Lapisan Kategori Pesakit Covid-19 Yang Anda Perlu Ambil Tahu

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dipetik dari sumber di SINI


Ini kali kedua ok? Kali kedua... Rakyat Malaysia terpaksa tempuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi sesetengah negeri di Malaysia ni. Persoalannya sampai bila kita nak macam ni? Betul virus korona ni di luar kawalan kita. Bukan yang kita minta. Kita pun kalau boleh tak nak kan? Tapi... as a whole sebenarnya penularan ni pun berpunca dari kita semua juga. Yang tak kisah dengan SOP, yang tak boleh nak tahan keinginan daripada melihat lebih jauh kepada impak jangkamasa panjang. Haihlahhh.... Nak bebel panjang-panjang pun nanti mengundang kecaman jer kan...Baik Kak Fa straight to the point on sharing hari ni. Informasi tentang lapisan kategori pesakit Covid-19 yang anda perlu ambil tahu yang Kak Fa petik dari sumber di SINI


Index Case

Index Case adalah kes yang didapati sahih positif melalui ujian swab kerongkong (secara tepatnya RT-PCR). 

  • Index Case (IC) diwajibkan masuk hospital COVID-19 untuk rawatan minima 14 hari. 
  • Dibenarkan keluar hanya keputusan negatif. 
  • Kontak Rapat individu yang berkenaan akan diarahkan menjalani saringan. 

Person Under Investigation (PUI)

Adalah Kontak Rapat kepada Index Case. PUI ini adalah merupakan lapisan satu. 
  • Maksud Kontak Rapat adalah yang pernah bersosial atau berprogram dengan Index Case melebihi 15 minit, lebih-lebih lagi di kawasan yang tertutup. 
  • Duduk serumah atau sepejabat dalam ruang waktu yang munasabah. 
  • Duduk bersama dengan Index Case dalam jarak yang rapat. 
  • Bersentuhan fizikal dengan Index Case. 
  • Petugas kesihatan yang menguruskan Index Case tanpa memakai alat perlindungan. 

Apa yang PUI kena lakukan? 
  • PUI diwajibkan jalani ujian saringan COVID-19. 
  • Jika keputusan positif: Status bertukar menjadi Index Case. 
  • Jika keputusan negatif: Hendaklah kuarantin di rumah selama minima 14 hari. Ujian saringan akan dibuat secara berkala mengikut keperluan. 
  • Jika bergejala dalam tempoh tersebut wajib dikuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan.
  • Pohon jujur dengan istilah kuarantin di rumah. Jangan ke sana ke sini dan ikut arahan kuarantin dari pejabat kesihatan. 
  • Program atau mesyuarat maya boleh dijalankan, COVID-19 tidak berjangkit melalui Internet.

Person Closed Contact PUI

Adalah individu lapisan kedua. Di mana beliau tidak pernah bersua dengan Index Case tetapi berhubung rapat dengan PUI. 
  • Selagi PUI berkeputusan negatif beliau tetap menjadi lapisan kedua. 
  • Jika PUI positif, beliau akan bertukar status PUI pula. 

Apa Person Closed Contact perlu lakukan?
  • Jangan panik. Duduk bertenang. Jangan kepoh chi! 
  • Tunggu keputusan ujian dari lapisan satu - PUI. Selagi keputusan tidak keluar, lakukan kuarantin kendiri di rumah. Biasanya keputusan keluar dalam tempoh 48 - 72 jam. 
  • Jika PUI positif, beliau wajib jalani swab kerongkong. 
  • Jika PUI negatif, beliau bebas! Tetapi senantiasa kena selalu beringat. Kalau bergejala sila tampil ke klinik untuk saringan. 

Lapisan Ketiga

Individu yang tiada kena mengena dengan mana-mana lapisan di atas. 
  • Jangan panik. 
  • Hidup seperti biasa di dalam norma baru. 
  • Patuhi SOP. 
  • Beri nasihat yang baik-baik. Jangan kutuk orang. Nasib dan rezeki setiap kita berbeza-beza. 

Semoga bermanfaatlah untuk semua dan jaga diri baik-baik semua ok? #kitajagakita please? Takkan kita nak ulang-ulang duduk dalam cycle ni lagi? Mula dengan PKP, kemudian PKPB, kemudian PKPP, kemudian PKPB balik, akhir sekali berbalik semual PKP. Sampai bila nak berpusing-pusing macam ni. Korban sedikit keseronokan atau keinginan seketika untuk semua rakyat Malaysia. Masing-masing dah besar dan dah cukup dewasa untuk berfikir secara matang kan? Sama-samalah kita berganding bahu dalam peperangan yang dah setahun lebih ni... Semoga Malaysia sihat semula dan kita semua dapat menjalani kehidupan seperti dulu. Semua orang inginkan itu kan? Tiada siapa yang nak terkurung dengan Covid-19 selamanya. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !