Sana Sini Cerita Tentang KOTAK DYBBUK

Farah Waheda Wahid
2


Penuh timeline di sosial media dengan Prince Meed dan KOTAK DYBBUK. Sana sini cerita tentang KOTAK DYBBUK sehingga menarik perhatian Kak Fa pula nak berkongsi tentang KOTAK DYBBUK. Bila dah lalu di timeline tu kerap sangat - lama-lama Kak Fa pun berminat nak baca sana-sini mengenai kisah Prince Meed yang diganggu oleh entiti itu dan buat deep reading on KOTAK DYBBUK. Bukan kerana obses dengan cerita mistik tetapi just for general knowledge jer. Honestly Kak Fa, tak pernah dengar tentang KOTAK DYBBUK pun sebelum ni. Secara jujur this is my first time. Ha ha ha, terasa ketinggalan belakang betul! Tapi takperlah knowledge tu tak kira cepat atau lambat pun kan?


Siapakah PrinceMeed? 

Mungkin ada yang kenal, mungkin ada yang tidak. Bagi yang tak kenal tu.... 


PrinceMeed ialah seorang YouTuber Malaysia dengan 925,000 +/- orang pengikut dan telah memuatnaik sebanyak 347 video sehingga ke hari ini. Content PrinceMeed mostly majoring and focusing on misteri, unboxing kotak atau barang-barang yang beliau beli dari DarkWeb. Selalu juga bercakap mengenai teori konspirasi seperti Illuminati dan Freemason. 


Apakah Kaitan PrinceMeed dan KOTAK DYBBUK?

 


Nak dijadikan cerita - ada versi mengatakan yang PrinceMeed beli KOTAK DYBBUK tu dari DarkWeb. Ada versi mengatakan yang PrinceMeed beli KOTAK DYBBUk dari eBay. Whichever it is - tujuan utama PrinceMeed beli KOTAK DYBBUK tu adalah kerana content. Bahan untuk YouTube video content beliau. 


Bila dah beli KOTAK DYBBUK ni - tentulah kena ada unboxing kan? Nak kena tunjuk pada viewers apa yang ada dalam KOTAK DYBBUK ni. Baru real orang kata? Masalahnya unboxing tu memang dah unboxing - cuma selepas dari tu PrinceMeed terkena gangguan. Macam-macam cerita if anda ada terbaca. 


Video pertama - PrinceMeed share yang dinding rumahnya menjadi kehijauan semalaman selepas beliau unboxing KOTAK DYBBUK. 


So rentetan dari itu, adalah gangguan demi gangguan yang diterima oleh PrinceMeed di mana akhirnya PrinceMeed pun ambil keputusan untuk buang KOTAK DYBBUK tersebut di Karak. In view akan selamat selepas itu. Nak tengok video-video tu bolehlah terus ke laman YouTube PrinceMeed di SINI. Kalau agak-agak lemah semangat janganlah tengok ya. 


Ni cerita tahun lepas ya. Lepas setahun - gangguan demi gangguan diterima oleh PrinceMeed. Makin lama makin teruk sehinggakan kena dapatkan khidmat perubatan atau perawatan Islam. Latest Kak Fa dapat baca or tonton - katanya PrinceMeed dah sembuh. Lupa pula nak cakap - entiti or jin or whatever yang mengganggu tu katanya bukan Islam ya. Sempatlah Kak Fa tonton sedikit yang mana Ustaz yang mengubat tu siap cakap, faham ke tidak Bahasa Melayu? Ke nak kena speaking. Huuu.... 


KOTAK DYBBUK Ni Apa Sebenarnya?

Secara ringkas sepertimana yang dikongsikan oleh Kupi Kupi Go, KOTAK DYBBUK ni adalah salah satu daripada lima objek sumpahan yang benar-benar wujud. 


Pada tahun 2001, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kevin Mannace membeli sebuah kabinet untuk meletakkan wine dari sebuah pasaran lelong. Apabila beliau membeli kabinet tersebut hampir saban malam Kevin mengalami mimpi buruk. Yang tragisnya, bila beliau mengambil keputusan untuk memberikan kabinet tersebut kepada ibunya, ibunya terkena serangan strok pada hari yang sama. 


Sejak dari hari itu, sesiapa yang memiliki kabinet tersebut akan menerima nasib yang malang. Pemilik terakhir kotak ini dijangkiti oleh penyakit kulit yang sangat kronik. Lagenda menceritakan yang kotak ini disumpah oleh roh yang digelar DYBBUK semasa perang dunia kedua dahulu. Kotak ini, disembunyikan dari pandangan umum dan ia menjadi inspirasi kepada filem seram The Possession. 


Apakah DYBBUK?

Di dalam mitologi Yahudi, sebuah DYBBUK (atau dibbuk) adalah semangat jahat yang dipercayai merupakan jiwa yang hilang dari orang mati. Daripada pergi ke syurga, jiwa itu terperangkap di dalam objek, dan ia akan kekal di sana sehingga seseorang membantu melepaskan semangat.


So - apa pun, the main message here... sekalipun untuk content, sekalipun tinggi rasa ingin tahu sampai tak terkawal and tak terbendung, jangan buat perkara-perkara yang pelik-pelik sangat sampai akhirnya menyusahkan diri sendiri. Moga-moga kita semua dilindungi dari keinginan yang bukan-bukan dan pelik-pelik. Moga-moga juga kita semua tak terjebak kepada perkara-perkara seumpama ini. In Shaa Allah, amin-amin ya rabbal alamin. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. owh, ada jugak hari tu keluar dekat home feed youtube. tapi tak berani bukak, huhu..

    ReplyDelete
  2. As salam Farah. Lama x bw ke sini. Dulu2 selalu gak ke sini.Tahniah sbb masih aktif menulis blog. Happy new year!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !