Menjadi Sungguh Japanese Sweet Potato Gratin & Imo Yokan Kak Fa Dengan JAPANESE SWEET POTATO - Beni Nagomi 極甘 Dari SECAI MARCHE!

Farah Waheda Wahid
1

 

Honest confession – this is the first time ever Kak Fa hasilkan gratin dari sweet potato. All this while… sememangnya Kak Fa gunakan ubi kentang. Kali ni Kak Fa decide nak ubah suai sedikit selepas Kak Fa dapat resipi dari Google iaitu Japanese Sweet Potato Gratin. Nampak macam sedap jer. Jadi kita cubalah kan? Tapi bukan gratin semata-mata, Kak Fa selitkan juga dengan Imo Yokan iaitu Japanese Jelly. Bahan utama yang Kak Fa gunakan adalah Japanese Sweet Potato. Happy me…bila menjadi sungguh Japanese Sweet Potato Gratin & Imo Yokan Kak Fa dengan sweet potato dari Secai Marche! Sebabnya – Japanese Sweet Potato yang Kak Fa dapat dari Secai Marche semuanya helok! Berkualiti tinggi dan semestinya sedap…


Tapi elok jugalah tu… Sebab Japanese Sweet Potato atau Beni Nagomi 極甘 ni sebenarnya memang banyak manfaat. Sambil-sambil tu boleh jugalah Kak Fa cuba-cuba nak turunkan berat badan yang sedia berat ni kan? Sebab Kak Fa ada terbaca juga yang sebenarnya Japanese Sweet Potato ni kalau nak kurus cubalah amalkan. Ihiks! Dengan harapan lepas ni kurus. Wakakakaka…. 




Kenapa Kak Fa Decide Untuk Dapatkan Japanese Sweet Potato dari Secai Marche?

Kak Fa punya alasan Kak Fa yang tersendiri. Beni Nagomi 甘, yang merupakan varian ubi keledek Jepun ini, adalah ditanam di kawasan Ibaraki, Jepun di mana ianya dianggap sebagai salah satu Yakiimo (ubi keledek panggang) paling sedap dan manis. 


Ubi keledek ini ditanam di sebuah gudang bersuhu khas selama lebih dari 3 bulan sebelum ianya dipanggang dengan sangat teliti di dalam ketuhar inframerah untuk mengoptimumkan rasa dan kemanisan Yakiimo. Yang terbaiknya – tidak ada sebarang bahan tambahan tiruan di dalam kesemua ubi keledek ini. 


Semua Orang Patut Gunakan Japanese Sweet Potato Sebab…

Sebab… Ada banyak manfaat dan kebaikan pada manusia! 




Mungkin ada yang sememangnya sudah tahu tentang manfaat serta kebaikan Japanese Sweet Potato tetapi mungkin juga ada yang terlepas pandang. Jadi tak salah rasanya jika Kak Fa kongsikan serba sedikit manfaat serta kebaikan Japanese Sweet Potato pada anda semua:


  • Ianya adalah merupakan sumber vitamin dan mineral yang baik, terutamanya Vitamin A di dalam bentuk mentah dan setelah dimasak terdapat perubahan kecil di dalam kepadatan mikronutrien yang menghadirkan juga vitamin C yang lebih tinggi.
  • Sumber protein berkualiti tinggi tanpa lemak tepu.
  • Sumber karbohidrat komplek untuk membantu menyihatkan badan.
  • Mempunyai kandungan pati yang tinggi tetapi ia dianggap makanan Indeks Glisemik rendah oleh American Diabetes Association – maka ini menjadikan ia sebagai pilihan makanan yang sihat untuk pesakit kencing manis.
  • Satu ubi keledek jepun menawarkan 4.6 gram serat makanan yang merupakan peneraju utama di dalam menjaga kesihatan sistem pencernaan manusia. 

Resipi Japanese Sweet Potato Gratin



Cara penyediaan Japanese Sweet Potato Gratin ni sebenarnya mudah sangat-sangat. Tak remeh mana pun… 



Bahan mudah cari kan? Cara penyediaan? Boleh rujuk video yang telah Kak Fa sediakan di bawah:


 

Resipi Imo Yokan (Japanese Jelly)



Ini paling mudah, paling cepat and no hassle. Berkhasiat pun ya. Bahan-bahan adalah seperti yang di bawah berikut:




Sekejap jer nak sediakan, tak ambil masa lama pun. 


  1. Rebus Japanese Sweet Potato sehingga lembut dan kemudian lenyekkan sehingga betul-betul hancur.
  2. Masak agar-agar yang dicampur dengan gula sehingga mendidih dan kemudian masukkan Japanese Sweet Potato yang telah dilenyekkan tadi, gaul sebati. Biarkan mendidih.
  3. Tuang ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais.
  4. Setelah sejuk ianya telah sedia untuk dihidangkan. 

Mudahkan? Kak Fa kongsi resipi yang mudah-mudah jer. And… Untuk Japanese Sweet Potato yang terbaik dan berkualiti, ini Kak Fa nak kongsi ni sebab sekarang ni sedang berlangsung promosi tau. 


Promosi Japanese Sweet Potato dan Yakiimo Beni Nagomi


Harga promosi khas boleh didapati di kedai-kedai di bawah dari 15 Jan - 28 Feb 2021:

Jaya Grocer (Starling, Intermark 163, Pearl Point, Sunway Geo, Centrepoint, Main Place,
One Utama), De Market, AEON Max Value (Desa Parkcity, Bangsar, United Point) 
dan AEON B.I.G. (Mid Valley, Wangsa Maju, Subang Jaya, Jaya One, Kepong, Bukit Rimau)

Dan otongan 10% untuk semua pembelian dalam talian:

Promosi Tambahan Khas - 

Putar & Menang Lebih Banyak Hadiah di Kedai dan Pada Hari Terpilih:

Jaya Main Grocer Main Place:

Setiap Sabtu & Ahad dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, hingga akhir Februari 2021.

Jaya Grocer Sunway Geo:

setiap Isnin, Jumat & Minggu dari 10 pagi hingga 6 petang, hingga akhir Februari 2021.


Untuk Maklumat Lanjut:

Laman Web Pembelian Atas Talian Secai Marche

Laman Instagram Secai Marche

Laman Facebook Secai Marche

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !