PKP 2.0: Tarikh Sesi Persekolahan 2021

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari Google


Sejujurnya tak terkejut pun dengan penangguhan atau penundaan sesi persekolahan bagi tahun 2021 ni. Cuma tulah - saban hari sebenarnya ternanti-nanti juga pengumuman rasmi dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga pihak sekolah. Untuk pengumuman rasmi pihak KPM tu tentulah sebab nak tahu tarikh rasmi pembukaan sekolah dan juga sesi pembelajaran secara bersemuka. Untuk sekolah tu - sebenarnya lebih kepada tarikh beli buku sekolah (dah selesai), tarikh bayar yuran sekolah (dah selesai) dan juga tarikh pemulangan serta mengambil buku teks untuk tahun seterusnya. Akhirnya selepas pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 bagi negeri-negeri termasuk negeri Selangor, keluar juga PKP 2.0: Tarikh Sesi Persekolahan 2021 untuk rujukan dan panduan ibu bapa satu Malaysia ni kan? Cuma tu semua Kak Fa rasa *subject to change kot? 


Iyalah sebab kita tak tau lagi PKP kali ni bagaimana. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Bin Abdullah pun dah kata, tempoh PKP 2.0 selama 2 minggu ni sangat penting untuk melandaikan statistik Covid-19 dalam Malaysia ni. Kalau tak landai statistik tu, sebagai mak - memang Kak Fa risau jer nak melepaskan anak ke sekolah. Dia macam tengah-tengah tau. Tak lepas pun tak boleh sebab budak pun dah rindu sekolah, rindu kawan-kawan, rindu nak belajar dalam suasana bilik darjah iaitu pembelajaran secara bersemuka. Kalau dilepaskan pun macam seolah-olah mendedahkan anak kepada risiko yang sangat besar. Dia jadi satu dilema buat mak yang bernama Farah Waheda ni ha. 


Mulalah terfikir - selain face mask, sanitizer... Nak kena buat stock face shields juga untuk Yash ni. Ha ha ha... Jadilah orang bulan pergi sekolah dengan face shields, mask segala bagai. Usia Tahun 2 di mana baru cecah 7 tahun November 2020 tu - masih kecil lagi lah untuk Kak Fa walaupun dah di Darjah 2 secara rasminya 2021 ni kan? Kebiasaannya pattern yang akan berlaku, mula-mula dari rumah sebelum masuk pagar sekolah - lengkap PPE Covid-19 segala bagai. Bila balik dah terbang ke mana-mana entah. Itu yang risau sebenarnya. Memang sebagai seorang mak - hari-hari Kak Fa doa Malaysia ni kembali sihat. In Shaa Allah. Amin-amin ya rabbal alamin. 


Tapi kalau statistik tak jugak landai? Memang ada kemungkinan besar norma baru pembelajaran atas talian diteruskan seterusnya. Iyalah yang berada di Kementerian Pendidikan Malaysia pun akan buat pertimbangan  yang sewajarnya sebab mereka pun ada keluarga, ada anak - memahami situasi yang bagaimana sekarang ini. Mereka pun tak nak wujud kluster-kluster sekolah yang banyak pula juga. Hishhh... Minta dijauhkanlah. 


Makanya, ini yang dapat Kak Fa "ulangkaji" dan kongsi untuk mak ayah tenung puas-puas tentang PKP 2.0: Tarikh Sesi Persekolahan 2021 yang dipetik dari sumber dari laman Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan di SINI:




Rata-rata sebenarnya kalau Kak Fa tengok dari ruangan komen posting tersebut semua rakyat Malaysia yang ada anak ni gundah gulana nak hantar anak-anak ke sekolah ok? Terutama anak-anak yang masih kecil. Antara komen-komen yang menarik perhatian Kak Fa adalah seperti yang tertera di bawah berikut: 


 






Ada pelbagai pandangan, ada pelbagai pendapat. Yang nyata, majoriti risau dengan keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia sekarang. Macam Kak Fa nyatakan tadi, hopefully within these 14 days - harap-harap keadaan menjadi semakin reda dan mampu untuk redakan hati Kak Fa sebagai ibu untuk lepaskan anak ke sekolah dengan perasaan tenang atau bersedia untuk lepaskan anak ke sekolah. Yash pun dah rindu nak pergi sekolah sangat dah ni. Tapi nak buat macam mana kan? Keadaan masih tidak mengizinkan and even sekolah dah buka sekarang ni pun, terus-terang Kak Fa katakan yang Kak Fa berat hati dan mungkin akan jadi salah seorang dari golongan mak ayah yang buat surat pemakluman penangguhan persekolahan anak. Cuma tulah rugilah kan? Bila tiba keadaan dan situasi macam ni, masa ni nampak homeschooling itu sangat memainkan peranan pada waktu dan ketika ini. 


Apa-apa pun, nothing much we could do as parents. Kita tunggu sahaja perkhabaran dan pemakluman yang seterusnya daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia for the next of hala tuju pendidikan anak-anak kita di tahun 2021. Apa pun beritanya - kitalah kena alter ourselves to the new norm and requirements of life. And...apa sekalipun - pembelajaran di rumah tetap perlu diteruskan secara konsisten agar anak-anak tak ketinggalan walaupun Kak Fa rasa juggling itu sangat terkejar-kejar di sana dan di sana. In Shaa Allah, all of us can go through this together. Amin-amin ya rabbal alamin. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !