Kos Perbelanjaan Sesi Persekolahan 2021 Bagi Tahun Dua

Farah Waheda Wahid
1


Sebenarnya-kan... Pada peringkat permulaan tu memang dalam dilema. Sama ada nak buat persiapan persekolahan ke tidak untuk ke Tahun Dua ni. Iyalah...keadaan pun tak menentu lagi kan? Ya ke? Tak ya ke? Sekolah dibuka semula pada 21 Januari 2021? Memandangkan keadaan sekarang ni seolah-olah tak berapa nak cantik sangat pun kalau menghurung budak-budak ke sekolah kan? Budak-budak, faham-faham jerlah. Nak-nak lagi yang berada pada Tahap Satu. Depan parents helok ikut SOP. Jumpa kawan-kawan hilang segala. Lupa segala. Tapi kan... takkan pulak nak biarkan tak buat preparation untuk Tahun Dua kan? Learning is a continuous process. Even if sesi persekolahan ditunda pun - online learning pasti berjalan juga ni kan? So there I was today - cuti  khusus semata nak menyelesaikan segala kos perbelanjaan sesi persekolahan 2021 bagi Tahun Dua untuk Iman Firash. Lega juga sebenarnya bila dah selesai. Now tinggal fokus bila pembelajaran Tahun Dua nak start ajer. 


Sejujurnya untuk Tahun Dua ni perbelanjaan persekolahan memang sangat jauh berbeza dengan sewaktu mula-mula Firash nak mulakan Tahun Satu dulu. Banyak item yang Kak Fa tak beli pun untuk Firash di 2021 ni. Sebab banyak lagi yang masih elok dan tak terjejas. It is not because of MCO, CMCO or sebab sekolah tiga bulan jer or what... Tapi memang sedari tadika lagi - Firash school expenses akan banyak pada peringkat permulaan and gradually decrease bila semakin meningkat usia. Mungkin juga sebab Kak Fa suka beli a size bigger dan mungkin juga si pemakai ni memang OCD kan... Tu yang boleh jadi kombinasi padu dan misi berjimat-cermat tercapai tu. Ha ha ha... Macam Mommy dia dulu masa sekolah. Selagi boleh pakai dan tak perlu diganti, kita lenjan pakai. Bila tengah-tengah tahun dah singkat ke, koyak ke apa ke - baru kita ganti yang baru. 

Macam beg sekolah, pencil case, bento box, stationeries (pembaris, pemadam, pensel warna) dan pakaian seragam sekolah, Kak Fa tak perlu beli pun this year. Semua masih elok lagi. Beg sekolah tu tengah tahun selepas PKP hari tu baru berganti setelah koyak di sekolah. Jadi memang tak ada keperluan pun nak gantikan dengan baru or acah-acah Firash nak bergaya dengan beg sekolah baru. Kak Fa ajar dia macam Kak Fa sekolah dulu. Selagi ok, selagi elok - pakai! Baju sekolah pun sama. Singlet sekolah tak perlu berganti. Cuma seluar sekolah tu Kak Fa kena buka jahitan bawah tu supaya tak nampak senteng jer. Tahun lepas Kak Fa lipatkan dan jahit sebab panjang sangat.  


Basically, perbelanjaan Kak Fa adalah pada kasut sekolah, buku latihan dan yuran sekolah seperti yang Kak Fa sediakan di bawah: 









Itu ajerlah yang Kak Fa spend untuk persediaan persekolahan Firash bagi Tahun Dua ni. Banyak item yang Kak Fa tak beli pun. Pakai apa yang ada jer. Sesi persekolahan pada tahun 2021 ni pun tak tau macam mana lagi kan? Bila sekolah buka? Berapa lama sekolah selepas tu berkurung dalam rumah semula? It's all beyond expectation and estimation. Keadaan masih tak menentu. Rasanya tu jerlah expenses untuk Tahun Dua bagi Firash. Ada tak ada pun nanti, Kak Fa mungkin akan tambah bajet sedikit belikan face shields untuk Firash. Stok mask, sanitizer dan wet tissue masih ada di rumah. Sebab memang standby. 

Pembalut buku jenama Lator dan juga BeReady tu semua disebabkan terpengaruh dengan Nana Mahazan last year. Ha ha ha... Tapi sungguh, memang kerja-kerja membalut buku sekejap dan mudah jer. Tak perlu nak ukur elok-elok, gunting elok-elok, pita pelekat elok-elok bagai. Main sarung-sarung dan lekat-lekat jer. Ada pun guna gunting sikit jer. Pelekat nama dan nama kelas tu, Kak Fa belum proses lagi. Pelekat dah ada, Kak Fa belum taip, cetak, gunting dan tampal jer lagi. Tengoklah dalam sehari dua ni kan... Ha ha ha... Berkobar-kobar sebab Kak Fa suka kerja-kerja macam ni. 

Lega jugalah bila dah selesai. Bak kata orang tak adalah beria sangat nak buat persiapan itu ini. Ala kadar saja sudah. Yang penting - Malaysia mesti sihat kembali. Baru tenang hati mak ni nak lepas anak ke sekolah oiii... Kalau tak tu -dup dap dup dap jer. 

Untuk perbelanjaan persiapan persekolahan Tahun Satu - kalau setakat nak jadikan benchmark atau panduan bolehlah rujuk entri Kak Fa di SINI ya? 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Banyak juga kosnya.
    Tu tak termasuk lagi kos pakaian seragam, pakaian sukan/PJ, tambang dsb.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !