Beli Rumah Dengan 4 Langkah Mudah Di MYRA'S HOMEBUYING HUB

Farah Waheda Wahid
0


Tidak kira sama ada anda sedang di dalam perancangan ataupun sedang di dalam proses membeli rumah pertama, rumah kedua, ketiga, keempat, kelima dan seterusnya... Ada sesuatu yang perlu Kak Fa kongsikan dan ada sesuatu yang anda perlu tahu, iaitu MYRA'S HOMEBUYING HUB. Beli rumah dengan 4 langkah sahaja dengan mudah di MYRA'S HOMEBUYING HUB. Hilang segala serabut, hilang segala pening kepala. Kita lupakan cara konvesional pembelian rumah. Kita lakukan sedikit anjakan paradigma yang akhirnya akan memudahkan diri kita sendiri sebagai pembeli rumah. 


MYRA'S HOMEBUYING HUB



Mungkin ramai yang belum tahu dan mungkin saja ramai yang belum terperasan mengenai MYRA'S HOMEBUYING HUB ni. Ok... so that you know, baru-baru ini, Myra telah memperkenalkan laman web mereka yang dikenali sebagai MYRA'S HOMEBUYING HUB yang boleh dilayari dari pautan di SINI


Laman web MYRA'S HOMEBUYING HUB ini adalah merupakan sebuah platform digital - aplikasi web tempahan rumah yang dibangunkan bagi memudahkan perjalanan pembelian rumah untuk pembeli rumah terutamanya pembeli rumah pertama kali dengan 4 langkah mudah sahaja. 




4 langkah mudah tersebut dikenali sebagai "4 Step Approach" di mana "4 Step Approach" ini membantu pembeli dari segi pengetahuan sekaligus memberikan kefahaman mengenai prosedur serta proses di dalam mendapat pemilikan serta pembelian hartanah. 


Langkah Pertama:
Menerima perkongsian informasi mengenai pra-pembelian sebelum keputusan pemilihan hartanah dilakukan. Contoh dokumen yang perlu diserahkan dan sebagainya juga dimaklumkan. 

Langkah Kedua:
Penjelasan tentang kebolehan kewangan dan bayaran pinjaman mengikut kesesuaian serta kelayakan. 

Langkah Ketiga:
Khidmat nasihat mengenai perjanjian secara sah ("legal") dan menandatangi kontrak. 

Langkah Keempat:
Pemberian maklumat dan panduan tentang apa yang perlu dilakukan setelah permohonan pembeli berjaya. 


4 langkah ini sahaja, tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Sangat mudah, sangat ringkas dan sangat efisien. Keseluruhan proses pembelian menjadi lancar. MYRA'S HOMEBUYING HUB pada bila-bila masa sedia membimbing anda sepanjang perjalanan proses pembelian rumah anda bersama dengan kalkulator atas talian bagi menyelesaikan pinjaman bank bagi ansuran pembayaran balik bulanan. Pembeli dengan mudah juga boleh memuat naik dokumen ke "folder" peribadi anda di profil anda di aplikasi ini. Pihak MYRA'S kemudiannya akan dapat menyemak dokumen yang telah dimuatnaik dan menawarkan bantuan dari segi penyerahan dokumen. Aplikasi ini juga bertindak sebagai portal untuk pengemaskinian maklumkan terkini pembeli ke atas tempahan yang telah dilakukan oleh mereka. 

Panduan Ringkas Penggunaan MYRA'S HOMEBUYING HUB



Melalui segmentasi entri yang ini, Kak Fa akan berkongsi sedikit "walkthrough" ke atas MYRA'S HOMEBUYING HUB. Sepertimana yang dapat dilihat melalui gambar yang dipaparkan oleh Kak Fa di atas. Petama sekali anda perlu mendaftar dan juga kemudiannya anda boleh mengakses MYRA'S HOMEBUYING HUB melalui "Magic Link" yang akan dihantar ke kotak emel anda. 




Setelah berjaya masuk ke "dashboard" anda di MYRA'S HOMEBUYING HUB, anda akan dapat melihat paparan skrin sepertimana yang Kak Fa lampirkan di atas. 

Kelebihan Menggunakan MYRA'S HOMEBUYING HUB


Terdapat beberapa ciri penting seperti kalkulator ansurans atas talian, kalkulator pengiraan penilaian DSR ("Debt Service Ratio"), panduan penyerahan dokumen dan juga tips membeli rumah untuk melancarkan proses pembelian rumah secara atas talian. 





Seiring dengan sasaran pasaran ke atas golongan muda di Malaysia, MYRA sedar bahawa keseluruhan perjalanan pembelian rumah memakan masa yang panjang dan kadang-kala boleh menjadi satu perkara yang amat membosankan, terutamanya ketika proses tempahan rumah kerana ianya melibatkan banyak perkara yang tidak biasa dilakukan oleh pembeli rumah pertama. 


Menurut, Wendy Lim, Pengurus Besar Myra:

We started with what we could with the website, a simplified fun 4-step journey that summarizes the entire homeownership journey into layman terms. After receiving positive responses, we began to think more about how we could improve the entire experience for a young homebuyer.”

Memandangkan sebahagian besar rakyat Malaysia, masih lagi dilengkapi dengan akses terhad di dalam pendidikan pembelian rumah, MYRA HOMEBUYING HUB dengan agresif mengambil tindakan untuk menjadi sebuah cabang pendidikan pembelian rumah di dalam bidang hartanah dan memberikan pendedahan yang lebih baik kepada bakal pembeli supaya mereka lebih bermaklumat dan dilengkapi dengan pengetahuan sebenar pembelian rumah. 

Projek Perumahan Di Bawah Kendalian MYRA



Projek-projek perumahan di bawah kendalian MYRA tidak tertumpu kepada satu kawasan sahaja, tetapi sebaliknya ia merangkumi beberapa kawasan. Makanya, sebagai pembeli, kita ada pilihan untuk memilih di kawasan mana sebenarnya yang paling serasi dan sesuai dengan kita. Bergantung kepada keselesaan masing-masing. 



Projek-projek perumahan di bawah kendalian MYRA terdapat di Pulau Meranti - Puchong, Sungai Merab, Puncak Alam, Desa Pinggiran Putra, Bandar Baru Salak Tinggi, Kundang - Rawang dan juga Nilai Impian. Jadi pemilihan tidak terhad kerana terdapat banyak opsyen. 

MYRA'S HOMEBUYING HUB Adalah Penyelesaian Digital Untuk Cabaran Semasa



Dengan fokus untuk menyelesaikan dua masalah utama iaitu kekurangan kemudahan dan juga kekurangan pengetahuan - pelanggan MYRA dapat memperoleh pengalaman terbaik dan paling lancar. Kedua, maklumat di aplikasi ini mampu untuk menutup jurang pengetahuan melalui pendidikan dan juga kesedaran. 


Melalui proses pembelian rumah secara konvesional, pengumpulan dokument untuk tujuan permohonan pinjaman juga merupakan proses manual berbolak-balik yang sangat tidak efisien untuk semua pihak yang terlibat. Selalunya, perlu membuat lawatan peribadai ke pejabat pemaju untuk menyediakan dan menyerahkan dokumen seperti penyata KWSP, borang EA, cukai pendapatan dan juga banyak lagi, pembeli rumah yang berusia muda akan cenderung untuk rasa terbeban dengan banyaknya dokumen yang perlu mereka sediakan. 


Dengan adanya MYRA'S HOMEBUYING HUB, kedua-dua pihak dapat melancarkan proses secara digital yang dilengkapi dengan resit rasmi setelah pembayaran. Pembeli rumah, akan menikmati kemudahan rujukan untuk sebarang dokumen yang diperlukan untuk menyelesaikan tempahan serta pada masa yang sama, mendapat bantuan kilat dari pasukan MYRA sepanjang proses pemilikan rumah. 


Dilancarkan pada Januari 2021, MYRA'S HOMEBUYING HUB mengumpulkan, menyimpan dan mengendalikan maklumat peribadi individu bersesuaian dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") dan telah memperolehi Sijil SSL untuk memastikan keselamatan privasi setiap pengguna aplikasi. 

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari:



Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !