 |
Bryan Wong, General Manager of Consumer
Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan Brunei; Foo Hwei Jiek, Head of Trading
of Watsons Malaysia dan Yasmin Hani bersama peserta kanak-kanak Generasi Z and
Z Power di pelancaran terbaru Scott’s Gummies bersama DHA dengan pelbagai
perisa. |
Masa Kak Fa
kanak-kanak dulu – I was so skeptical of consuming Scott’s Emulsion. I can’t
remember very clearly tapi seingat Kak Fa lah kan… Dulu-dulu was like yang the
white colour Scott’s Emulsion tu kan? The orange flavour just recently few
years back launched kan? So… Nak dijadikan cerita, I was skeptical because I am
imagining the fishy smell. Ha ha ha…. Bila makan Scott’s Emulsion, Kak Fa
selalu tutup hidung and laju-laju minum air sebab nak hilangkan rasa hanyir or
what so ever tu. Itu cerita dululah… But heyyy….Kenapa baru sekarang ada
Scott’s Gummies dengan DHA? I am so jealous tau bila tengok my son menikmati
Scott’s Gummies dengan DHA dengan enaknya. Tak cukup satu, tak cukup dua –
Scott’s Gummies dengan DHA shoo shedappp! Dahlah sedap – lepas tu menyokong
imuniti, pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pula tu! Kalau ada depan mata
– half bottle pun boleh habis dalam masa sehari. Ha ha ha…sampai kadang-kadang
Kak Fa terpaksa sorok dari Firash.
As every Mommies in
the world nakkan yang terbaik untuk anak-anak masing-masing untuk membesar
dengan sempurna dari segi fizikal, mental dan emosi, we always find ways untuk
memberikan nutrien terbaik bagi perkembangan yang sihat. One of the important
elements adalah DHA. DHA adalah merupakan blok binaan utama untuk otak dan
retina yang turut menyumbang kepada perkembangan otak dan mata yang normal.
 |
Bryan
Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan
Brunei berkongsi tentang Scott’s Gummies terbaru bersama DHA dengan pelbagai
perisa. |
Sebab tu – Scott’s
Gummies dengan DHA muncul dengan
formulasi terbaik DHA di dalam membantu
mak-mak seperti Kak Fa ni untuk anak-anak masing-masing. Scott’s ni bukan
jenama baru bertapak sehari dua tetapi dipercayai oleh setiap generasi ibu.
Scott’s sememangnya bermatlamat menyokong imuniti, pertumbuhan dan perkembangan
kanak-kanak. Maka, Scott’s memperkenalkan pelbagai jenis Gummis yang menarik
dengan DHA, dengan 3 perisa yang sungguh lazat di dalam satu botol. Kak Fa tau
sebab Kak Fa pun dah rasa. Ha ha ha.
Scott's adalah No. 1 di Semenanjung
Malaysia untuk kategori Makanan Tambahan Kanak-kanak dan Vitamin C
(Kanak-kanak). Anak-anak sangat cerewet tentang pengambilan makanan atau
makanan tambahan. Mereka mempunyai pilihan rasa mereka sendiri. Oleh itu, amat
penting untuk memastikan nutrien disediakan dalam format yang menyeronokkan dan
menarik bagi mereka. Kami juga ingin memastikan bahawa mereka dapat menikmati Scott’s
Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa dan mendapatkan nutrien sekerap
mungkin,” tambah Bryan Wong, Pengurus Besar, Penjagaan Kesihatan Pengguna
GlaxoSmithKline (Penjagaan Kesihatan Pengguna GSK).
 |
Bryan
Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan
Brunei (tengah) melancarkan produk terbaru Scott’s Gummies dengan DHA dalam
pelbagai perisa. Turut ada di majlis pelancaran adalah Foo Hwei Jiek, Head of
Trading of Watsons Malaysia dan selebriti Yasmin Hani. |
Interesting
sebenarnya ok. Scott’s Gummies dengan DHA terdapat di dalam pelbagai perisa
buah seperti strawberi, oren dan blackcurrant. Sedappp… Tak ada bau ikan
langsung! Tak ada bau hanyir langsung-langsung! Highly recommended. Semua
kebaikan di dalam satu botol/pek. Ketiga-tiga rasa menarik ini terdapat di
dalam tiga bentuk berbeza seperti ikan, sotong dan ketam. Ia disediakan di
dalam pek/botol dengan rasa yang disukai oleh semua kanak-kanak. Tapi… bear in
mind…ia tidak menggantikan diet makanan sebenar ok? So tak perlu risau.
 |
Yasmin
Hani bersama Isabelle Tan of Z Power dan Muhammad Adam Haqimi daripada Generasi
Z berkongsi pengalaman mereka merasai sendiri Scott’s Gummies dengan DHA
terbaru dalam pelbagai perisa.
Scott's Gummies
dengan teknologi DHA mikroenkapsul dengan kebaikan DHA dari minyak ikan memberikan anak-anak rasa yang mereka suka.
Selain DHA, Scott's Gummies dengan DHA juga mengandungi Vitamin D, yang dapat
membantu penyerapan kalsium dan fosforus.
Bersempena dengan
pelancaran Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, satu sumbangan khas
akan diberikan kepada Smile Train, sebuah organisasi antarabangsa yang
menyediakan pembedahan pembetulan untuk anak yang dilahirkan dan/atau hidup
dengan bibir dan lelangit sumbing. Smile Train akan menyalurkan sumbangan
kepada sebuah organisasi yang menyokong
kanak-kanak yang dilahirkan dan/atau hidup dengan bibir dan lelangit sumbing di
Malaysia.
|
"Sebagai jenama yang menyokong pertumbuhan
anak-anak, Scott’s memulakan inisiatif ini untuk menawarkan peluang kepada
anak-anak dengan bibir dan lelangit sumbing menjalani pertumbuhan dan kehidupan
yang sihat. Di Malaysia, dianggarkan satu daripada setiap 700 bayi didiagnosis
mengalami celah bibir dan celah-celah langit-langit. Melalui inisiatif ini,
Scott’s komited untuk membantu anak-anak ini menjalani kehidupan normal dengan
yakin, di mana setiap kanak-kanak layak untuk senyum”, kata Bryan Wong.
Untuk setiap
pembelian Scott's Gummies dengan DHA dalam pelbagai rasa, RM0.50 sen akan
disumbangkan ke arah inisiatif untuk membantu meningkatkan kehidupan anak-anak
tempatan dengan bibir dan lelangit sumbing.
 |
Bryan
Wong, General Manager of Consumer Healthcare, GSK Malaysia, Singapore dan
Brunei bersama sebahagian peserta kanak-kanak Generasi Z and Z Power di
pelancaran terbaru Scott’s Gummies bersama DHA dengan pelbagai perisa. |
Peserta rancangan
realiti, Generasi Z dan Z Power yang ditaja oleh Scott's Gummies dengan DHA,
yang kini ditayangkan di TV3 dan 8TV, hadir di acara tersebut. Mereka terlibat
dalam siri permainan yang menarik.
Scott's Gummies yang
baru dengan pelbagai jenis DHA, dijual pada harga runcit yang disyorkan
sebanyak RM39.50 untuk sebotol 60 biji dan RM 10.70 untuk pek 15 biji, boleh
didapati di semua farmasi terkemuka.
Bagi mak ayah yang
belum lagi memberikan anak-anak Scott’s Gummies dengan DHA…Boleh mula dah cuba.
Trust me your kids will love it! The most important part is the nutrient yang
dibekalkan kepada pertumbuhan kanak-kanak.
#scottsdhagummies
#scottsrainbow #rainbowlaunch #ScottsMY #ScottsMalaysia #sponsoredpostbyScotts
Sentiasa baca label produk sebelum menggunakannya. Sekiranya ada sebarang komen atau persoalan mengenai ‘Human Safety Information’ (HSI) dan ‘Adverse Event’ pada posting, sila kemukakan ke atas talian pengguna GSK- 1800 883225 atau ml.customer-relation@gsk.com
eh betul lah, masa kecik-kecik teringat scotts lama putih tu kan..Langsung tak nak makan hehe. tapi dah ada gummies ni, sedap dan senang bagi anak makan supplement,cumanya kena soroh lah. sebab dorang terlalu suka hehehe
ReplyDelete