Untuk yang sangat cerewet dan susah buat keputusan nak membeli rumah – anda patut baca entri Kak Fa kali ini. Sebabnya, Kak Fa ni pun sama. Tergolong di dalam golongan yang sangat cerewet dan susah nak buat keputusan bab-bab beli membeli rumah ni ha. Tapi! Entri ni Kak Fa nak beritahu – kesemua ciri rumah impian Kak Fa ada pada HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan! Kenapa HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan? Kenalah baca. Kalau tak baca mana nak tau kan?
Lokasi HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan
Lokasi Tiara
Sendayan ni betul-betul bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan, Seremban.
Keluasan Tiara Sendayan adalah seluas 295 ekar yang dibahagikan kepada
sembilan presint termasuk premis
komersial. Tiara Sendayan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan,
Lebuh Raya Seremban – Port Dickson dan KLIA Linkage.
Kenapa Kak Fa Nyatakan Bahawa Kesemua Ciri Ideal Rumah Impian Kak Fa Ada Pada HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan?
Dah bagi kenyataan macam tu… Mesti ada sebab kan kenapa? Selain daripada faktor lokasi. Dah tentu-tentu harga yang berpatutan berdasarkan pasaran masa kini menjadi keutamaan Kak Fa. Itu satu. Ada lagi… Kalau dah suka tu tentulah ada senarai yang panjang untuk sebab kan?
Kalau anda
seperti Kak Fa – mencari rumah idaman dengan persekitaran kondusif untuk
anak-anak membesar dan selesa untuk didiami sehingga berusia matang. Ha ha
ha…Ciri-ciri ideal rumah impian tentulah nak yang bertanah, lengkap dengan
fasiliti dan kemudahan moden untuk gaya hidup seharian dan dalam masa yang sama
menawarkan persekitaran yang tenang, damai serta terasing daripada kesibukan
kota. Bila dah makin meningkat usia ni – tak larat nak tengok huru-hara
kesibukan kota sangat ya tak? Nak tenang-tenang ajer. Haaa…sebab tulah Kak Fa
kata HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan ni ideal.
HESSA, Presint
7, Tiara Sendayan ni adalah rumah teres dua tingkat dan mempunyai hanya 254
unit sahaja. Tak lebih tak kurang. Siapa cepat dia dapat ok? Kalau lambat, jangan
kata Kak Fa tak beritahu awal-awal. Harga bermula dari RM485,999 dan ianya
adalah hartanah pegangan bebas.
Selain itu, yang menarik di Tiara Sendayan yang mengamit perhatian Kak Fa adalah di mana ianya mempunyai:
Elemen Hijau
Untuk makluman dan juga untuk pengetahuan semua orang
yang membaca entri Kak Fa ni, ciri ekslusif Tiara Sendayan ialah elemen hijau
yang diterapkan oleh pihak pemaju. Di Tiara Sendayan terdapat Central Park yang
berkeluasan 12 ekar.
Fasiliti Riadah
Ada gelanggang
futsal, gelanggang bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, trek jogging
serta rumah pokok. Kalau budak-budak nampak rumah pokok ni, pasti teruja kan?
Banyak Fasiliti Utama Yang Berhampiran
Bab beli-belah
tak perlu risau sebab memang berhampiran dengan Mydin Seremban 2, AEON Seremban
2, Tesco Seremban 2, Seremban Gateway, Palm Mall, NSK Trade City, AEON Nilai,
Mitsui Outlet Park, Nilai 3 dan KLIA Gateway. Pilih jer mana satu nak.
Dah lama sebenarnya Kak Fa dok perhati dok tengok Tiara Sendayan ni. Tapi baru sekarang rasa membuak-buak nak mempertimbangkan. Kalau ikut-ikutkan rekod penjualan hartanah di Tiara Sendayan ni – memang macam pisang goreng panas semenjak ianya dilancarkan. Lancar jer habis, lancar jer habis. Terkini, HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan pula yang telah dilancarkan. Makanya sesiapa yang berhajat tu elok cepat-cepat uruskan urusan pembelian ok?
Sesiapa yang
berminat boleh segera menghubungi 1800-88-2688 atau melayari laman web www.tiarasendayan.com. Jangan tunggu
lama-lama sangat nak buat keputusan, nanti dah habis terjual baru nak rasa rugi
dan menyesal.
Untuk keterangan lanjut, boleh layari:
Facebook Page:
https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram:
https://www.instagram.com/matrix_concepts
#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship #AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving
ok sis boleh beli dah tu.. cantik sangat kawasan persekitaran kat situ.. hijau dan tenang & aman jer kan.. takder kesibukkan kota org kata
ReplyDeleteWahhh Kak Fa dah eyeing property nie ya.....boleh lah nanti ajak kami ke house warming ya....
ReplyDeleteJom tambah pelaburan hartanah jom!
ReplyDeletePastu nanti boleh jogging sesama hahaha