MAGGI® Bersama Rakyat Malaysia Membawa Kegembiraan Tahun Baru Cina Kepada 11 Rumah Jagaan Warga Emas

Farah Waheda Wahid
0



  • MAGGI® membantu sebelas buah rumah jagaan warga emas di Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat sempena Tahun Baru Cina. 
  • Sumbangan untuk kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” akan disalurkan bagi menaik taraf kemudahan tempat tinggal warga emas dan menambahbaik kebajikan mereka secara keseluruhan.



Sambutan Tahun Baru Cina menandakan titik permulaan baharu serta masa untuk mengeratkan semula hubungan dan memupuk semangat saling membantu sesama insan. Dengan hasrat untuk membawa kemeriahan dan kegembiraan serta menyerikan lagi kehidupan warga emas sepanjang musim perayaan, MAGGI® memperkenalkan kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” pada bulan Januari dan Februari di mana kutipan daripada kempen ini akan disalurkan untuk dana kebajikan rumah jagaan warga emas. Dana ini kemudiannya akan digunakan untuk memenuhi keperluan kebajikan sebelas buah rumah jagaan warga emas di seluruh Malaysia. 



Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad berkata,


Dalam tempoh yang mencabar ini, kami mahu membantu memulihkan semula semangat kumpulan yang penting dalam masyarakat iaitu warga emas di rumah-rumah jagaan warga emas yang terjejas akibat sekatan lawatan ke tempat mereka. Tujuan kami melalui kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” MAGGI® ini adalah untuk menyalurkan dana bagi menaik taraf kemudahan di rumah-rumah jagaan warga emas selain menambahbaik kebajikan  mereka secara keseluruhannya. Kami menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan supaya kita dapat membantu menjadikan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini lebih istimewa dan membawa sinar kegembiraan sempena perayaan yang bermakna ini. 




En Yuan Old Folks Home, Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai, Perkampungan Rumah Sejahtera Warga Emas Islam, Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah dan Persatuan Rumah Caring Kajang adalah antara sebelas penerima sumbangan dalam kempen ini. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu menaik taraf dan membaiki kemudahan tempat tinggal warga emas, meningkatkan kebajikan mereka secara keseluruhan dengan menyediakan katil, perabot dan barangan isi rumah. Mereka juga akan menerima bekalan makanan bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan. 



Menurut Stanley Yap, Setiausaha bagi En Yuan Old Folks Home


Masalah yang sering kami hadapi sepanjang pandemik COVID-19 adalah sesetengah penghuni merasa semakin terasing dan kesunyian. Seperti tahun-tahun sebelum ini, mereka menantikan Tahun Baru Cina untuk disambut secara meriah bersama keluarga, rakan dan para pelawat. Dana kami turut terjejas sepanjang tempoh pandemik ini. Dalam keadaan yang mencabar ini, saya merasa amat bersyukur apabila masih ada syarikat-syarikat seperti MAGGI® yang prihatin terhadap keperluan segmen masyarakat yang kurang diberi perhatian ini. Dengan sumbangan yang kami terima, kami akan dapat menganjurkan majlis sambutan yang sederhana bagi para penghuni serta menyampaikan ang pau bagi menceriakan sambutan perayaan kali ini. Sumbangan ini juga akan dapat memastikan kemudahan rumah penjagaan ini kekal terjaga.


“Sumbangan dan dana semakin berkurangan sejak pandemik bermula di negara ini. Kebanyakan penghuni kami menghidapi pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, strok atau kanser dan mereka terlantar di atas katil. Kos penjagaan penghuni yang mengalami sakit yang teruk kini semakin meningkat dan pada masa yang sama kami perlu mendapatkan sumbangan dan dana yang mencukupi. Saya bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh MAGGI® akan dapat membantu kami membaiki kemudahan untuk para penghuni dan memastikan keperluan perubatan mereka dapat dipenuhi,” kata Mohammad Fauzi Ramli, Pengurus Rumah Kebajikan Orang-orang Tua Seri Permai. Rumah kebajikan ini akan turut mendapat manfaat daripada dana kempen Tahun Baru Cina 2021 MAGGI® yang terkumpul. 


Selaras dengan rancangan MAGGI® untuk memenuhi keperluan masyarakat yang kurang bernasib baik, syarikat juga berhasrat untuk memperkasakan rakyat Malaysia di dapur masing-masing dengan menggalakkan mereka memasak hidangan tradisional musim perayaan untuk orang tersayang menerusi kempen ini.


Menurut Geetha

Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia membuatkan orang ramai terasing antara satu sama lain. Inilah masanya untuk memulakan beberapa amalan mudah yang boleh meningkatkan kesejahteraan keluarga mereka. Sepertimana janji MAGGI® untuk membantu pengguna Sajikan Kelainan, kami komited untuk memperkasa dan memberi inspirasi kepada mereka untuk memasak makanan yang enak, seimbang dan sihat di rumah untuk orang tersayang sempena menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi.


Sempena dengan kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai”, MAGGI® turut memperkenalkan tujuh resipi yang “ONG” dan enak, antaranya Sajian Periuk Kemewahan, Sup Hirisan Perut Ikan Istimewa, Sajian Mi Kekayaan, Sajian Sayur Harmoni, Tumisan Udang Ceria, Nasi Ayam Tembikar Tradisi dan Ikan Kerapu Kukus. 


Kempen "Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” anjuran MAGGI® akan berlangsung sehingga 28 Februari 2021 dan menawarkan hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000. Peraduan ini layak disertai oleh rakyat Malaysia di mana sumbangan sebanyak RM0.10 akan disalurkan kepada dana kebajikan rumah jagaan warga emas bagi setiap penyertaan peraduan yang diterima. Rakyat Malaysia boleh menghantar penyertaan peraduan mereka melalui WhatsApp atau melalui pos apabila mereka membuat pembelian mana-mana produk MAGGI®.


Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Sajian Dikongsi, Kebahagiaan Dirai” MAGGI® dan resipi yang baharu, sila layari laman web rasmi MAGGI® di www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/sajian-dikongsi-kebahagiaan-dirai-2021/ dan sentiasa ikuti laman Facebook MAGGI® facebook.com/MaggiMalaysia untuk maklumat terkini.


Tentang MAGGI®

MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited dalam memenuhi segenap keperluan penyedia makanan, menyediakan produk dan idea baharu yang terus kekal menggembirakan dan memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia tentang kebaikan buatan sendiri di rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.maggi.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/MaggiMalaysia


Tentang Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Dengan ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 buah negara di seluruh dunia dan kesemua pekerja kami seramai 291,000 orang komited dalam membantu mencapai tujuan Nestlé untuk merungkai kuasa makanan demi meningkatkan kualiti kehidupan bagi semua, pada hari ini dan untuk generasi akan datang. Matlamat kami didorong oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Sejak tahun 1912, Nestlé dipercayai oleh para pengguna kami menerusi jenama-jenama dan produk kami yang berkualiti.  Kami komited dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat di mana saja kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan integriti Halal.


Ini selaras dengan janji kami dalam memberikan “GOOD FOOD, GOOD LIFE” kepada semua. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana kami telah membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan sihat selama lebih satu abad, sila layari www.nestle.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/Nestle.Malaysia. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !