Home » , , , , , , , , , » Gigi Kekal Pertama Firash Tumbuh Di Belakang Gigi Susu!

Gigi Kekal Pertama Firash Tumbuh Di Belakang Gigi Susu!


Malam 12 Februari 2021, sewaktu Kak Fa tengah ajar dan pantau Firash buat latihan "grammar" Bahasa Inggeris, tiba-tiba Kak Fa terperasan ada satu benda putih di belakang gigi susu bawah Firash. Ingatkan nasi ke tercicir sewaktu dia kunyah nasi sebelum tu ataupun apa kan? Kak Fa pun cubalah rasa dengan jari telunjuk Kak Fa untuk keluarkan. Ha ha ha... Tapi tiba-tiba rasa keras pula... Gigi kekal pertama Firash tumbuh di belakang gigi susu! Sungguh, memang Kak Fa tak terperasan langsung, lagipun Firash pun tak pernah mengadu sakit ke? Gigi goyang ke apa kan? Jadi memang Kak Fa tak taulah. Bila Kak Fa rasa gigi susu di hadapan gigi kekal tu...Ok dah bergoyang kuat. 



Mommy dulu memang gigi susu dah goyang terus cabut perlahan-lahan dengan benang. Penakut kan? Ikat benang, tarik perlahan-lahan sampai gigi susu tu tercabut sendiri. Ha ha ha... Jadi tak sempatlah nak merasa gigi kekal tumbuh belakang gigi susu tu. Firash jerlah merasa ya? Bila dah tumbuh gigi kekal belakang ni, memang tak boleh biar kan? Kalau tidak nanti kurang handsome pula Firash bila gigi kekal tumbuh senget dan bertindan. Dahlah sememangnya Firash ni concern sangat dengan appearance dia. Ha ha ha...Jenuh nanti nak memujuk kesedihan dia tu bila gigi dia tak cantik. 


Nak Cabut Ke Biarkan?

Kak Fa terus consult dentist Kak Fa dari SH Khoo Dental Surgery. Anak pertama - belum ada pengalaman sebelum ni kan? Jadi kenalah dapatkan khidmat nasihat dari saluran yang betul. Tak tau kena belajar ya tak? Takkan nak berlagak pakar dan pandai pula. Ha ha ha.... Jadilah marilah kita mencari ilmu, kemudian kita kongsikan sama-sama ilmu tu dengan new parents yang lain. Ilmu yang ada dan ilmu yang baik adalah untuk disebarkan dan dikongsi bersama-sama agar dapat mendatangkan manfaat kepada semua yang memerlukan. Betul tak? 


So, Kak Fa pun terus hantar gambar keadaan gigi Firash tu Dr. Ashreen Gill dan Dr. Ashreen advise Kak Fa untuk bawa Firash ke dentist sebab katanya, if it hasn't come out yet, it won't come out. The permanent teeth must eat the root of the baby teeth. If the permanent come out already then the baby tooth cannot come out, got no hope for it to come out on its own. Ha macam tulah kisahnya. jawapan mudah dan ringkas - kena cabut. Ha ha ha... 

5 Keadaan Gigi Susu Perlu Dicabut Oleh Doktor Gigi

Menurut Dr. Mazleen Abdul Rahman di dalam artikel yang dikongsikan di SINI, terdapat 5 keadaan di mana gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi, iaitu: 

  1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi. 
  2. Gigi susu boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah diberikan rawatan beberapa kali oleh doktor gigi. 
  3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya. 
  4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tinggal juga pada usia 8 tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu. 
  5. Sekiranya ibu bapa tidak mampu atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang telah bergoyang. 

Betul Ke Nanti Gigi Jadi Tidak Tersusun? Mitos Tentang Gigi Tidak Tersusun

Please jangan melatah dulu? Dr. Mazleen di dalam artikel yang sama ada menyatakan adalah tidak benar sama sekali sekiranya gigi susu sudah bergoyang dan tidak dicabut dengan segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak bersusun dan bertindan. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur. 

Keturunan

Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh, maka ia tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama. 

Gigi Yang Dicabut Terlalu Awal

Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut. Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat. Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan gigi taring. 

Gigi Susu Yang Tidak Dicabut

Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada banyak keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun. 




Buat masa sekarang dah terselamat dah gigi susu tu tercabut. Ha ha ha... So, Kak Fa keep on suruh Firash tolak dengan lidah ke depan gigi kekal tu ha Dengan harapan ianya akan masuk ke posisi yang sepatutnya. Kak Fa pun sama gak, kekadang duduk-duduk tu sambil-sambil layan movie ke atau study ke tangan Kak Fa ni, perlahan-lahan tolak juga gigi kekal dia tu supaya ke depan. Hopefully, gigi tu akan masuk juga ke lokasi yang sepatutnya. Tak sabar pula nak tengok gigi tu duduk tempat asal. Ha ha ha... 

Terimakasih telah membaca artikel Gigi Kekal Pertama Firash Tumbuh Di Belakang Gigi Susu! . Jangan lupa share ya

Subscribe to receive free email updates:

4 komentar:

  1. Duk terbayang camne nak cabut tu erkkk..
    Anak Sis no dua giginya berlapis Fa.. tapi berlapis normal laa, bukan macam ni tumbun belakang.. eee sheramm nk jumpa doktor GG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. doktor cabut jer sis... sebab gigi susu tu dah bergoyang teruk dah.

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.