Grand Lexis Port Dickson Sasaran Selepas PKP?

Farah Waheda Wahid
0


Kalaulah…Ini kalau ya… Kalaulah selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini berakhir dan rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri…. Grand Lexis Port Dickson sasaran selepas PKP? Untuk Kak Fa ya. Sebab dah lama sebenarnya bercadang nak ke GrandLexis Port Dickson ni ha. Cadangan tu Kak Fa, yang teringinnya Iman Firash. Macam biasalah…Mak-mak ni memang akan cuba untuk memenuhi keinginan anak sebaiknya selagi termampu gituh!


Tapi tak adalah bila anak bersuara jer terus dapat, bila anak bersuara jer terus dapat. Bab-bab staycation dan tidur hotel ni perlu perancangan yang teliti. Ha ha ha… Terutama dari segi bajet, masa dan kesesuaian. Bukan semua cadangan anak tu perlu dipertimbangkan kan? Perlu dilihat dari pelbagai sudut. Sebab sesuatu tu mungkin indah pada pandangan mata anak dan juga pada pendengaran halwa telinga anak dari kawan-kawan sebaya. Tapi tak semua sesuatu itu indah, ya tak? 


Cuma hasrat hati Firash nak ke Grand Lexis Port Dickson tu mungkin sesuatu yang sememangnya boleh dipertimbangkan oleh Kak Fa sebagai ibu. Sebabnya, Kak Fa sendiri pun dah lama bercadang nak bawa Firash bercuti ke Grand Lexis Port Dickson. Ha ha ha… Adalah dalam 2 -3 tahun hasrat tu tertangguh kot? 


Ok kita cerita angan-angan dulu la ya? Tak salah kan? Sebenarnya sasaran Kak Fa adalah Grand Pool Villa di Grand Lexis Port Dickson. Nak rasa kepuasan tu yang penting. Iyalah nak keluar duit kan? Kenalah sesuatu yang memuaskan hati betul-betul. Kak Fa memang macam ni. Bila nak keluarkan duit atas sesuatu mesti nak kepuasan maksima. Lagipun bukan senang keluarga kecil kami ni nak bercuti-cuti Malaysia ni ha. Ianya adalah satu perkara yang amat-amat jarang berlaku. Jadi bila sekali pergi, kita pergi betul-betul yang memuaskan hati tahap maksima. In Shaa Allah. Ha ha ha… Sebab tu lambat sikit sampai dari orang lain kalau bab-bab bercuti ni, sebabnya nak kena menabung dulu untuk mencapai impian tu. Bukan senang tau kami nak bercuti. Hu hu hu… Yang penting Firash happy. Kak Fa ok jer apa pun. 





Cuba tengok pool di Grand Lexis Port Dickson ni ha…. Inilah dia sasaran utama Firash sebenarnya. Perkara ni lah dia idam-idamkan sangat sebenarnya. Cuma tulah rezeki tu belum kesampaian lagi nak jejak ke sana. Baru rancang nak ke sana dah Malaysia diserang pandemik COVID-19. Sebab tu apa pun perancangan nak ke mana pun, Kak Fa tangguhkan dulu. Kolam macam ni, budak-budak kalau nampak memang tak tahan hatinya kan? 




Untuk diri Kak Fa pula, kepuasan ruang penginapan tu yang Kak Fa nak. Cuba tengok… Spacious ya amat kan Grand Pool Villa ni. Tengok pun dah tentu-tentu boleh agak yang bilik di Grand Lexis Port Dickson ni memang selesa. Memang ya selesa pun. Kak Fa selalu juga tengok di medsos dan juga dengar cerita-cerita dari kawan-kawan yang dah berpeluang ke sana tentang fasiliti dan juga bilik di Grand Lexis Port Dickson. Pendek kata, memang berbaloi kalau nak stay 3 hari 2 malam di sana. Ehhh… tak sabar pula hati ni tiba-tiba. Ha ha ha…Sabar Fa sabar… PKP lagi ni ha… Bawa-bawa bertenang sikit. 


Gila tak teruja? Saiz ruang penginapan adalah 1312 kaki persegi untuk tingkat atas dan 1291 kaki persegi untuk tingkat bawah. Private pool – winning point pemilihan lokasi ini. Dan caj untuk kanak-kanak jer baru RM32.50 semalam seorang. Tentulah teruja.






Besides that, Kak Fa dah survey juga, instead of terperap dalam bilik jer berkubang dalam pool, there’s few outdoor activities yang boleh dilakukan bersama-sama dengan Firash di sana nanti. Kak Fa also planning nak bawa Firash ke Alive 3D Art Gallery, Wild West Cowboy InDoor Theme Park and few other places yang berhampiran dengan lokasi Grand Lexis Port Dickson ni. Pendek kata – before bercuti betul-betul, Kak Fa akan rancang scheduling percutian tu. Hurmm…Maybe juga sebab Kak Fa ni seorang Personal Assistant kot? Sebab tu Kak Fa memang suka sesuatu tu dirancang mengikut scheduling. Bagi Kak Fa dengan cara tu jelah sebenarnya Kak Fa dapat memaksimakan hari-hari sewaktu percutian. Pulun habis-habis dengan sesuatu yang terancang lebih baik dari bidan terjun. Itu Kak Fa. Orang lain tak semestinya macam Kak Fa. Ha ha ha… Kak Fa ni memang tak berapa gemar benda-benda yang bidan terjun. 


Seronok pula berangan ni… Dah tepu sangat kot? Sebab dah lama tak ke mana-mana. Ni cerita-cerita kosong jer lah. Macam anda pula bagaimana? Ada dah ke lokasi yang tersemat atau terbayang-bayang di kotak pemikiran anda? Sebab masing-masing lama dah tak bercuti betul-betul sejak Malaysia dilanda pandemik COVID-19 kan? 


Apa pun… Stay safe ya semua orang. Kita ni masih lagi belum menang lagi. Vaksin COVID-19 pun baru jer mendarat di Malaysia. Even dah ada vaksin COVID-19, kawalan kendiri tetap perkara utama. Betul tak? Itu yang terbaik. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !