Good Complexion, Good Eyesight & Rosy Cheeks Hanya Dengan Ecolite Boostick!

Farah Waheda Wahid
2



Mengikut perkiraan tepat-tepat, usia Kak Fa adalah 38 tahun 1 bulan 24 hari... Ha ha ha... Mengikut tahun pula, di tahun 2021 ni usia Kak Fa adalah 39 tahun. Age is just a number kan? After all: for as long as you're young at heart, and ready to grow and embrace new experiences, years will pass by but they won't leave behind visible signs on either your body or your frame of mind. You only live once -make it count! Idola Kak Fa adalah Puan Sri Datin Seri Normala Samsudin. Just look at her... At the age of 57 years old - she is still hot, gorgeous and pretty ok?. Therefore... terlanjur Kak Fa menaip entri ni, Kak Fa nak jawablah soalan-soalan yang Kak Fa terima sejak kebelakangan ni tentang apa yang Kak Fa amalkan sehingga terdapat sedikit perbezaan (sedikit jer ok sedikit) di dalam penampilan Kak Fa beberapa bulan kebelakangan ni. Jawapan Kak Fa - Good complexion, good eyesight & rosy cheeks hanya dengan Ecolite Boostick! Part of daily routine Kak Fa.


Ecolite Boostick



Kalau nak konsisten merebus air akar kayu ke? Atau sediakan campuran ramuan jamu, masker sendiri ke? Terus-terang Kak Fa cakap, memang Kak Fa tak akan punya kesempatan nak buat semua tu. Tidak dinafikan ada yang konsisten dan istiqomah nak buat semua tu semata-mata untuk jaga penampilan dan kesihatan diri masing-masing. Tidak dinafikan juga ada yang sekapal dengan Kak Fa juga. Tak berapa nak rajin dan tak berapa nak punya ruang serta kesempatan. Kan? 


Long story make short... Kak Fa memilih untuk opsyen yang lebih mudah dan selamat yang sememangnya telah tersedia di pasaran oleh Ecolite Malaysia. 



Ecolite Boostick adalah merupakan rangkaian produk kesihatan semula jadi dan menyeluruh untuk membantu memberikan sokongan ke arah peningkatan kesihatan serta kehidupan sesiapa sahaja yang mengamalkannya. Tak perlu risau, tak perlu ragu sebab Ecolite Boostik yang didatangkan di dalam tiga varian ini adalah merupakan produk yang telah mendapat perakuan serta diluluskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Eh... Kak Fa particular tau untuk setiap apa yang consume. Kak Fa mesti semak dulu betul-betul sebelum Kak Fa consume dan sebelum Kak Fa kongsi. 




Yang menambahkan keyakinan Kak Fa untuk consume secara konsisten Ecolite Boostick ni adalah bila mana, produk ini adalah merupakan produk yang disyorkan oleh Guardian Malaysia. Kalau tak percaya sila tonton video di bawah:




Boostick Dengan Pati Wolfberry + Chrysanthemum Putih



Kerap sangat berdepan dengan skrin telefon dan juga komputer selama berjam-jam dalam masa sehari menjadikan Kak Fa rasa mata Kak Fa ni tegang sangat. Dahlah sememangnya Kak Fa mempunyai masalah penglihatan iaitu rabun jauh. Kalau tak kawal, kalau tak jaga - Kak Fa rasa mau meningkat lagi kuasa cermin mata dan kanta lekap Kak Fa. 


Opsyen yang ada untuk Kak Fa adalah Boostick Pati Wolfberry + Chrysanthemum Putih yang kaya dengan kandungan carotene, anthocyanin, lutien, vitamin A, vitamin kumpulan B, vitamin C, vitamin E, asid amino, zat besi, kalsium dan sebagainya di dalam satu sachet. Ianya berfungsi untuk melindungi mata, memperbaiki tahap penglihatan dan melegakan mata yang kering. 


Bukan itu sahaja tau... Boostick Pati Wolfberry + Chyrsanthemum Putih juga bertindak untuk menghindarkan katarak, myopia dan presbyopia, kerosakan mata akibat cahaya biru dan anti-oxidation. 

Boostick Buah Pear  + Sarang Burung



Ini best dalam range Boostick ok? Sebab - kalau anda konsisten anda boleh lihat complexion anda semakin baik. Itu yang Kak Fa notice setelah Kak Fa konsisten. Itu jugalah yang jadi teguran pada Kak Fa di med sos. Nak sapu foundation pun tak perlu nak tebal seinci dah. Senang jer...Smooth jer. 


Dengan ciri sokongan pertumbuhan epidermis yang unik iaitu EGF dan sialic sarang burung ianya membantu untuk mempromosikan pembaharuan sel kulit. Kandungan air, serat dan nutrien buah pir Cina yang tinggi memberikan Boostik ini lebih banyak khasiat. 


Berfungsi untuk nourish serta mencantikkan kulit, nourish trakea dan paru-paru dan juga memperbaiki sistem pencernaan. Ia juga mencegah tekak kering, bibir sumbing, kulit kering atau sembelit yang disebabkan oleh dry heat.  

Ecolite Boostick Kurma Merah + Kurma



Paling Kak Fa suka dalam rangkaian Boostick! Sebab.... Blusher semula jadi ok? Tak perlu nak Kak Fa nak tonyoh blusher banyak-banyak sangat. Umur dah makin meningkat ni - natural look goals kaedahnya. 


Adunan berkhasiat untuk daya tahan dan juga peredaran darah. Campuran buah kurma merah dan kurma yang kaya dengan zat besi, pelbagai vitamin, antioksidan, 18 jenis asid amino, mineral dan sebagainya. 


Menyegarkan serta memberikan tenaga pada kulit wajah. Mempertingkatkan daya tahan serta peredaran darah, meningkatkan fungsi hematopoietik, memperbaiki tekstur kulit serta rambut dan juga melegakan sembelit. 


Selain dari itu ia mampu untuk membantu mencegah anemia, masalah tangan dan kaki yang sejuk disebabkan oleh kekurangan daya tahan dan darah, mencegah pengumpulan toksin yang disebabkan oleh sembelit. 


So? It is essential-lah untuk Kak Fa amalkan rangkaian produk Boostick dari Ecolite Malaysia. 

Di Mana Boleh Beli? 

Ok sebelum Kak Fa terlupa - di dalam satu kotak terdapat 10 sachet ya... Cara consume mudah jer... Koyakkan sachet terus minum ataupun boleh dicampurkan dalam segelas air. Ikut preference masing-masinglah kan? Tapi bagi Kak Fa, Kak Fa lagi prefer koyak sachet dan terus minum dari sachet tu. Mudah macam tu and nutrien tu terus sampai pada sistem tubuh. Nak consume sambil buat kerja rumah boleh, nak consume sambil buat kerja boleh, nak consume sambil menaip boleh, nak consume sambil memandu pun boleh. Mobile kan? On the go. Sesuai sangatlah untuk melengkapkan rutin harian Kak Fa yang senantiasa sekejap di sana sekejap di sini ni. 


Nak beli mudah jer...Boleh dapatkan dari Shopee Ecolite Malaysia (klik di pautan ya) dan juga di mana-mana farmasi seperti Guardian Malaysia, Big Pharmacy, HealthLane Pharmacy, Alpro Pharmacy... Mudah jer nak dapat ni...Benda senang cari bukan susah cari ok? 


Untuk Maklumat Lebih Lanjut Sila Layari Pautan Di Bawah:







Selamat ber-Ecolite Boostick semua! Nanti jangan lupa share dengan Kak Fa hasilnya atau perbezaan yang anda boleh lihat serta rasakan ok? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !