Rambut Gugur Melampau, Kering serta Kasar? Set Rambut Gugur LAVOO - Tips Dari Kak Fa

Farah Waheda Wahid
1

 



Ini cerita tentang rambut Kak Fa sejak dari zaman mula-mula makan gaji sehinggalah selepas melahirkan Iman Firash. Kisah benar tau bukan kisah tipu-tipu. Boleh tak macam tu? Oklah - Kak Fa terus kepada cerita. Sebenarnya kan - masa mula-mula dapat duit gaji dalam tangan dulu, salah satu perkara pertama yang Kak Fa lakukan untuk diri Kak Fa adalah proses "rebonding" rambut. Bermula dari situ, memang kerap Kak Fa "rebond" dan warnakan rambut. Kira macam proses tu sememangnya berlaku berulang kali. Sampailah Kak Fa melahirkan Firash - rambut Kak Fa semakin hari semakin banyak gugur dan menjadi kasar. Mungkin "the after effect" kesemua proses tu bila dah terlalu keraplah tu kot. Takut ok... Bergumpal-gumpal rambut atas lantai bila sapu dan bila ikat rambut sampai boleh nampak kulit kepala. Seram tak? Mestilah seram. Tapi segalanya seakan berubah bila bertemu jodoh dengan LAVOO. Serius. Kalau anda ada rambut gugur melampau, kering serta kasar? Set rambut gugur LAVOO - Tips dari Kak Fa yang Kak Fa nak kongsikan dalam entri kali ni. 




Kak Fa tak paksa semua orang untuk percaya dan Kak Fa tak paksa semua orang yang mempunyai masalah rambut gugur dan juga kering serta kasar untuk beli produk LAVOO ni. Kak Fa cuma berkongsi something yang efektif dan berkesan serta serasi pada Kak Fa sebab Kak Fa sendiri dah rasakan kesannya. Di luar sana tu, ramai juga yang Kak Fa pernah tau dan pernah terbaca - ada masalah rambut gugur dah lama, dah cuba produk itu, dah cuba produk ini, tapi semuanya tak berhasil. Apa kata? Sebagai cadangan. Sebagai cadangan sahajalah ya. Kot-kotlah boleh diterimapakai, kali ni anda cuba pula set rambut gugur LAVOO? Set lengkap seperti yang tertera di dalam paparan gambar di atas yang Kak Fa kongsi. Set ni dinamakan sebagai sebagai Protein Treatment Series untuk rawatan rambut gugur dan nipis yang terdiri daripada tiga produk iaitu Protein Essence Shampoo (400ml), Protein Complex Serum (60ml) dan juga Protein Collagen Hair Spray (120ml). Bab harga - tak perlu pening dan risau kot, sebab pada Kak Fa ianya mampu bayar. 

Ok - kita pergi kepada satu-satu produk supaya anda lebih jelas dan faham mengenai setiap satu ok? 

Protein Essence Shampoo



Protein Essence Shampoo ni sebaiknya dipakai sebanyak 3 kali seminggu di mana ianya berfungsi untuk menguatkan akar rambut dan menghilangkan kotoran di kulit kepala yang menyebabkan rambut gugur, rosak dan kelemumur. 




Dari segi tekstur - ianya berwarna putih dan ringan. Bau pun sangat harum dan tidak memeningkan kepala. Jika pakai tudung tu - bila buka tudung jer - semerbak wangi ok? Itu membuatkan Kak Fa rasa macam rambut Kak Fa sentiasa bersih jer. Selepas setiap cucian memang rasa segar dan senang nak diuruskan. 

Protein Collagen Hair Spray


Protein Collagen Hair Spray ini adalah untuk dipakai selepas mandi bagi merawat rambut supaya ia kekal lembap, lembut dan bersinar. 



Perbezaan yang Kak Fa rasakan rambut tidak lagi kering, kasar dan tidak kembang. 


Protein Complex Serum



Protein Complex Serum ni adalah untuk dipakai sebanyak 2 kali sehari. Fungsi Protein Complex Serum ini adalah untuk melebatkan rambut semula dan mempercepatkan pertumbuhan anak rambut baru yang kuat serta sihat. 



Tekstur ringan. Bau lembut. Tidak meninggalkan minyak pada tapak tangan setelah dilurut pada rambut which I believe ianya cepat menyerap. 

All in all sebenarnya set rambut gugur LAVOO ni, mengandungi Vitamin E di dalam minyak argan, ekstrak bunga nelumbo nucifera, ekstrak bambusa vulgaris yang menyuburkan rambut dengan lembut, membantu mengembalikan kekuatan rambut yang rosak. 

Ianya adalah selamat untuk rambut yang diwarnakan dan juga untuk rambut yang dirawat secara kimia. Set rambur gugur LAVOO dikatakan menyuburkan kulit kepala untuk memberikan asas yang sempurna supaya rambut sihat dapat tumbuh, protein di dalam set rambut gugur LAVOO mengandungi pelembab dari akar hingga ke hujung, membantu mengurangkan "breakage" dan mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut yang ideal. 

ambut sihat dapat tumbuh, protein ini mengandungi pelembab dari akar hingga hujung, membantu mengurangkan keretakan dan mengekalkan keseimbangan kelembapan rambut anda yang ideal.

Kak Fa dah cuba dan setakat ini ianya serasi dengan Kak Fa. Semakin hari semakin banyak anak rambut yang tumbuh dan sekarang ni kalau ikat rambut pun dah boleh rasa ketebalan macam dulu dah. Cuma Kak Fa tak sabar jer nak tunggu jadi lebat lagi kan. Yerlah baru jer beberapa bulan bermula kan? Tapi perubahan tu Kak Fa dah nampaklah. Sikit demi sedikit anak rambut tumbuh dan dah tak nampak kulit kepala lagi dah bila ikat rambut. Happy me! Sebab tu Kak Fa kongsi, kerana Kak Fa percaya, ramai di luar sana yang memerlukan produk seumpama ini juga. Yang perlukan produk sokongan untuk selesaikan masalah rambut masing-masing. 


Kalau semua tanda-tanda dalam paparan gambar di atas berlaku pada anda - Kak Fa rasa anda dah boleh mula ambil keputusan untuk mula mencuba set rambut gugur LAVOO ni. Tak perlu risau, tak perlu gusar - produk LAVOO adalah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 



Yang dah lama kenal Kak Fa tu tau-tau jerlah kan...Kak Fa ni sebelum nak cerita, sebelum nak guna sendiri memang Kak Fa check semua benda ni. Memang Kak Fa pentingkan kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Tak nak tersalah pakai produk dan memudaratkan diri sendiri. Nak kongsi dengan orang pun nak kena betul-betul juga. Tak nak nanti kemudian hari dipersalahkan. Tapi perlu Kak Fa ingatkan, Kak Fa kongsi yang serasi dengan Kak Fa. Serasi dengan Kak Fa tak bermakna serasi dengan orang lain. Tetapi... Tidak salah mencuba kerana ianya adalah produk selamat yang boleh digunakan tanpa ragu. 

Untuk Pembelian Dan Maklumat Lanjut:


Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !