Period Poop

Farah Waheda Wahid
0
Kredit: Gambar dipetik dan diubahsuai dari sumber dari Google

Yes... I'm going to share about poops! Period poop!Euwww... Gross kan? Tapi this is reality ok? Reality? Cause I tend to have this bila Kak Fa sedang di dalam kitaran haid bulanan. Malapetaka oiii... Ha ha ha...Memang terganggu sungguh segala kosentrasi terhadap rutin harian. And at times memang mood Kak Fa swing 360 degrees. 


Haid... boleh menyebabkan senggugut, perubahan mood dan juga jerawat. Tetapi bukan itu sahaja ya... Ia berisiko mendatangkan 'malapetaka' pada sistem pencernaan anda. Ok...Maybe to some people... Gross betul Kak Fa ni... Pengotorlah Kak Fa ni...Ada ke bercerita tentang poops dalam Bubblynotes.Com. Heyyy... Ini memang alami ok? Semua orang pun pooping tapi tak semua orang pernah mendengar istilah period poop. 


Mula-mula dulu Kak Fa tak hairan sangat pun... Tapi lama-kelamaan Kak Fa jadi pelik dengan keadaan itu ya. Sebab dah dua tiga kali juga bila Kak Fa dalam kitaran haid bulanan masalah period poop ni terjadi. Mujurlah... Rakan kolaborasi blog Kak Fa Hello Doktor ada membincangkan mengenai period poop ni. 


Dalam bahasa mudah - period poop membawa maksud cirit-birit ketika haid, pergerakan usus yang berubah apabila haid bermula. 


Period poop agak berbeza jika dibanding dengan 'bahan buangan' anda sebelum haid, dan ia selalunya bersifat lebih cair, lebih kerap atau menjadi cirit-birit. 


Menurut Dr. Yolanda Kirkham, Pakar Sakit Puan di Women's College Hospital dan Pusat Kesihatan St. Joseph di Toronto, hormon sebahagian besarnya adalah punca yang boleh dipersalahkan! Setiap kali kitaran haid berlaku, tubuh kita kan akan mengalami banyak perubahan hormon... Perubahan ini mempengaruhi seluruh tubuh, lantas menyebabkan gejala sindrom prahaid (PMS) yang merangkumi perubahan mood, kekejangan dan perubahan sistem pencernaan. 


Persoalannya di sini, bagaimana haid boleh mempengaruhi pergerakan usus? Ok... Baca bawah ni: 


Haid dan Pergerakan Usus

Pertama sekali, jom kita fahami makna pergerakan usus. Untuk pengetahuan anda, pergerakan usus (bowel movement) adalah cara tubuh kita membuang sisa yang tidak ada sebarang kegunaan di dalam badan. 

Kandungan najis adalah kira-kira 3/4 air. Selebihnya adalah campuran bahan yang merangkumi bakteria, lemak, serat (makanan yang tidak dicerna), sisa makanan, lendiran dan garam. Therefore, faktor-faktor yang tersenarai di bawah membincangkan perubahan di dalam badan yang berlaku sebelum dan semasa haid yang mempengaruhi pergerakan usus anda:

Peningkatan Pengecutan Otot

Tepat sebelum haid bermula, tubuh akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai prostaglandins. Apa fungsinya? Hormon-hormon ini merangsang pengecutan otot di rahim lantas membantu badan menyingkirkan lapisan rahim. 

Pada masa yang sama, hormon haid turut merangsang otot di usus yang berdekatan dengan rahim untuk mengecut, menyebabkan pergerakan usus yang lebih kerap. Bukan itu sahaja, ia juga mengurangkan keberkesanan tubuh dalam menyerap air, menyebabkan najis lebih cair dan meningkatkan risiko cirit-birit. 

Namun, apabila ia berlaku, mungkin sukar untuk anda membezakan sama ada mengalami kekejangan rahim, perut atau usus kerana semuanya menyakitkan dan tidak menyelesakan. Tambah lagi, hormon prostaglandis juga terlibat di dalam banyak gejala PMS yang lain, termasuklah sakit kepala. 

Progesteron Meningkat

Antara hormon lain yang bakal meningkat tepat sebelum haid bermula adalah, hormn progesteron. Bagi sesetengah wanita, progesteron berisiko mempengaruhi saluran pencernaan sehingga menyebabkan sembelit atau cirit-birit. 

Pada wanita yang mempunyai masalah usus kronik atau penyakit radang usus (IBD) seperti ulcerrative colitis atau penyakit Crohn, maka menstruasi boleh memburukkan lagi gejala yang dialami. Contohnya, pada individu yang mengalami sembelit berkatian dengan IBD, perubahan yang berkaitan dengan hormon progesteron akan memburkkan lagi masalah sembelit. 

Bukan itu sahaja, hal ini juga mempengaruhi mereka dengan kondisi seperti endometriosis, fibroid rahi, malah sista ovari. Tambahan itu, pesakit IBD juga lebih cenderung mengalami simptom PMS yang lain, seperti sakit kepala dan senggugut. 

Tahap Stres atau Kegelishan Meningkat

Ketika PMS atau haid, kebanyakan wanita mengalami perubahan mood atau peningkatan tahap kegelisahan. Ternyata, bukan hanya faktor hormon malah stres juga boleh mempengaruhi pergerakan usus anda, menyebabkan sembelit mahupun cirit-birit. 

Menurut penyelidikan di dalam jurnal BMC Women's Health, golongan wanita melaporkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap kesakitan dan ketidakselesaan dalam fasa prahaid dan semasa haid. Justeru, ia berisiko memburukkan lagi simptom stres dan kegelisahan yang dialami. 

Perubahan Diet

Selalu rasa lapar dan craving makanan-makanan manis apabila nak datang bulan? Ternyata ada penjelasan di sebaliknya!

Ia berpunca oleh hormon progesteron yang meningkatkan rasa lapar dan membuatkan kita teringin makanan tinggi kandungan lemak atau gula, seperti aiskrim, kek mahupun coklat. Namun, disebabkan tubuh sukar untuk mencernanya, pengambilan makanan ini mampu mempengaruhi saluran pencernaan anda. 

Perubahan berkaitan PMS dalam tabiat pemakanan menyumbang kepada penyebab segelintir wanita melihat perbezaan dalam konsistensi, kekerapan atau bau najis mereka sebelum atau semasa haid. 

Tips Menguruskan Period Poop

Bagi sesetengah kaum Hawa, haid adalah tempoh masa yang paling ingin dielakkan dek kerana kesakitan yang terpaksa dihadapi! Tetapi tak perlu risau, jika tidak dapat menghilangkannya secara total, anda masih boleh mengurangkan simptom-simptom dialami dengan perubahan diet dan gaya hidup. Tips berikut dapat membantu anda menangani masalah cirit-birit ketika haid:

  • Makan banyak serat semulajadi, termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian. Makanan berserat tinggi membantu menjaga sistem pencernaan yang sihat.
  • Lakukan aktiviti fizikal. Jangan terlalu pasif dan hanya berbaring sepanjang hari. Pastikan badan sentiasa bergerak dan kekal aktif kerana ia boleh melegakan masalah kekembungan, ketidakselesaan dan membantu usus bergerak dengan baik. 
  • Cuba pelembut najis. Ubat pelembut najis membantu najis melewati usus dengan lebih mudah. 
  • Ambil ibuprofen. Ibuprofen (ubat tahan sakit) bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kekejangan dan ketidakselesaan rahim, malah mengawal protaglandis. Kadangkala, kesan ubat ini juga dapat mengatasi gejala pencernaan yang berkaitan dengan haid. 
Sekianya masalah ini berlarutan sehingga menggangu kehidupan harian, usah buang masa dan segera berkonsultansi bersama doktor agar pilihan rawatan terbaik dapat diberikan. 

Kesimpulannya... benar, masalah sembelit dan cirit-birit terutamanya ketika di dalam kitaran haid bulanan adalah amat menjengkelkan dan menyeksakan, namun biasanya ia akan berakhir apabila habis haid. 

Sekiranya rawatan di rumah masih tidak membantu, doktor anda mungkin akan mengesyorkan pilihan ubatan lain ataupun rawatan hormon.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. 

Artikel ini diterbitkan di atas "content partnership" di antara hellodoktor.com dan bubblynotes.com. Pautan artikel asal di SINI

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !