The November Birthday Combo!

Farah Waheda Wahid
0



Without no avail - entri birthday adalah acara tahunan yang mesti diselitkan di dalam Bubblynotes.Com. Usually, Kak Fa akan upload entri birthday separately on the day of the event itself. Tapi tahun 2020 ni kita jadikan cerita The November Birthday Combo! Kak Fa rangkumkan sekali kisah birthday kami di dalam satu entri. Lebih praktikal begitu Kak Fa rasa. Ha ha ha... 


Sebabnya bukan jauh mana pun jarak tarikh hari ulangtahun kelahiran kami berdua beranak. Kak Fa dulu pada 24 November dan kemudian diikuti dengan Firash pada 26 November. Macam yang Kak Fa cerita sebelum-sebelum ni lah, tahun-tahun sebelum ni - Firash ni lahir melalui kaedah Elective Lower Segment Caesarean Section (ELSCS). Ikut rasa hati sebenarnya nak jer suruh gynea Kak Fa dulu tu keluarkan Firash dari perut Kak Fa pada tarikh 24 November 2013. Tapi disebabkan Firash belum capai 38 weeks and paru-paru Firash belum matang lagi, kena tunda pada 26 November 2013 selepas Kak Fa selesai dengan dua kali suntikan Dexamethasone. Dah kena keluar 26 November 2013 takkanlah Kak Fa nak paksa keluar juga ikut tarikh birthday Kak Fa kan? Siapa Kak Fa nak tentukan bila lahirnya anak? Anak tu pun anugerah yang Allah SWT bagi. Makanya, hanya perancangan Allah SWT yang terbaik. Syukur Alhamdulillah. Lahir dengan cukup sifat dan sempurna. Heeee... 


Tahun ni usia Kak Fa telahpun secara rasminya berpindah dari 37 tahun ke 38 tahun. Alhamdulillah masih diberi kesempatan waktu, masih dipanjangkan usia. Syukran Ya Allah. Untuk diri sendiri, syukurlah tak adalah sedih sangat sampai kena beli kek sendiri ke apa. Ha ha ha... Ada jer kek birthday Kak Fa. Tapi tu boss Kak Fa lah yang belanja and buat small celebration di office. Nak tengok kek Kak Fa? Nahhh... 



Boss Kak Fa belanja Creme Brulee and satu office siapa yang nampak kelibat dekat Level 2 tu semua dapat merasa tak banyak sikit. Rezeki kan untuk dikongsi bersama. Lagipun tak baik kedekut-kedekut sangat. Ha ha ha... 

Alhamdulilah - my husband did wish me birthday walaupun tersalah umur. He thought I am 39 years old already but it's ok. Selama 8 tahun menjadi pasangan - I kind of understand. No big deal and no big issue about that. Ingat dan wish tu pun terima kasih dah sangat. Even sebenarnya lagi best kalau he came up with surprises like the years before kan? Tibahhh dapat Baskin Robbins. Sebenarnya kalau macam tu lagi best. And normally untuk birthday-birthday ni memang Kak Fa yang over on the celebration part. Sebab Kak Fa memang dibesarkan dengan culture celebration. Jadi tak kisah apa pun - birthday, anniversary semua it's important to celebrate. Tak besar-besaran tak apa. Just one or two person pun dah ok. Tapi kalau tak celebrate.. mendung sikit hari Kak Fa. Ahaksss. 

Enough about me and now we turn to Bubblynotes Baby. Sedari mula-mula dalam perut siapa yang ikut Bubblnotes.Com selama bertahun-tahun kenal dia sampailah sekarang -  he is officially 7 years old! 


Birthday celebration yang paling simple seperti kebiasaan sebelum-sebelum ni. Ala kita sambut sederhana sebagai syarat to make him feel loved and being remembered on his important day lah kan?  Every human being loves that kan? Senang Firash ni... Dapat kek yang dia imagine and dapat french fries dia dah ok dah. He doesn't request nak makan fancy-fancy sangat sebab he's still a picky eater up till now kan? Apa yang dia nak makan adalah makanan yang dia biasa makan dan dia suka jer. It's either french fries atau hash browns. Tu jer. When you offer him others - yerlah naklah treat dia either KFC kegemaran dia or Burger King or McDonald's tapi dia kata tak apa Mommy. Makin dia besar kan actually dia makin faham situasi Mommy dia. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah. 


Kek imaginasi permintaan Firash, tak lain tak bukan Thomas and Friends. Tak sudah lagi obses dia pada Thomas and Friends tu even dah masuk tujuh tahun and even sekarang ni sibuk main Minecraft. Rasa Kak Fa lah... Sepanjang 7 tahun ni, ini dah masuk kali kedua ke kali ketiga kek birthday Thomas and Friends dia. Ha ha ha... Pusing sana pusing sini - ini juga yang dia minta. 


Dah nama pun combo kan? Maka kami pun share kek sama-sama and tiup lilin sama-sama. Tapi Mommy-lah yang kena tiupkan untuk dia sebab dia kata... Firash pray and Mommy blow. Whatever-lah nak. Asalkan you happy. 


What I wish for him and what I pray for him - in general of course as a Mom I want everything falls into its place beautifully for him and of course Kak Fa nakkan yang terbaik untuk Firash for all the time. Kak Fa tak wish pun untuk narrate lebih-lebih. Sebab nanti akan jadi stereotype. So - let me be the only person yang tahu apa yang I doakan untuk anak I ok? Wink! 


Alhamdulillah - lepas cake cutting ceremony, kami sedekah pada security guard di guard house yang betul-betul tepi rumah kami and also jiran tetangga. 


This helium balloon - Babah dia yang belikan as he wished. Great seeing him happy and as a Mom of course-lah Kak Fa nak tengok dia sihat, happy selalu dan ceria kan? So it's that simple on our Covid-19 birthday celebration. Nothing extraordinary. Just an ordinary celebration with kesyukuran and terima kasih tidak terhingga kepada Allah SWT. 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !