Kombinasi Paling Sempurna Di Antara Ayam Dan Mentega Melalui Grilled Butter Chicken Di The Chicken Rice Shop

Farah Waheda Wahid
1

Memang dinanti-nantikan, memang Kak Fa tunggu-tunggu. Setiap kali akhir tahun, Kak Fa adalah salah seorang di antara mereka-mereka di luar sana yang setia menanti pelancaran kembali menu akhir tahun yang paling popular di TCRS iaitu Grilled Butter Chicken. Sebab apa? Sebab ianya adalah kombinasi paling sempurna di antara ayam dan mentega melalui Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop! Kalau tak percaya... Boleh rujuk entri Kak Fa pada Disember 2019 yang bertajuk Hebatnya Penangan GRILLED BUTTER CHICKEN Dari The Chicken Rice Shop!.



Bermula dari kali pertama itu - kini terjadinya kali kedua Kak Fa menikmati hidangan Grilled Butter Chicken dari TCRS. Isi peha ayam tanpa tulang yang diselaputi sos mentega keemasan dengan taburan daun kari dan cili merah sangat membuka selera Kak Fa. Lembut, juicy dan bila lalu di tekak jer memang nikmat oiii.... Terus tak rasa nak berkongsi. Bukan kedekut, tetapi bila makan bersama ahli keluarga atau kawan-kawan - Kak Fa cadangkan setiap seorang makan satu hidangan. Boleh buat pesanan secara set mahupun ala carte.





Dengan tawaran harga mampu bayar untuk semua individu - Grilled Butter Chicken ni tidak akan mengecewakan anda. Kalau tidak, takkanlah Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd mengatakan bahawa:


Mentega bukan hanya sebarang ramuan. Ia merupakan elemen penting untuk mendatangkan kegembiraan dan kepuasan, dan tiada kata yang dapat mengambbarkan nikmat mentega. Saya pasti rakyat Malaysia akan jatuh cinta berulang kali dengan Grilled Butter Chicken. 


Kami terus berusaha untuk menyediakan makanan yang enak dan berkualiti. Itulah sebabnya menu ini menjadi pilihan ramai sekian lama. Hidangan istimewa akhir tahun ini adalah sebagai tanda untuk menghargai pelanggan kami. 



Bukan sehari, bukan dua hari Kak Fa menjadi pelanggan TCRS. Bertahun-tahun dah Kak Fa menjadi pelanggan TCRS dan Kak Fa percaya all these years TCRS berpegang teguh kepada slogan mereka iaitu 'Chicken Rice... and More' dan TCRS senantiasa berusaha untuk menarik minat para pelanggannya dengan menghasilkan menu citarasa tempatan seperti hidangan akhir tahun ini. 


I do agree - TCRS ni bukan Nasi Ayam biasa-biasa. Ia lebih dari biasa. Extraordinary. Sebab tu ianya sentiasa menjadi pilihan Kak Fa. Setakat ini - kepuasan makan Nasi Ayam tu bagi Kak Fa dan keluarga adalah Nasi Ayam dari TCRS. 


Untuk mengakhiri 2020 anda Grilled Butter Chicken adalah hidangan paling tepat dan sempurna dan mana tau kan? Ia dapat membuatkan permulaan 2021 anda penuh dengan kesempurnaan bagi tahun-tahun yang akan datang? Ibarat padanan ayam dan mentega yang tiada tandingan. Sambil menaip ni sambil terbayang-bayang Grilled Butter Chicken TCRS ok? Setakat nak makan satu pusingan lagi malam ni sempat lagi ni. Ha ha ha...Malam masih muda kan? Haruslah sempat. 


Andai kata tak sempat - Kak Fa harap, tahun hadapan TCRS akan melancarkan semula kembali hidangan Grilled Butter Chicken tu. Awal-awal dah berazam, nak jadi orang pertama yang dalam barisan di restoran TCRS untuk menikmati Grilled Butter Chicken. He he he...Semoga azam tu tercapailah hendaknya. 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !