuiz Harian 
  • Ujian Topikal
  • Kertas Peperiksaan
  • Kertas Sampel
  • Persediaan Pertandingan dan banyak lagi. 

Antara masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak kita semasa ulangkaji:



Selesai! 


Selepas ni anak-anak kita dah tak perlu pening-pening fikir di mana dan siapa yang nak semak jawapan mereka sewaktu ulangkaji. Sebabnya... jawapan dan penerangan yang PANDAI berikan sangat terperinci dan jelas tau! Ada yang disertakan sekali dengan gambarajah pula tu. Memang power! 


Contoh Jawapan Matematik Tambahan Tingkatan 4




Belajar Dari Rumah Pun Boleh Ada Report Card?


“TAK TAHU LAH anak-anak faham ke tak apa diorang belajar! Merisaukan lah!”


Ibu-ibu, bapa-bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar semua, meh sini Kak Fa nak kongsi bahagian yang paling "best" sekali kalau anda melanggan PANDAI PREMIUM. Anda boleh "unlock features premium" di PANDAI. "Features Premium?". Mesti anda nak tahu kan apa yang anda akan dapat bila melanggan PANDAI serendah RM9/sebulan? 


Yang pasti….. TAK RUGI! Jom Kak Fa kongsi kelebihan PANDAI PREMIUM ni! 

  • Mengikuti sukatan mata pelajaran Malaysia. 
  • Akses Soalan Pertandingan Akademik. 
  • Program yang disediakan telah mendapat "endorsement" daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (Kangaroo Math Malaysia, Kancil Science, Beaver Computational dan lain-lain). 
  • 10+ Subjek Pembelajaran. 
  • Ujian Mengikut Topik & Subtopik. 
  • Ujian Percubaan SPM, PT3, UPSR. 
  • Ujian Penilaian Tengah & Akhir Tahun. 
  • Penerangan Jawapan Lengkap 
  • Sistem Yang Interaktif & Menarik. 
  • Sistem Auto Marking. 
  • Dwibahasa. 
  • Kad Laporan / "Report Card" (Result Analysis)

Contoh Kad Laporan Yang Akan Pelajar Terima Apabila Selesai Ulangkaji. "Very Detail and Particular"!






Selepas ni akan jadi lebih mudah untuk kita sebagai ibu bapa untuk kenal pasti di mana kelemahan mereka dan perbaiki lebih lagi! Bukan setakat itu sahaja, anak-anak akan jadi lebih bersemangatlah sebab dah ada kad laporan sendiri! 


Sekolah tutup dan tidak dapat keluarkan kad laporan buat masa ini, tak ada masalah lagi dah! Tahniah PANDAI kerana telah menghasilkan sistem pembelajaran yang dapat membantu para pelajar. 


Menarik bukan aplikasi PANDAI ni? Sebelum ramai yang komen tanya macam mana nak akses PANDAI, Kak Fa tulis siap-siap!


Mudah sahaja, aplikasi ini boleh dimuat turun secara PERCUMA dengan menggunakan tablet atau telefon pintar melalui aplikasi Android & IOS. 



Atau terus layari ke laman web utama Pandai iaitu www.pandai.org untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut. Dan jangan lupa untuk FOLLOW, LIKE dan SHARE di: 


FACEBOOK: @pandaiofficial

INSTAGRAM: @pandaiofficial

INGIN MELANGGAN PANDAI PREMIUM: https://www.pandai.org/pricing

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !