My Lecturer, My Husband

Farah Waheda Wahid
1


Kredit: Gambar dipetik dari sumber dari Google

Sanggup tu! Semata-mata nak follow drama bersiri My Lecturer, My Husband lakonan Prilly Latuconsina dan Reza Rahadian - Kak Fa secara tak sengaja sekarang jadi salah seorang di luar sana yang menanti-nanti next episode. Mujurlah tak banyak episod ok? Total 8 episod jer kesemuanya kalau Kak Fa tak silap. 


Macam mana boleh terjebak? Ha ha ha... Inilah yang dinamakan sebagai racun Tik Tok ok? Biasalah...Kadang-kadang bila ada waktu terluang yang boleh dicuri sedikit Kak Fa selalunya curi pandang Tik Tok tu. Bila dah curi pandang, bila dah lalu dengan FYP, bila tengok macam menarik, maka bermulalah episod tahan hati dari nak mula tengok. 


Acah-acah mula-mula macam tak apalah. Tapi bila dah semakin kerap lalu di FYP Tik Tok tu - hatinya tak tahan sih. Pingin sekali untuk nonton! Ha ha ha. Ketahuilah perkara sebegini jarang-jarang berlaku pada seorang yang bernama Kak Fa ok. Apa yang menarik sangat? Entahlah - Kak Fa seolah-olah terpanggil-panggil untuk terjebak. Mula-mula bila tengok trailer di FYP Tik Tok rasa macam biasa-biasa jer. Tapi lama kelamaan jadi macam tertarik pula. Pengaruh sungguh! Dan mungkin juga sebab ini genre yang Kak Fa minat kot? Romance. Kak Fa ni tak kisah apa pun - English, Malay, Indonesian, Hindi, Chinese, French, Korean dan sebagainya - as long as it falls under Romance Genre - Kak Fa lah follower-nya. Tu sebab I memang romantic ok? Ha ha ha... Romance story and novels are my soul. Gittew! Unlike Mama Kak Fa - she's more to action pack movies. Firash? Ha ha ha... Yang tu tengah mabuk Minecraft sekarang ni and the neverending Thomas and Friends. 


Kak Fa tak surprise pun if ramai yang tak notice or tak tau tentang drama bersiri Indonesia yang berjudul My Lecturer, My Husband ni. Tapi sajalah Kak Fa nak share dalam blog Kak Fa ni - the synopsis of this story kan? Usually cerita-cerita yang Kak Fa layan memang Kak Fa akan jot down dalam Bubblynotes.Com. Motif? So I know later by the day nanti , bila-bila rasa nak rewatch, Kak Fa terus refer dalam blog sendiri jer. Kadang bila dah banyak sangat drama bersiri ataupun movie yang Kak Fa layan, Kak Fa sendiri boleh jadi pelupa tajuk. Yang mana dah tengok, yang mana belum. Bila dah tengok sikit semula baru teringat. 


Sinopsis My Lecturer, My Husband

Inggit (Prilly Latuconsina) adalah seorang pelajar di Jakarta dan mempunyai rakan-rakan yang sekepala di dalam satu kumpulan yang dinamakan sebagai The Goks Gang, mempunyai seorang kekasih yang lucu dan sangat supportive iaitu Tristan. Ok...So Inggit ni anak tunggal. 

Ada seorang jer yang selalu buat Inggit ni stress! Arya - lecturer di kuliah Inggit. Memang cenggih Arya ni oiii... Ingit ni pula seorang yang berani bersuara. Sewaktu Inggit diberikan nilai gred C untuk kertas kerja oleh Arya, Inggit confront Arya tu kot. She's an outspoken person.

So, one day Inggit dapat phone call dari mak dia untuk beritahu yang ayah dia sedang sakit di Yogyakarta. Inggit kena baliklah. So ayah Inggit like so call ada last wish, takut-takut kalau tak sempat tengok Inggit kahwin. Ayah Inggit ni dah ada calon dah untuk Inggit, at the same time Inggit kan dah ada Tristan. 

Inggit call Tristan, ajak Tristan jumpa ayah Inggit untuk buktikan yang Tristan ni betul-betul dah bersedia untuk berkahwin dengan Inggit dan Tristan ni really serious nakkan Inggit. Tapi Tristan reluctant. Just so you know, Tristan ni best student. Reason Tristan sebab nak fokus kejar cita-cita dulu sebelum bersedia nak kahwin dengan Inggit. Long story cut short - Tristan belum rasa nak kahwin lah. This makes Inggit frustrated dengan Tristan and terpaksa terima cadangan ayah dia untuk dijodohkan dengan calon pilihan ayah Inggit. 

Rentetan dari itu - Inggit pergilah untuk meet up dengan calon suami pilihan ayah Inggit. Ingatkan jumpa orang lain and tersalah orang. Tapi rupa-rupanya calon suami pilihan ayah Inggit tu adalah lecturer Inggit sendiri, that is Arya. Ha ha ha... How sweet! Dah Tristan tak nak kahwin kan? Makanya demi permintaan terakhir ayah Inggit, Inggit turutkan berkahwin dengan Arya. 

Lepas kahwin - mereka balik ke Jakarta dan tinggal serumah. Tapi of courselah like any other romance drama ada love hate situation. Itu tak boleh, ini tak boleh. Itu tak kena, ini tak kena. But looking from the first three series yang Kak Fa dah tonton - Arya ni memang ada hati dengan Inggit. And their marriage ni sebenarnya tak ada sesiapa pun yang tahu di Jakarta tu. They remain faking as lecturer student and nothing beyond.

Hubungan Inggit dengan Tristan mula nak ok balik lepas Inggit balik ke Jakarta. Tapi Inggit ni sungguh-sungguh merahsiakan perkahwinannya dengan Arya.

Apa jadi seterusnya - Kak Fa masih tak dapat nak agak sebenarnya. My Lecturer, My Husband ni kan buatkan Kak Fa tertunggu-tunggu what happen next? 

Waktu tayangan di iflix adalah setiap hari Jumaat pada jam 6 petang waktu Jakarta dan 7 malam waktu Malaysia. Bagi pelanggan VIP iflix dapat akses dua episod lebih awal. 

Ha ha ha... Kak Fa macam what????? Tak boleh ke letak semua kelapan-lapan episod one short dalam iflix tu? Nampak tak jenis tak menyabar kalau menonton drama bersiri. Nak cepat ajer! Itu yang malas nak terjebak tu. Sebab rasa tertunggu-tunggu tu. Sebab tu kalau drama bersiri kebiasaannya Kak Fa lebih prefer kalau dapat marathon khatamkan sekali semua. 

Untuk Kak Fa, Kak Fa sukalah pula dengan cerita ni. Citarasa masing-masing kan? And tak silap Kak Fa, ini adalah adaptasi novel. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sound like best pulak story ni kan. Okay..nak pergi nonton nya jugak laa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !