Kesemua Ciri Ideal Rumah Impian Kak Fa Ada Pada HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan!

Farah Waheda Wahid
3


Untuk yang sangat cerewet dan susah buat keputusan nak membeli rumah – anda patut baca entri Kak Fa kali ini. Sebabnya, Kak Fa ni pun sama. Tergolong di dalam golongan yang sangat cerewet dan susah nak buat keputusan bab-bab beli membeli rumah ni ha. Tapi! Entri ni Kak Fa nak beritahu – kesemua ciri rumah impian Kak Fa ada pada HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan! Kenapa HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan? Kenalah baca. Kalau tak baca mana nak tau kan?


Lokasi HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan


Lokasi Tiara Sendayan ni betul-betul bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan, Seremban. Keluasan Tiara Sendayan adalah seluas 295 ekar yang dibahagikan kepada sembilan  presint termasuk premis komersial. Tiara Sendayan mudah diakses menerusi Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Seremban – Port Dickson dan KLIA Linkage. 


Kenapa Kak Fa Nyatakan Bahawa Kesemua Ciri Ideal Rumah Impian Kak Fa Ada Pada HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan? 

Dah bagi kenyataan macam tu… Mesti ada sebab kan kenapa? Selain daripada faktor lokasi. Dah tentu-tentu harga yang berpatutan berdasarkan pasaran masa kini menjadi keutamaan Kak Fa. Itu satu. Ada lagi… Kalau dah suka tu tentulah ada senarai yang panjang untuk sebab kan? 



Kalau anda seperti Kak Fa – mencari rumah idaman dengan persekitaran kondusif untuk anak-anak membesar dan selesa untuk didiami sehingga berusia matang. Ha ha ha…Ciri-ciri ideal rumah impian tentulah nak yang bertanah, lengkap dengan fasiliti dan kemudahan moden untuk gaya hidup seharian dan dalam masa yang sama menawarkan persekitaran yang tenang, damai serta terasing daripada kesibukan kota. Bila dah makin meningkat usia ni – tak larat nak tengok huru-hara kesibukan kota sangat ya tak? Nak tenang-tenang ajer. Haaa…sebab tulah Kak Fa kata HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan ni ideal. 


HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan ni adalah rumah teres dua tingkat dan mempunyai hanya 254 unit sahaja. Tak lebih tak kurang. Siapa cepat dia dapat ok? Kalau lambat, jangan kata Kak Fa tak beritahu awal-awal. Harga bermula dari RM485,999 dan ianya adalah hartanah pegangan bebas. 


Selain itu, yang menarik di Tiara Sendayan yang mengamit perhatian Kak Fa adalah di mana ianya mempunyai:


Elemen Hijau


Untuk makluman dan juga untuk pengetahuan semua orang yang membaca entri Kak Fa ni, ciri ekslusif Tiara Sendayan ialah elemen hijau yang diterapkan oleh pihak pemaju. Di Tiara Sendayan terdapat Central Park yang berkeluasan 12 ekar


Fasiliti Riadah

Ada gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, taman permainan kanak-kanak, trek jogging serta rumah pokok. Kalau budak-budak nampak rumah pokok ni, pasti teruja kan?


Banyak Fasiliti Utama Yang Berhampiran



Disebabkan kedudukan Tiara Sendayan ni betul-betul bersebelahan dengan Bandar Sri Sendayan – penduduk Tiara Sendayan mempunyai akses kepada pelbagai macam fasiliti utama yang berhampiran seperti d’Tempat Country Club, Sekolah Kebangsaan Sendayan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sendayan, Klinik Kesihatan Sendayan serta Masjid Sri Sendayan yang berada pada jarak 7 kilometer atau kurang.

Bab beli-belah tak perlu risau sebab memang berhampiran dengan Mydin Seremban 2, AEON Seremban 2, Tesco Seremban 2, Seremban Gateway, Palm Mall, NSK Trade City, AEON Nilai, Mitsui Outlet Park, Nilai 3 dan KLIA Gateway. Pilih jer mana satu nak. 


Dah lama sebenarnya Kak Fa dok perhati dok tengok Tiara Sendayan ni. Tapi baru sekarang rasa membuak-buak nak mempertimbangkan. Kalau ikut-ikutkan rekod penjualan hartanah di Tiara Sendayan ni – memang macam pisang goreng panas semenjak ianya dilancarkan. Lancar jer habis, lancar jer habis. Terkini, HESSA, Presint 7, Tiara Sendayan pula yang telah dilancarkan. Makanya sesiapa yang berhajat tu elok cepat-cepat uruskan urusan pembelian ok?



Sesiapa yang berminat boleh segera menghubungi 1800-88-2688 atau melayari laman web www.tiarasendayan.com. Jangan tunggu lama-lama sangat nak buat keputusan, nanti dah habis terjual baru nak rasa rugi dan menyesal.


Untuk keterangan lanjut, boleh layari:

Facebook Page: 

https://www.facebook.com/matrixconceptshomes

Instagram: 

https://www.instagram.com/matrix_concepts


#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship  #AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ok sis boleh beli dah tu.. cantik sangat kawasan persekitaran kat situ.. hijau dan tenang & aman jer kan.. takder kesibukkan kota org kata

    ReplyDelete
  2. Wahhh Kak Fa dah eyeing property nie ya.....boleh lah nanti ajak kami ke house warming ya....

    ReplyDelete
  3. Jom tambah pelaburan hartanah jom!
    Pastu nanti boleh jogging sesama hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !