Samsung Malaysia Electronics mengumumkan pemenang pertandingan ‘Solve for Tomorrow 2020’ yang bermula pada 9 Oktober untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, dengan pasukan A.I.R. dari SMK Seksyen 10 Kota Damansara merangkul hadiah pertama untuk pendekatan inovatif dan proaktif mereka dalam menangani cabaran utama masyarakat Malaysia mengenai alam sekitar. Manakala tempat kedua dimenangi oleh pasukan EUNOIA dari SMK (P) Sri Aman dan ketiga pasukan STEM SRI U dari SMK Sri Utama.
Setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh selama
beberapa minggu, ketiga-tiga finalis tersebut telah mengemukakan idea mereka
melalui pembentangan maya pada 16 Disember 2020 kepada panel hakim. Keupayaan
mereka untuk menghasilkan penyelesaian inovatif merangkumi tema social dan alam
sekitar menggambarkan kemampuan mereka untuk mengadaptasi kaedah Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta menjadi imaginatif dan yakin
dalam membangunkan penyelesaian kepada masalah harian yang dihadapi oleh
masyarakat Malaysia.
Menurut Pengarah Hal Ehwal Korporat, Samsung Malaysia
Electronics, Dato' Roh Jae Yeol, “Kami kagum dengan pemikiran inovatif ‘outside
the box’ yang dipamerkan oleh para peserta. Pelajar-pelajar muda yang luar
biasa ini telah membangunkan penyelesaian bermakna kepada masalah yang dihadapi
oleh masyarakat tempatan. Melalui pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’,
adalah menjadi matlamat kami untuk mempersiapkan generasi hari ini dengan cara
untuk berimaginasi dan menerokai kerjaya dalam bidang STEM.”
Pasukan A.I.R. telah membentangkan penyelesaian mereka berdasarkan tema alam sekitar dan menerima hadiah berupa produk Samsung bernilai sehingga RM16,900 yang akan dianugerahkan kepada sekolah manakala setiap pelajar akan menerima produk Samsung bernilai sehingga RM7,000.
Hadiah tempat kedua dimenangi oleh pasukan EUNOIA yang
berkongsi idea mengenai alam sekitar. Mereka menerima produk Samsung bernilai
sehingga RM13,500 untuk sekolah mereka manakala setiap pelajar membawa pulang
produk Samsung bernilai sehingga RM6,000.
Hadiah ketiga telah dianugerahkan kepada pasukan STEM SRI U yang menghasilkan
idea berdasarkan tema sosial. Pasukan tersebut menerima produk Samsung bernilai
sehingga RM10,000 untuk sekolah mereka manakala pelajar menerima produk Samsung
bernilai sehingga RM5,400 setiap seorang.
Pasukan dinilai oleh panel juri berdasarkan
kebolehlaksanaan idea; kreativiti dan keunikan penyelesaian; penerapan
pengetahuan STEM; keberkesanan pembentangan mereka berdasarkan tema yang
dipilih.
Panel juri terdiri daripada Pengarah Hal Ehwal Korporat,
Samsung Malaysia Electronics, Dato' Roh Jae Yeol; Ketua Pusat STEM Universiti
Malaya, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar; Penolong Naib Canselor (Jaringan
Industri & Masyarakat) Universiti Malaya, Profesor Dr. Rofina Yasmin Othman;
dan Kumpulan Khusus Biodiversiti Akademi Sains Malaysia, Profesor Dato' Dr. Mohamed
Shariff Mohamed Din.
Idea-idea Para Pemenang Pertandingan Samsung ‘Solve For Tomorrow 2020’
Team A.I.R. - SMK Seksyen 10 Kota Damansara
Pasukan A.I.R. yang muncul tempat pertama telah
membangunkan penyelesaian untuk mengesan pencemaran air dan mengelakkan
gangguan bekalan air, kerana gangguan kerap berlaku terutamanya di Lembah
Klang. Oleh kerana kualiti air dipantau secara manual oleh operator bekalan
air, menyebabkan pengesanan lewat sekiranya berlaku sebarang pencemaran. Ia
seterusnya membawa kepada penutupan loji rawatan air. Ini dapat dielakkan
sekiranya operator bekalan air menerima isyarat amaran awal apabila sungai
tercemar melebihi had yang dibenarkan, ini akan membolehkan mereka menutup pam
dan menyelamatkan loji rawatan.
Pada masa ini, sensor yang mengesan kualiti air berada di
dasar sungai yang boleh mengakibatkan kerosakan sensor dari masa ke semasa dan
meningkatkan kos penyelenggaraan. Untuk mengatasinya dan memantau kualiti air
dalam masa nyata, pelajar pasukan A.I.R. membangunkan penyelesaian menggunakan
STEM.
Melalui penyelesaian berasaskan STEM, sensor dapat memantau dan memindahkan data mengenai kualiti air dengan menggunakan aplikasi Internet of Things (IOT) dan memantaunya dalam masa nyata. Inovasi ini akan membolehkan operator air menguruskan bekalan air dengan lebih baik dan meminimumkan isu gangguan bekalan air. Pasukan yang terdiri daripada Hafiy Addin bin Hizamel, Nur Auni Faqihah binti Fakhrurrazi, dan Ayuni Illya binti Azmy dan dibimbing oleh cikgu Puan Noraini binti Mohd Zain.
Team EUNOIA - SMK (P) Sri Aman
Pasukan yang terdiri daripada Ng Xin Ning, Reanya Velaithan dan Nayli Syazwina binti Ezaham di bawah bimbingan guru Puan Bahiyah membangunkan ‘BreatheWall’, dinding hijau untuk kehidupan yang pintar. ‘BreatheWall’ bercirikan cekap ruang yang meningkatkan ketumpatan tumbuhan dalaman, dan mengurangkan pencemaran udara dalaman yang ketara. Ia dilengkapi dengan Light Dependent Resistor (LDR) untuk sistem pencahayaan automatik, sensor kelembapan dan sistem penyiraman automatik. ‘BreatheWall’ menggabungkan pelbagai elemen STEM di samping mengintegrasikan ‘Internet of Things’ (IoT) untuk aplikasi mudah alih bagi tujuan interaksi dan pemantauan. ‘BreatheWall’ direka untuk mengurangkan pencemaran, membersih dan melembapkan; serta mengurangkan suhu persekitaran sambil mengurangkan tahap bunyi bising di tempat-tempat yang sesak.
Team STEM SRI U - SMK Sri Utama
Aplikasi
pengecaman wajah dan pengimbas suhu direka untuk membolehkan pelanggan atau
pengunjung mengimbas wajah mereka dan melengkapkan maklumat yang diperlukan
kali pertama melalui paparan di premis. Maklumat akan direkodkan di dalam data.
Pengimbas suhu pula akan mencatatkan suhu individu melalui wajah mereka. Dengan
cara itu maklumat dan suhu direkodkan. Bagi kunjungan berikutnya, pengunjung
hanya perlu mengimbas wajah mereka. Ini akan membantu mengelakkan sebarang
kontak fizikal dan menangani bilangan kes. Pasukan yang terdiri daripada, Naomi
Tan, Kong She Xuan dan Ong Zhi Qing di bawah bimbingan Puan Suryani Mohayiddin,
menggunakan penyelesaian STEM untuk menghasilkan aplikasi yang boleh membantu
membendung penularan COVID-19.
Dengan
sokongan daripada Pusat STEM Universiti Malaya, pertandingan Samsung ‘Solve for
Tomorrow 2020’ bertujuan merangsang sifat ingin tahu dan memberi inspirasi
kepada pelajar untuk menggunakan kaedah STEM bagi menangani cabaran utama
masyarakat Malaysia – melalui platform unik yang memupuk pemikiran inovatif,
penyelesaian masalah kreatif dan kerja berpasukan. Peserta diberi pilihan untuk
mencadangkan idea mereka dengan memberi tumpuan kepada salah satu daripada
empat tema yang diberikan iaitu isu kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan
sosial.
“Generasi
muda hari ini berurusan dengan teknologi pesat berkembang yang sedang mengubah
dunia. Saya percaya bahawa pertandingan Samsung ‘Solve for Tomorrow’ boleh membantu
dalam mengukuhkan pengetahuan STEM para pelajar serta menggalakkan golongan
muda untuk berfikir secara kreatif, mengenal pasti masalah dan menanganinya
melalui idea-idea baharu untuk membina masa depan yang lebih baik untuk semua.
Idea dan penyelesaian yang kami terima adalah praktikal dan berkesan dalam
menyelesaikan cabaran yang kita hadapi hari ini. Dan saya berharap pertandingan
ini akan terus memupuk inovasi dan pemimpin STEM masa depan di negara kita,” tambah
Ketua Pusat STEM Universiti
Malaya, Ir. Dr. Mas Sahidayana Mohktar.
Untuk info lanjut mengenai ‘Solve for Tomorrow’,
sila layari: www.samsung.com/my/solvefortomorrow/ / http://csr.samsung.com/en/main.do
Tonton sorotan video Samsung Malaysia Solve for
Tomorrow 2020 di sini: https://news.samsung.com/my/innovative-idea-on-environmental-issue-emerged-winner-of-the-samsung-solve-for-tomorrow-competition / Journey Video
Mengenai Samsung Electronics
Samsung memberi inspirasi kepada dunia dan membentuk masa hadapan dengan
teknologi dan idea transformatif. Syarikat ini mentakrifkan semula dunia TV,
telefon pintar, peranti boleh dipakai, tablet, peralatan digital, sistem
rangkaian, memori, sistem LSI, pemutus dan penyelesaian LED. Untuk berita
terkini, sila layari Samsung Newsroom di http://news.samsung.com.
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.