#kitajagakita – Kerana sayang sesama insan, kerana tebal rasa prihatin, Kak Fa berkongsi. Kalau Kak Fa jenis yang mementingkan diri sendiri mungkin tak tergerak hati Kak Fa ni nak berkongsi di sini. Perasaan nak berkongsi tu bertambah menebal, bertambah membuak-buak bila mana statistik harian Covid-19 sejak akhir-akhir ni dah mencapai empat digit secara konsisten. Ditambah pula dengan kadar kes kematian yang tinggi di mana dalam tempoh sepuluh hari yang pertama di tahun 2021 adalah sebanyak 80 kes berbanding tahun 2020. Seram tengkuk rasanya. Tak cukup itu bermutasi pula virus korona ni. Jadi kitalah kena jaga kita ya tak? Sebab tu Kak Fa nyatakan setiap isi rumah WAJIB sedia dan guna rangkaian produk GERM KILLER MALAYSIA! Kita lakukan apa yang termampu dan terbaik untuk jaga diri kita dan keluarga kita.
Siapa atau Apa Itu GERM KILLER MALAYSIA?
GK
Disinfectant adalah merupakan jenama rangkaian produk disinfeksi
berasaskan air dengan spektrum luas bactericidal
dan virucidal properties yang
didatangkan di dalam bentuk rangkaian produk yang diformulasikan secara khusus
untuk kegunaan umum mahupun peribadi di mana ianya fungsi utamanya adalah untuk
membersihkan dan disinfeksi permukaan umum atau tangan serta menghapuskan kuman
berbahaya secara efektif.
Setiap
produk GERM KILLER adalah berasaskan air yang diyakini selamat dan tidak
memudaratkan kepada para pengguna. Yang paling utama – produk GERM KILLER
menggunakan campuran sebatian quarternary
ammonium compounds (QUATS) sebagai bahan aktif utamanya. QUATS adalah
merupakan agen kuman yang cepat bertindak dan tidak beracun kepada manusia
ataupun haiwan.
Senarai Produk GERM KILLER MALAYSIA Yang Kak Fa Gunakan?
GK Hand Sanitiser
Faktor
pemilihan GK Hand Sanitiser oleh Kak Fa adalah disebabkan perkara yang Kak Fa
nyatakan di atas dan juga disebabkan ianya mempunyai kebolehan pantas dan mudah
untuk membunuh 99.99999% bakteri di tangan apabila sabun dan air tidak
tersedia. Bebas alkohol – makanya nak guna hari-hari atau kerap memang taka da
masalah dan sangat sesuai.
Lepas
pam petrol kereta, gunakan ATM, selepas penggunaan computer, pegang troli di
pasaraya – memang GK Hand Sanitiser jadi kemestian Kak Fa.
GK Concentrate
Bukan hanya pada pakaian, tetapi juga tuala dapur sebabnya tuala dapur mempunyai kapasiti tinggi untuk mengakibatkan penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Dengan disinfeksi kain oleh GK Concentrate secara jujurnya Kak Fa lebih yakin.
GK Concentrate ni pun sangat-sangat berguna untuk membersihkan barangan permainan Firash yang banyak dalam stor rumah Kak Fa tu. Bila simpan dalam stor tu lama-lama kan berhabuk? Makanya memang sangat perlu dibersihkan. Kalau tidak, as Firash ni sensitif pada habuk, hidung dia akan mula terbersin… Hachoom…Hachoom…bunyinya. Dengan adanya GK Concentrate ianya sangat membantu untuk menghindarkan barangan permainan tu memberikan kesan kepada hidung Firash. Kak Fa pula sebagai ibu, tenanglah nak biarkan Firash main barangan permainan dia walaupun disimpan di dalam stor. Tak adalah risau sangat.
GK Surface
Pengalaman
Firash dijangkiti Influenza
A dulu banyak mengajar dan buatkan Kak Fa doa banyak-banyak agar ia tidak
kembali menjangkiti. Dalam doa – Kak Fa tentunya ambil langkah pencegahan. GK
Surface ni mampu untuk memerangi Influenza A. Untuk makluman – GK Surface
effektif di dalam memerangi gram-negative
bacteria (P.Aeruginosa), gram-positive bacteria (Staph. Aureus), MRSA, HFMD,
H1N1 Influenza A, human coronavirus serta mould & mildew.
Cara
penggunaan pun tak susah, mudah sangat-sangat.
Sekarang
ni pun, Kak Fa jadikan kebiasaan untuk lap permukaan meja kerja Kak Fa di
pejabat sebagai langkah pencegahan.
GK
Surface ni memang star product GERM KILLER MALAYSIA ok? Didatangkan di dalam
dua bentuk iaitu dalam bentuk botol dan juga tissue wipes yang memudahkan untuk
kita bawa ke mana-mana sahaja kita pergi. So it is convenient lah pada Kak Fa.
GK
Surface ni adalah produk disinfeksi yang efektif bagi virus korona dan
direkomendasi oleh pihak NEA Singapore sebagai produk disinfeksi rumah yang
mana jika ada seseorang pesakit COVID-19 yang menjalani kuarantin di rumah, GK
Surface ni boleh digunakan untuk disinfeksi satu rumah.
Untuk
rujukan boleh rujuk pada pautan NEA di SINI.
GK Air
Tolong
ambil tahu dengan lebih terperinci lagi mengenai produk disinfeksi GERM KILLER
MALAYSIA melalui pautan-pautan yang Kak Fa senaraikan di bawah:
Laman
Web Jualan Atas Talian GERM KILLER MALAYSIA
Laman Facebook GERM KILLER MALAYSIA
Laman Instagram GERM KILLER MALAYSIA
Cerita-cerita
juga kan? Tapi Kak Fa ada sedikit hadiah untuk yang setia membaca sehingga ke
akhir entri ini. Sekiranya anda gunakan kod promosi Kak Fa iaitu " GKKAKFA " -
Ada hadiah misteri yang menanti anda. Jadi jangan lupa gunakan kod
promosi yang tersedia upon check out ok?
Jom
GK!
0 komentar:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.